"Bantu orang lain sambil buat duit, masih boleh dianggap ikhlas ke?"
Soalan menarik yang diajukan oleh seorang murid saya masa breakfast di Cape Town hari tu.
Saya senyum, sebab saya pun pernah keliru tentang perkara ni dulu...
More...
Jawapan ringkas saya waktu tu:
👉🏻 “Pastikan manfaat yang kita beri lebih besar daripada apa yang kita dapat.”
Kalau orang lain dapat lebih banyak manfaat daripada apa yang kita terima — insyaAllah, itu tanda ikhlas...
Rasa tak ikhlas bila dapat duit?
Ramai orang salah faham maksud “ikhlas”. Bila kita dibayar, mereka fikir automatik itu "tak ikhlas".
Kalau nak ikhlas, mesti percuma!
Padahal, itu bukan maksud sebenar “ikhlas”.
Ikhlas bukan bermaksud kena papa kedana dulu baru boleh dapat pahala. 😅
Tapi itulah tanggapan ramai orang.
Pergi kerja rasa tak ikhlas sebab dapat gaji. Buat bisnes pun rasa tak ikhlas sebab dapat untung.
Yang dianggap ikhlas hanyalah bila masukkan duit ke tabung masjid!
Akhirnya mereka fikir, bila dah pencen barulah boleh fokus “ibadah akhirat”. Sedangkan kerja cari rezeki pun boleh dapat pahala 'ibadah' - kalau kena caranya.
NIAT yang baik, kerana Tuhan
Apa yang saya faham, secara ringkasnya;
👉🏻 Ikhlas = niat yang baik + cara yang betul.
Apa sahaja yang kita buat dengan NIAT yang baik dan CARA yang Tuhan redha — itu dikira ikhlas.
Niat yang betul ialah akar kepada keikhlasan.
Pergi kerja, berbisnes, hidup berkeluarga, sampaikan ilmu, bersedekah, bahkan buat konten pun - kalau niatnya baik (kerana Allah), semuanya jadi amal kebaikan → dapat pahala.
Contohnya:
- ✅ Berniaga sebab nak rezeki halal dan bantu orang lain → niat betul.
- ✅ Bekerja keras supaya boleh beri nafkah keluarga → niat betul.
- ✅ Buat konten untuk beri ilmu dan inspirasi → niat betul.
- ❌ Buat konten untuk bermegah-megah → niat salah.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya ganjaran bagi setiap amalan bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang (diberi ganjaran berdasarkan) apa yang dia niatkan.”
Nilai sesuatu amalan bergantung kepada “kiblat hati” kita.
CARA yang betul – Tuhan redha
Kalau niat baik tapi caranya salah, amalan tu tak diterima.
“Ikhlas” tak cukup sekadar di hati, mesti disusuli dengan cara yang betul — ikut syariat.
Contohnya:
- ❌ Niat nak bantu orang miskin, tapi guna duit rasuah → dosa.
- ❌ Pergi kerja cari rezeki, tapi curi tulang → dosa.
- ❌ Niat cari nafkah keluarga, tapi tipu customer → dosa.
- ❌ Niat nak dakwah orang lain jadi baik, tapi sebar hadis palsu → dosa.
Allah s.w.t. berfirman:
“...siapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia berbuat amal yang baik dan tidak mempersekutukan Tuhannya dalam beribadah dengan sesuatu pun.”
Maknanya, amal baik kita tak boleh bercampur dengan perkara yang Allah haramkan.
Ikhlas dalam berbisnes
Kalau kita berbisnes dan dapat keuntungan, boleh jadi ikhlas ke?
Jawapannya, boleh sangat!
Dapat duit bukan masalah, bahkan ajar orang baca Al-Quran pun boleh ambil upah.
Pesan Nabi ﷺ:
“...sesungguhnya orang yang paling berhak menerima upah ialah orang yang mengajarkan Kitab Allah (al-Quran).”
