MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Keikhlasan Teruji Bila Kewangan Tertekan, Amalkan 3 Prinsip Ini

September 18, 2024

Ikhlas orang berduit tak sama dengan tak berduit... Jangan sampai keikhlasan kita (nak berbuat baik) teruji kerana duit! 

Itulah antara intipati pesanan saya masa kami berbual-bual petang tu di #MenaraPublicGold.

Apapun keputusan kewangan, jangan sampai meletakkan kewangan kita dalam tekanan.

Jangan sampai hidup kita sentiasa terdesak nak dapatkan duit.

Nanti keikhlasan kita akan teruji...

More...

Kewangan tertekan, keikhlasan teruji

Jangan kata orang yang tak baik, pengalaman saya menunjukkan orang baik-baik pun boleh rosak keikhlasannya bila dia ditekan oleh duit.

Sampai terpaksa berkira-kira nak berbuat baik, terpaksa ketepikan kebenaran dan sanggup menipu, tak jujur, dan ambil kesempatan atas kesusahan orang semata-mata kerana duit.

Tak kisah samada peniaga, penjawat awam atau swasta, penguatkuasa, ahli politik, bahkan orang agama sekalipun.

Semuanya boleh rosak keikhlasannya kerana duit - kalau kewangan dia sedang tertekan.

Untuk jaga diri supaya keikhlasan tak rosak kerana duit, 3 prinsip kewangan ni yang sentiasa saya pegang kuat-kuat dari dulu sampai sekarang;

3 prinsip untuk jaga keikhlasan

  1. Sentiasa hidup di bawah kemampuan. Bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. 
  2. Jauhkan segala bentuk hutang, kecuali hutang yang boleh menambah kekayaan. Kalau nak kena beli secara hutang (ansuran), maksudnya kita belum mampu. 

    Kalau pun kena berhutang, hutang pada perkara yang benar-benar mendesak sahaja. Dengan jumlah yang berpada-pada. 
  3. Biarlah tak nampak bergaya. Asalkan poket kita kaya

    Jangan peduli apa orang kata. Asalkan kita tak kacau dan menyusahkan sesiapa. 

Prinsip ni akan membuatkan kewangan kita sentiasa terjaga.

Walaupun kita tak nampak bergaya, tapi poket kita sentiasa kaya.

Dan keikhlasan kita tak boleh dibeli dengan duit. InsyaAllah... 

Zulkifli
Cyberjaya
18 September 2024
14 Rabiul Awwal 1446H 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>