MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Motivasikan Diri Dengan Simpan Hasil Bisnes

June 27, 2014

[Kemaskini Disember 2022]

Untung RM100, simpan.

Untung RM100 lagi, simpan lagi.

Untung RM100 lagi, simpan lagi, lagi dan lagi.

Untung kecil pun tak apa. Yang penting kena menyimpan.

Biarpun Kecil, Yang Penting Kena Simpan

Bagi siapa yang baru belajar buat bisnes, bagi saya, kalau dapat untung RM100 sebulan pada peringkat permulaan pun sudah bagus.

Kalau setahun, jumlah keuntungan terkumpul sekitar RM1,200 (RM100 x 12 bulan).

Jumlah itu sebenarnya besar kalau nak dibandingkan dengan mengharapkan keuntungan daripada pelaburan macam Tabung Haji ataupun ASB.

Kalau nak dapat keuntungan (dividen) RM1,200 daripada Tabung Haji, kita kena ada modal (simpanan) sekurang-kurangnya RM24,000 (dividen 5%).

Tapi dengan bisnes, modal RM300 pun sudah cukup. Kita hanya perlu pusing sahaja modal tersebut dalam bisnes.

Kalau untung RM1,200 setahun, maksudnya jumlah keuntungan yang kita dapat ialah 400% (RM1,200 / RM300) setahun!

Keuntungan Bisnes vs Pelaburan

Untung 400% tu sebenarnya biasa-biasa sahaja dalam bisnes.

Sedangkan kalau dalam pelaburan, keuntungan 40% setahun pun sudah dianggap luar biasa.

Saya masih ingat ketika saya mula-mula buat bisnes dulu.

Saya cuma bermodalkan RM400 sahaja. Saya keluarkan duit simpanan Tabung Haji sebagai modal pusingan bisnes kecil-kecilan saya.

Tapi setelah 2 tahun menjalankan bisnes, duit modal tu berkembang menjadi RM7,000!

Walaupun income bulan-bulan daripada bisnes tidaklah banyak. Tapi sekurang-kurangnya saya nampak bisnes itu BERHASIL.

Kekal Motivasi Walaupun Untung Kecil

Dapat kumpul duit RM7,000 dengan tak ada pengalaman bisnes, baru-baru nak belajar bisnes, banyak buat kesilapan-kesilapan bodoh dalam bisnes, bagi saya itu satu kejayaan yang besar.

Cuma banyak orang tak nampak hasil bisnes kecil-kecilan yang mereka jalankan bukan sebab bisnes itu tak berhasil, tapi sebab mereka tak menyimpan.

Mereka fikir bila bisnes sudah untung beribu-ribu ringgit setiap bulan, barulah dianggap berhasil.

Itu satu kesilapan.

Salah satu perkara yang memotivasikan saya untuk terus berbisnes walaupun untungnya tak seberapa setelah bertahun-tahun buat bisnes ialah sebab saya NAMPAK HASILNYA.

Saya nampak hasilnya dalam bentuk jumlah duit yang telah saya simpan.

Simpan Hasil Bisnes 100%

Untung RM100, saya simpan.

Untung RM100 lagi, saya simpan lagi.

Untung RM100 lagi, saya simpan lagi, lagi dan lagi.

Sehinggakan pernah satu ketika isteri saya tanya, "sampai bila kita nak menyimpan (hasil bisnes)?"

Seingat saya, 5 tahun pertama memulakan bisnes secara kecil-kecilan, sebahagian besar hasil daripada bisnes saya simpannya 100%.

Walaupun hasilnya tak seberapa, tapi saya tetap rasa bersemangat untuk teruskan bisnes sebab saya NAMPAK HASILNYA dalam bentuk simpanan.

Tip Menyimpan Hasil Bisnes

Rahsianya ialah kena simpan hasil bisnes 100% pada peringkat permulaannya.

Saya anggap hasil bisnes yang saya jalankan secara sambilan itu adalah untuk membina masa depan. Duit nak hidup bulan-bulan, saya cuma pakai duit gaji saya sebagai seorang Eksekutif (Perakaunan) sahaja.

Kesilapan biasa yang banyak orang selalu buat ketika baru-baru berjinak memulakan bisnes ialah mereka tak simpan hasil bisnes.

Dapat untung seringgit dua, habis dibelanjakan semuanya!

Bila tak nampak hasil, dia mudah rasa "down". Padahal bukan bisnes tak berhasil, tapi sebab dia tak menyimpan.

Supaya tak buat kesilapan macam orang lain, ini tip yang saya amalkan;

#1 – Letak Target Simpanan

Simpan setiap sen keuntungan bisnes sampai cukup RM100 pertama, RM1,000 pertama, dan RM5,000 pertama. Dan target ini kena sentiasa disesuaikan dengan perkembangan bisnes.

Selagi belum capai target tersebut, saya paksa diri simpan keuntungan bisnes 100%!

Memang tak sentuh langsung hasil bisnes sampai isteri saya pun pernah query.

Untuk hidup bulan-bulan, pakai duit gaji sahaja walaupun terpaksa ‘ikat perut’.

