MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bila Emas Ada di Tangan, Kita Senyum Tengok Harga Emas Jatuh!

November 1, 2025

Bila emas ada di tangan, perspektif kita tentang emas akan berubah sepenuhnya — berbeza dengan orang yang beli emas sekadar nampak nombor dan kertas. 

Saya pun senyum je tengok influencer yang baru setahun jagung dengan emas, dia ulas kejatuhan harga emas macam saham!

Lagi dia ulas, lagi nampak dia tak ada ilmu... Tapi confident... 😄 

More...

Pandang emas macam saham 

Dia simpan emas pun emas digital di bank. Kononnya harga lebih murah, spread lebih nipis, lebih mudah dan lebih untung katanya...

Produk-produk emas digital macam tu, kalau pun ada option keluarkan emas fizikal juga, tapi saya tahu, penyimpan emas macam tu tak ada emas di tangan dia, kecuali sekeping dua item kecil.

Itu pun kalau pun dia ada simpan.

Sebab kalau nak fizikalkan emas digital, prosesnya renyah... syaratnya cerewet... Dan kos akhirnya nanti akan jadi jauh lebih mahal.

Sebab tu kebanyakan penyimpan emas digital lebih suka tengok emas dia pada skrin sahaja!

Itulah sebab kenapa cara dia pandang emas tu sama macam dia pandang saham.

Walaupun namanya “emas”, hakikatnya di tangan tak ada apa-apa selain nombor di skrin dan rekod atas kertas.

Berbeza bila emas ada di tangan 

Bila harga emas jatuh, yang dia nampak cuma kerugian. Sama macam rasa rugi bila harga saham jatuh.

Tapi bagi penyimpan emas fizikal, bila harga jatuh — dia senyum lebar! 😄

Sebab dia tahu - inilah peluang beli barang mahal pada harga diskaun. Dia boleh tambah lebih banyak kepingan emas dengan harga lebih murah.

🎯 Matlamat dia jelas:
Nak kumpul lebih banyak kepingan emas, bukan sekadar tengok nombor di skrin. 

Yang sekadar tengok nombor, dia mudah gusar bila harga turun. Dia tak boleh “feel” emas tu simpanan sebenar - penyimpan nilai jangka panjang.

Walaupun kononnya dia beli emas, tapi hakikatnya otak dia masih konflik:
“Ini simpanan ke pelaburan?” 

Kesan simpan emas fizikal  

Sedangkan orang lain dah lama kumpul emas fizikal,
✅ ada yang simpan dah sampai #1Kilogram1Keluarga,
✅ dah ada tabungan kukuh,
✅ dah berjaya tutup hutang,
✅ dan ada yang berjaya beli hartanah hasil simpanan emas.

Tapi dia masih lagi sibuk berhujah... samada emas ni simpanan atau pelaburan? 😂

Sebab tu pakar-pakar emas dunia selalu tekankan - emas terbaik ialah emas yang ada di tangan kita sendiri. Yang boleh kita pegang, rasa, dan serahkan bila perlu.

Bukan sekadar emas yang kita tengok di skrin. 

Kalau nak rasa tenang bila harga turun naik, pastikan ada emas di tangan.

Bila kita dah genggam emas tu sendiri, baru kita faham kenapa orang yang simpan emas tak pernah risau harga. 

Dia tak kejar harga, dia kejar gram.

Sebab dia tahu — orang yang pegang emas fizikal, dialah yang akan menang dalam jangka panjang! 

Zulkifli
Cyberjaya
30 Oktober 2025
8 Jamadil Awwal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>