MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Teknik Kuno: Alang-alang Simpan Emas, Biarlah Sampai Kaya!

November 2, 2025

Mesti "kaya"... Apa pun hujah, target saya; alang-alang simpan emas, biarlah sampai kaya.

Sampai dapat tunaikan zakat
Sampai ada tabungan kukuh
Sampai boleh tutup hutang
Sampai boleh beli harta-harta yang bagi cashflow
Sampai cukup #1kilogram1keluarga.
Sampai capai #FinancialFreedom!

Itu objektif saya.

More...

Mesti kaya dengan emas

Saya tak nak buang masa dengan retorik yang lain.

Saya tak sibuk kira berapa % untung rugi jangka pendek. Saya tak buang masa bincang emas dari perspektif yang tak membuatkan kita ke mana-mana. 

Objektif saya sangat straight forward... KAYA...

Jadi bila sampaikan ilmu kepada penyimpan emas di bawah bimbingan saya, saya tak akan serabutkan mereka dengan benda-benda yang serabut.

Jarang saya cakap pasal kenapa harga naik, kenapa harga turun. Sebab kalau mereka tahu "kenapa" pun, sedangkan kepingan emas tak bertambah, semuanya membuatkan mereka tak ke mana-mana.

Nampak macam bijak, tapi tak kaya-kaya...

Biarlah orang lain bercakap pasal tu. 

Tanggungjawab sosial

Bila saya sarankan tip-tip menabung emas, semuanya tip yang dah proven. Yang dah terbukti buat saya dan penyimpan emas saya bertambah kaya. 

Saya tak buat eksperimen dengan duit orang.

Saya tak ajar benda yang baru saya belajar sebulan dua, lepas tu memandai-mandai share ilmu supaya nampak macam pandai di media sosial.

Sebab bagi saya, ini tanggungjawab sosial saya. 

Saya bukan sekadar bina bisnes, tapi saya nak bina kehidupan bersama dengan mereka yang mempercayai saya.

Saya tak akan share tip yang tak proven dan berisiko untuk penyimpan emas.

Sebab saya bina hubungan jangka panjang... Bermula sebagai follower saya, jadi customer, kemudian jadi partner dalam bisnes... Dan lama-lama jadi rakan komuniti kehidupan saya. Bukan "touch n go"... 

Risiko tip yang separuh masak

Sepanjang 15 tahun saya dalam dunia emas, saya dah tengok ramai “influencer emas” muncul macam chipsmore. Sekejap muncul, sekejap hilang.

Masa harga emas trending, tiba-tiba masing-masing muncul macam dia “pakar emas”.

Padahal diri sendiri pun tak proven... Dia baru sebulan dua kaji pasal emas.

Dan ada pula yang sebelum ni dah bawa orang jatuh lingkup dalam pelaburan lain. Sekarang tiba-tiba muncul pula bercakap pasal emas — tanpa rasa tanggungjawab dengan apa yang dia sampaikan! 

Saya selalunya diam... Tak nak bersengketa dengan sesiapa... 

Sebab saya tahu... masa akan membuktikan siapa yang betul-betul proven, dan siapa yang sekadar pandai bercakap. 

Tip-tip yang tak proven tu lambat laun akan makan diri sendiri, dan followers mereka sekali akan jatuh bersama... sekali lagi. 😔 

Teknik kuno, tapi proven

Saya?

Masih macam dulu... Masih simpan emas teknik kuno... Tapi proven. 

👉🏻 Beli emas fizikal, simpan untuk jangka panjang.
👉🏻 Menabung emas secara konsisten setiap bulan. 
👉🏻 Harga emas naik, beli... Harga emas turun, beli lebih banyak!
👉🏻 Simpan emas selama mungkin.
👉🏻 Jangan jual emas, kecuali dalam 3 keadaan.
👉🏻 Simpan emas sampai capai 1 kilogram 1 keluarga. 

👉🏻 Menabung emas dengan ilmu - baca buku, join seminar & komuniti emas berjaya!

Syukur... Bermula seorang diri 15 tahun dulu, hari ini ilmu yang sama dah tersebar luas ke seluruh Asia Tenggara, dan melahirkan hampir 1 juta penyimpan emas di bawah bimbingan saya! 

Buku Wang Emas yang saya tulis, sudah diulang cetak entah berapa belas kali sejak 2017. Dan sudahpun diterbitkan dalam versi English dan Bahasa Indonesia. Alhamdulillah...

Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan ilmu yang saya sampaikan.

#TipKayaDenganEmas
#MisiUbahHidup1000Keluarga

Zulkifli
Cyberjaya
30 Oktober 2025
8 Jamadil Awwal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>