Jangan sabotaj diri sendiri.
Bila kita cakap “mimpilah boleh simpan emas sampai 1 kilo”, maksudnya kita sudah sabotaj diri sendiri.
Otak akan terus stop. Langsung tak nak fikir lagi macam mana nak kumpul emas sampai sebanyak tu. Langsung tak ada harapan sebab kita sendiri yang tutup harapan.
More...
Letakkan harapan, buka minda
Kita adalah apa yang kita fikir. Apa yang kita fikir, itulah yang akan kita dapat...
Daripada tutup otak untuk berfikir, lebih baik fikir “macam mana nak kumpul emas sampai sebanyak itu?”
“Kalau orang lain boleh dapat, tentunya ada jalan untuk kita pun dapat perkara yang sama”
Why not?
Cakaplah yang baik-baik. Dan doalah yang baik-baik.
Jangan sesekali tutup otak untuk berfikir. Sebaliknya letakkanlah harapan yang baik-baik kepada Tuhan. Dialah Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa.
Mudah-mudahan satu hari nanti, yang baik-baik akan datang kepada kita. InsyaAllah.
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., baginda bersabda; "Allah berfirman; “Aku (Allah), menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Dan Aku sentiasa bersamanya selama dia mengingati-Ku...” (Hadis direkodkan oleh Bukhari & Muslim) [Rujukan - Riyadus Solihin Karya Bestari, Cetakan 1 - 2017, halaman 342]
Pilih perkataan baik-baik
Kedua, pilihlah perkataan yang baik-baik. Kerana perkataan yang kita pilih, akan memprogramkan minda kita.
"Aku tak nak miskin", maka otak kita akan ingat "miskin".
"Aku nak kaya", maka otak kita akan ingat "kaya".
"Bisnes aku tengah sendu", maka otak akan ingat "sendu".
"Bisnes aku ada progress, tapi kurang laju (bukan "sendu")", maka otak kita akan ingat "progress" dan "laju".
Sub-concious mind (mind separa sedar) kita akan simpan kemas-kemas apa yang kita fikirkan. Dan ia akan mendorong kita bekerja keras mencapai apa yang kita fikirkan!
Jadi pilihlah perkataan yang baik-baik bila bercakap atau menulis. Kerana setiap perkataan itu ada energy (tenaga) tersendiri.
Kata-kata itu akan memberikan kesan emosi dan memprogramkan minda kita!
'Aishah (Semoga Allah redha ke atasnya) berkata: Nabi (ﷺ) bersabda, "Tidak sepatutnya antara kamu mengatakan: 'aku sangat buruk'. Akan tetapi (lebih baik) dia berkata: 'aku ada kekurangan'." (Hadis direkodkan oleh Bukhari & Muslim) [Rujukan - Riyadus Solihin Karya Bestari, 1739, Cetakan 1 - 2017, halaman 1048]
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
12 November 2023
28 Rabiul Akhir 1445H
#MembangunDiri
Disclaimer : #Kilobar tu #PublicGold yang punya...

Siapa nak perbaiki 'self-talk', saya sarankan baca buku ini. Boleh dapatkan DI SINI.