Yang penting, semak balik NIAT dan CARA kita.
- Niat cari rezeki halal dan bantu orang lain → niat betul.
- Jual produk betul, kepada orang yang betul, dengan cara jujur → cara betul.
Sebagai contoh untuk dealer Public Gold:
- ✅ Bagi ilmu emas yang betul → pahala.
- ✅ Nasihat jujur demi kebaikan customer → pahala.
- ❌ Ajar ilmu songsang untuk kejar sales → dosa.
- ❌ Ambil kesempatan atas kejahilan customer → dosa.
Walaupun niat cari rezeki, tapi kalau caranya salah, bukan saja tak dapat pahala, malah dapat dosa!
Tanda ikhlas: sentiasa “beri lebih”
Tanda orang ikhlas dalam berbisnes (atau bekerja), dia sentiasa berusaha beri lebih daripada apa yang dibayar.
Kalau customer bayar untuk emas, tapi kita beri ilmu, panduan, dan sediakan komuniti sokongan sekali - itu antara tanda ikhlas.
Contohnya:
- 👉🏻 Sediakan komuniti penyimpan emas yang aktif.
- 👉🏻 Tunjuk roadmap untuk bina kekayaan dengan emas.
- 👉🏻 Sediakan manual, handbook, atau toolset.
- 👉🏻 Anjurkan kelas, seminar dan training.
- 👉🏻 Sentiasa update konten dan info emas terkini.
- 👉🏻 Bantu mudahkan urusan customer bila perlu.
Kita bukan sekadar 'jual' emas untuk dapat keuntungan diri sendiri, tapi beri kebaikan dan ubah hidup orang lain dengan bisnes kita.
Bisnes kita benar-benar jadi rahmat buat orang lain.
Itulah beza dealer biasa dengan dealer yang ikhlas.
Kalau tak ikhlas pun boleh berjaya?
Boleh... Tapi sekadar ganjaran dunia — dapat duit semata-mata. Tiada pahala di sisi Tuhan (pada hari Akhirat).
Tapi kalau ikhlas, Akhirat kita dapat (pahala), Dunia (kekayaan) Tuhan pakejkan sekali! InsyaAllah...
Malah, kejayaan dunia biasanya lebih besar bagi orang yang ikhlas. Sebab orang ikhlas akan buat kerja dengan sepenuh hati, bukan semata-mata nak buat duit.
Apa yang boleh saya simpulkan;
- Kalau niat betul, cara salah → dosa.
- Kalau niat salah, cara betul → dapat dunia, tiada pahala akhirat.
- Kalau niat betul, cara betul → dapat dunia dan akhirat.
Itu sebabnya saya selalu pesan kepada semua dealer di bawah bimbingan saya — luruskan niat.
Niat yang baik akan dorong kita buat cara yang betul. Bila buat perkara yang betul, barulah datangnya kejayaan yang sebenar.
Kejayaan yang lebih besar daripada apa yang kita fikirkan... Massive success! InsyaAllah...
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., yang menisbahkannya kepada Nabi ﷺ, beliau berkata:
“Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa paras kamu dan tidak juga harta kamu, tetapi Dia memandang kepada amalan kamu dan hati kamu.”
- (Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 4143) - Sahih
Allahu a'lam...
Zulkifli
Cyberjaya
25 Oktober 2025
3 Jamadil Awwal 1447H
Artikel berkaitan:
- Ikhlas Orang Berduit Tak Sama Ikhlas Orang Tak Berduit
- Keikhlasan Teruji Bila Kewangan Tertekan, Amalkan 3 Prinsip Ini
- Bila Kewangan Kukuh, Kerja Pun Jadi Ikhlas... Hati Rasa Puas
- Kaya Bukan Dosa, Tapi Peluang Untuk Masuk Syurga!
- Fokus Buat Baik, Duit Datang Menyerah Diri
- Bisnes, Peluang Berbuat Baik Sesama Manusia

