MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Buat Baik Berpada-pada: Bukan Semua Orang Susah Nak Dibantu!

November 1, 2025

Bukan semua orang susah tu nak dibantu...

Dulu, bila nampak je orang susah (macam saya pernah susah dulu), saya beriya-iya nak tolong.

Tapi lama-lama saya dapati, hidup dia tak juga berubah. Yang saya dapat cuma penat, habis masa, habis tenaga dan kecewa - tak dihargai...

Bahkan lebih teruk, kita sekali boleh terheret sama dalam kesusahan dia! Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran... 

More...

Perlu bantuan vs rasa kesian

Kalau dia benar-benar nak dibantu, saya akan bantu. Tapi kalau nak bantu hanya datang daripada rasa kesian tengok dia susah (macam saya dulu pernah susah), saya tak akan teruskan. 

Ibarat bertepuk sebelah tangan...

Nanti bantuan saya tu bukan sahaja tak dihargai. Lebih buruk lagi dia sangka buruk kepada saya! Dia fikir saya yang perlukan dia untuk kepentingan saya... 

Ada orang memang kena lalui kesusahan tu dulu untuk dia belajar. Biar dia rasa susah... Biar dia rasa sakitnya jatuh...

Ada orang kena rasa jatuh lingkup dulu, baru dia akan belajar. Kalau kita nak selamatkan dia (sebelum dia rasa sakitnya jatuh), bantuan kita tak dihargai.

Ibarat berikan pelampung sebelum dia rasa peritnya air masuk hidung masa belajar berenang, dia tak akan hargai betapa bernilainya pelampung yang kita hulurkan - yang menyelamatkan dia daripada lemas. 

Filter dulu sebelum bantu

Walaupun saya serius dengan #MisiUbahHidup1000Keluarga, tapi saya tak tolong semua orang. Saya cuma tolong mereka yang lepas tapisan (filteration) orang yang layak saya tolong. 

Saya kenalpasti dulu, adakah dia benar-benar nak dibantu. Supaya masa dan tenaga saya tak disia-siakan pada orang yang salah. 

Bila saya tunjukkan peluang untuk ubah hidup, saringan pertama saya ialah - sanggup tak dia join training? 

Saya akan ingatkan maksimum tiga kali sahaja: 

1️⃣ Kali pertama mungkin dia tak tahu. 
2️⃣ Kali kedua mungkin dia lupa. 
3️⃣ Kali ketiga... itu yang terakhir. 

Sebab kalau sampai tiga kali pun masih tak datang, maknanya dia memang tak nak tolong diri sendiri. 

Kalau dia tak nak bantu diri sendiri, saya pun tak boleh bantu dia. 

Jadi buat apa kita beriya-iya nak tolong dia? 

Buat baik berpada-pada

Saya dan team #PGG100Network dan #5GAssociates dah sediakan platform, roadmap, dan sistem yang dah proven (terbukti berkesan) berjaya bantu mereka yang nak unlock passive income RM5k - RM10k sebulan dalam masa 24 bulan.

Jadi saya tak perlu convince atau mengemis pada sesiapa.

Sebab saya tahu, ada orang memang selesa hidup susah. Dia mengeluh hari-hari, tapi tak pernah nak berubah...

Kata pepatah, buat baik berpada-pada... 

Nak buat baik pun ada limit dia. Jangan sampai kita give-up buat baik, gara-gara dah penat berbuat baik kepada orang yang salah. 

Sebab hakikatnya, kalau dia sendiri tak nak ubah hidup dia, Tuhan pun tak akan ubah hidup dia!...  

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” 

- (Surah Ar-Ra‘d, 13 : Ayat 11

#MembangunDiri

Zulkifli
Cyberjaya
29 Oktober 2025
7 Jamadil Awwal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>