Walaupun gaji kecil, tapi saya tiada hutang, bahkan mempunyai simpanan kecemasan berjumlah setahun pendapatan.
Sebenarnya tak perlu tunggu gaji besar pun untuk bebas daripada masalah kewangan.
Saya nak share pengalaman saya sendiri dengan sahabat pembaca;
More...
Tapi Perlu Tunggu Gaji Besar
Ketika gaji saya sekitar RM4,000 sebulan (iaitu sekitar tahun 2010), saya masih lagi bekerja sebagai seorang Internal Audit Executive di sebuah anak syarikat PNB (Pemodalan Nasional Berhad).
Kami sekeluarga hanya bergantung kepada satu pendapatan sahaja, iaitu gaji saya semata-mata.
Isteri seorang suri rumah yang tiada pendapatan. Kami ada tanggungan 6 orang anak kecil ketika. Kami bukan hidup di kampung, tetapi hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur yang kos sara hidup yang mahal.
Walaupun begitu, saya langsung tidak ada masalah kewangan, alhamdulillah.
Bukan sahaja tiada apa-apa hutang negatif, bahkan saya mempunyai simpanan kecemasan minimum 1 tahun gaji, dan mampu menyimpan setiap bulan.
Simpan Dulu, Belanja Selebihnya
Walaupun gaji kecil, saya tetap menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan setiap bulan.
Simpanan sebenarnya bukan tentang banyak ataupun sedikit, tapi tentang keutamaan. Utamakan menyimpan sebahagian daripada pendapatan terlebih dahulu sebelum berbelanja.
Bila "menyimpan" tu jadi keutamaan, maka yang lain tu kita akan tolak ketepi;
Pakai kereta buruk second hand yang habis bayar, tiada channel TV berbayar, tiada bajet untuk melancong (yang ada cuma 'melencong' balik kampung), duduk di rumah flat, merokok tak pernah, kopi mewah "Starbuck" pun belum kenal lagi pada waktu tu, dan selalu bergerak ke sana sini naik motor kapcai sahaja.
Biar Nampak Low Class...
Kalau makan di luar, saya hadkan cuma ambil satu lauk dan minum air suam atau bawa air sendiri. Tabiat itu sudah melekat pada diri saya sampai ke hari ini.
Life-style memang low class. Lebih low class dari mereka yang kerjanya pangkat lebih rendah dari saya.
Tapi kalau ada hal emergency, alhamdulillah tak ada masalah dari sudut kewangan.
Dulu kenderaan utama saya untuk bergerak ialah motorsikal kapcai saya.
Sepanjang hampir 11 tahun saya bekerja makan gaji, motorsikal saya pernah hilang empat (4) kali. 'Patah kaki' saya kalau tak ada motorsikal.
Setiap kali hilang sebelah pagi (sebelum nak keluar pergi kerja), sebelah petang terus keluar motosikal baru yang saya belinya secara tunai - menggunakan duit simpanan kecemasan! Alhamdulillah.
Hilang Motor Lama, Terus Beli Baharu
Kawan-kawan sepejabat selalu cakap "kayanya kau... hilang motor lama, terus beli motor baharu!".
Sebenarnya bukan sebab "kaya", tapi urus kewangan dengan baik.
Kalau setakat ada duit simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan pendapatan, itu belum kaya lagi. Itu perkara basic setiap orang sebenarnya kena ready.
Bila saya terima macam-macam aduan masalah kewangan, selalunya pendapatan orang yang mengadu tu jauh lebih baik berbanding saya sebelum ni. Tetapi cara mereka mengurus duit itu sebenarnya yang bermasalah.
Berdasarkan pengalaman saya mendidik masyarakat tentang kewangan sejak 2008 lagi, saya dapati masalah kewangan bukan tentang gaji kecil atau gaji besar.
Bahkan mereka yang bergaji besar masalah kewangannya lebih teruk.
Gaji Besar, Masalah Pun Besar
Walaupun rumahnya besar, keretanya mewah, handphonenya model terbaharu, gaya hidupnya nampak orang kaya, tapi di sebalik itu semua, mereka sebenarnya sedang menanggung hutang yang besar!
Kalau hilang upaya untuk bekerja, mereka akan hilang segala-galanya hanya dalam masa 3 - 6 bulan sahaja!
Maksudnya gaji besar itu bukanlah menggambarkan hartanya yang banyak, tapi hutang yang besar.
Jadi saya sangat percaya, kalau nak kaya, jangan bimbang kalau gaji masih belum besar. Yang penting ialah belajar urus kewangan dengan baik dan semai tabiat kewangan yang betul dulu;
Rajinkan diri baca buku-buku kewangan, datang seminar dan bergaul dengan orang yang betul, belajar hidup di bawah kemampuan, paksa diri menabung setiap bulan, dan tingkatkan skill bekerja atau tambah skill yang baharu untuk tingkatkan pendapatan.
Tahan dulu gaya hidup buat seketika.
Selagi status kewangan masih lagi "kerja sebulan makan sebulan", itu belum waktunya untuk hidup bermewah-mewah.
Biarlah apa orang nak kata sekalipun, yang penting poket kita kaya!
Sesiapa Pun Mampu, Tapi Syaratnya...
Saya sangat percaya, tip-tip kewangan yang saya share di blog ini, di Facebook peribadi saya, atau buku-buku yang saya tulis, ianya sesuai untuk orang kebanyakkan.
Tulisan-tulisan saya bukannya sekadar teori, tapi pengalaman saya sendiri - yang pernah lalui zaman kesempitan dan hidup di bawah paras kemiskinan selama lebih 5 tahun, hingga akhirnya mencapai Financial Freedom ("tak kerja pun ada dapatan") sejak tahun 2014.
Dan saya juga percaya, selagi kita mampu bekerja, sesiapa sahaja orang mampu keluar daripada masalah kewangan, mempunyai simpanan yang kukuh, dan mencapai Financial Freedom.
Asalkan dia sanggup belajar dan sanggup berusaha, sesiapa pun mampu mencapainya, insyaAllah.
#BukuMisiBebasHutang #TipKewanganPeribadi