MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tip Kekal Tenang Bila Diganggu Haters di Medsos

January 29, 2024

Dulu saya fikir, kalau kita buat baik, sampaikan kebaikan, mana ada orang nak benci kita. Kalau pun tak support, tapi taklah sampai membenci... 

Tapi realitinya berbeza. Nabi s.a.w. pun ada haters. Inikan pula kita orang biasa.

Haters akan sentiasa ada... Walaupun kita buat baik dan ikhlas sampai kebaikan, tetap juga akan ada haterss; orang yang membenci apa yang kita buat. 

More...

Buat baik pun orang kondem

Saya tulis posting yang baik-baik di blog, ada juga yang kondem! 

Saya buat video yang baik-baik sampaikan ilmu sejujurnya di Tiktok, ada juga haters datang kondem! 

Saya tulis yang baik-baik di Facebook untuk sampaikan ilmu, ada juga yang kondem! 

Saya tulis baik-baik invite orang datang seminar, berikan dia tip tentang emas & kewangan melalui whatsapp, tetap ada juga yang membenci! 

Apa yang kita kena tahu, haters bukan nak belajar...

Kalau mereka datang kondem, mereka bukan nakkan penjelasan (untuk cari kebenaran). Explainlah macam-macam hujjah atau fakta sekalipun, mereka tak akan terima...

Mereka akan twist ikut mana sekalipun...

Kenapa haters wujud

Apa yang mereka nak sebenarnya ialah PERHATIAN! Ya, perhatian. Bukan penjelasan... 

Orang berjaya dan bahagia, mereka sibuk dengan kehidupan mereka. Mereka tak ada masa nak sibuk atau kondem orang lain.

Mereka tak keluarkan kata-kata, melainkan yang baik-baik sahaja. Atau setidak-tidaknya, tak menyakitkan hati sesiapa.

Orang yang suka kondem orang lain di medsos tu, ketahuilah mereka sebenarnya golongan tak cukup "kasih sayang"...

Selalunya yang gagal dalam hidup, samada dalam kerjaya, keluarga atau kehidupan bermasyarakat. 

Mereka tak senang tengok orang berjaya dan tak ada orang nak layan atau respek mereka. 

Fokus jadikan hidup kita lebih baik

Jadi mereka cuba cari perhatian di medsos - dunia di mana orang tak tahu kegagalan mereka!

Lagi kita melayan, lagi dia suka... 

Masa kita habis pada perkara yang sia-sia. Apatah lagi menyakitkan hati dan menggangu fikiran kita.

Maka bila ada haters, kita kena ingat satu perkara penting; 1 minit kita ruangkan waktu melayan haters, maka kita kerugian 1 minit untuk maju - jadikan hidup kita lebih baik. 

Untuk orang bisnes, daripada habiskan waktu melayan haters, lebih baik fokus dapatkan prospek baru, follow-up prospek sedia ada, dan melayan existing customer yang mempercayai kita. 

Ingatlah... Waktu kita sangat berharga...

Tip berhadapan dengan haters

Bila berhadapan dengan haters, ini yang saya selalu buat: 

  1. Berikan penjelasan tentang persoalan yang dia kondem tu dulu untuk kenalpasti samada dia betul-betul nak tahu atau memang sekadar nak kondem. 
  2. Kalau dia sekadar nak kondem (bukan nak belajar), maka saya stop melayan mereka. Sama ada, (a) diam sahaja, atau (b) delete comments mereka, atau (c) terus block mereka! 
  3. Kalau dia terus menyerang, skroll dan JANGAN sesekali baca comments mereka. Tak pasal-pasal nanti masuk sampah yang menggangu fikiran dan emosi kita.

Terus delete atau block sahaja. Peace of mind...

Untuk kekal fokus dan bersemangat bina kejayaan, jangan sesekali benarkan 'SAMPAH' masuk dalam fikiran kita!

FOKUS!...

Zulkifli
Cyberjaya
29 Januari 2024
18 Rejab 1445H

“Orang baik dan berjaya, sopan dan baik kata-katanya. Jangan layan orang yang suka kecam di posting orang lain. Saya tak pernah kenal orang baik dan berjaya suka kecam orang. Blok dan abaikan sahaja. Waktu kita sangat berharga untuk layan mereka.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 18 Oktober 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>