MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Elakkan Stress Melayani Media Sosial

January 11, 2024

Gara-gara stress layan medsos, mood jadi tak baik.

Marah dan tak puas hati dengan orang yang up status atau reply comments di posting kita. Padahal kita tak kenal pun orang tu. Tak ada kena mengena dengan kita. Tapi tak pasal-pasal pasangan dan anak-anak kena tempias sekali!

Tak berbaloi...

More...

Bahkan lagi teruk, sebab marah, ada yang balas komen yang bukan-bukan sampai masuk ke dalam (penjara)! Itu lagi tak berbaloi... 

Saya nak share panduan yang pernah diberikan oleh Pn Ainon Mohd, salah seorang guru bisnes. Saya banyak baca posting-posting beliau sudah bertahun-tahun tentang cara kawal diri di medsos, khususnya kami sebagai orang bisnes.

Ini catatan di FB beliau pada 11 Januari 2016. Panduan ni relevan sampai sekarang di mana-mana media sosial sekalipun.


SOP Mengurus Stress

Facebook boleh menjadi sumber stress.

Ini berlaku apabila:

+ Kita membaca posting-posting oleh orang lain yang mengganggu fikiran dan emosi kita.

+ Kita menulis posting, kemudian ada komen-komen yang menganggu fikiran dan emosi kita. Lalu kita jawab komen-komen itu dengan niat mahu membetulkan kefahaman si tukang komen. Lalu lebih banyak komen ditulis oleh pembaca lain yang mempertikai penerangan kita itu. Lalu fikiran dan emosi kita lebih terganggu..

Cara mengelakkan gangguan fikiran dan emosi yang datang dari Facebook:

+ Tidak menulis posting di mana kita mengkomen-komen urusan orang-orang lain. 

+ Apabila kita menulis posting, lalu orang menulis komen-komen negatif terhadap posting kita itu, boleh dibaca tetapi jangan dijawab.

+ Apabila membaca posting orang lain yang kita suka membacanya, klik LIKE, tampal emotikon, tulis komen yang memuji sahaja.

+ Apabila membaca posting orang lain yang kita tidak setuju, jangan komen apa-apa. Skroll ke bawah! 


Block, Unfriend atau Hide jika perlu

Memang inilah juga SOP yang saya gunakan.

Cuma saya tambah lagi satu, REMOVE, BLOCK, UNFRIEND atau HIDE mana-mana friends yang selalu menulis posting-posting yang negatif... 

Unfollow semua sumber berita semasa (yang kebanyakkannya negatif), page politik (yang sering buat provokasi supaya berlaku perbalahan dan prejudis), influencer dan channel yang sentiasa sebarkan gosip dan berita negatif. 

Follow hanya channel yang bermanfaat, yang bagi ilmu, motivasi dan inpirasi sahaja.

Kena FILTER supaya fikiran saya hanya masuk perkara-perkara positif sahaja. 

Kalau komputer kita pasang bermacam-macam ANTI-VIRUS dan SPAM FILTER, fikiran kita sepatutnya lebih penting kena jaga...

Jangan sesekali biarkan orang lain campak 'sampah' dalam fikiran kita yang akhirnya mengganggu emosi dan merosakkan mood kita...

Zulkifli
Cyberjaya
11 Januari 2024
29 Jamadil Akhir 1445H

“Orang baik dan berjaya, sopan dan baik kata-katanya. Jangan layan orang yang suka kecam di posting orang lain. Saya tak pernah kenal orang baik dan berjaya suka kecam orang. Blok dan abaikan sahaja. Waktu kita sangat berharga untuk layan mereka.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 18 Oktober 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>