Saya fikir, kalau tak ada duit bisnes pun kita terpaksa berjimat cermat dengan duit gaji. Jadi bila buat bisnes secara sambilan, kenapa perlu saya sentuh duit hasil daripada bisnes?

#2 – Reward Diri Sendiri Perpada-pada

Bila capai target simpanan RM100, RM1,000 dan RM5,000 pertama, reward diri sendiri dari hasil bisnes sebagai motivasi.

Walaupun begitu, 50% dari hasil bisnes memang kena simpan.

Reward diri sendiri tak perlu mahal. Kekadang saya reward diri sendiri dengan sebatang aiskrim Magnum harga RM4.00 sahaja. Ataupun beli sebekas aiskrim Wall Selection yang harga RM11.00.

Itu antara cara saya raikan kejayaan sendiri. (“,)

#3 – Simpan At Least 50% Hasil Bisnes

Setiap kali dapat hasil bisnes, saya mesti simpan sekurang-kurangnya 50%.

10% saya masuk tabung infaq, lagi 40% saya gunakan untuk ‘reward’ diri sendiri, dan cover kos overhead bisnes.

Dengan duit 40% itulah saya guna untuk langkah panjang sedikit.

Kalau dulu buat bisnes dekat-dekat sahaja (sebab takut tak berbaloi dengan kos petrol, tol dan sebagainya). Tapi bila sudah berhasil, boleh bergerak jauh sedikit. Duit itulah saya gunakan untuk bayar tol, petrol, tiket bas, tiket flight dan sebagainya. Alhamdulillah.

Bila sudah berbisnes sepenuh masa dan pendapatan 100% hanya daripada bisnes, jumlah simpanan bisnes saya kurangkan kepada 20% – 30%. Ini kerana sumber perbelanjaan hidup bergantung sepenuhnya kepada duit bisnes.

Walaupun begitu, saya tetap meletakkan target untuk simpan 50% dari pendapatan.

#4 – Asingkan Duit Bisnes Secara Fizikal

Adakan dompet khusus untuk bisnes, dan buka akaun bank khusus untuk bisnes.

Duit bisnes tak boleh dicampur-adukkan dengan duit peribadi.

Bila bercampur, akhir sekali duit bisnes pun bertukar menjadi duit peribadi!

Itulah sebabnya kenapa banyak orang kampung yang berniaga, makin lama makin tak ada barang dalam kedai. Sebab duit bisnes pun dia rasa duit peribadi dia. Dengan modal-modal bisnes sekali dia 'sapu' untuk kegunaan peribadi!

Pengalaman saya, kalau kita letakkan duit bisnes dalam dompet yang sama dan akaun bank yang sama dengan duit peribadi, nanti kita jadi confuse. Bila sudah sibuk dengan bisnes, nak rekod duit pun tak sempat.

Untuk elakkan ianya berlaku, kita kena asingkan duit bisnes itu dari duit peribadi secara fizikal.

Adakan dompet khusus untuk bisnes. Dan adakan satu akaun bank khusus untuk bisnes. Itulah tempat kita simpan duit modal pusingan dan hasil keuntungan bisnes.

Duit MODAL PUSINGAN itu hanya boleh digunakan untuk beli stok barang jualan sahaja. Bukan untuk perbelanjaan OVERHEAD seperti duit petrol, bil telefon dan sebagainya.

#5 – Cover Kos Overhead Dengan Duit Gaji Dulu

Ketika mula-mula buat bisnes, jangan berkira dengan duit bisnes.

Duit MODAL PUSINGAN bisnes itu khusus untuk rolling stok sahaja. Duit tol, petrol, dan bil telefon (yang meningkat) itu tak perlu la claim dari duit hasil bisnes lagi.

Kalau kita baru sahaja keluar modal RM400 untuk rolling dalam bisnes, lepas tu semua perbelanjaan tak langsung kita nak claim duit bisnes, alamatnya dalam 2, 3 bulan sahaja habislah duit tu.

Jadi untuk peringkat permulaan, guna sahaja duit gaji dahulu.

Saya yakin, duit gaji kita itu insyaAllah cukup untuk cover kos overhead pada peringkat permulaan.

Kita cuma perlu TUKAR sahaja. Tukar perbelanjaan yang tak bermanfaat untuk masa depan (seperti beli surat khabar, majalah, langgan rancangan TV) untuk cover kos OVERHEAD dan beli tools yang diperlukan untuk bisnes.

Tukar duit jalan-jalan yang berlebihan itu untuk duit petrol bisnes. Tukar duit pakej mahal-mahal langganan Astro (atau Netflix) itu untuk kembangkan bisnes.

Nanti bila sudah betul-betul fokus membina bisnes, memang kita tak ada masa nak layan movie atau banyak jalan-jalan. TV itu cuma untuk anak-anak sahaja.

#6 – Disiplinkan Diri Infaq Hasil Bisnes 10%

Akhir sekali, disiplinkan diri dengan infaq. Itu simpanan untuk hari Akhirat, bahkan untuk dunia kita.

Setiap kali dapat hasil bisnes, saya akan keluarkan 10% masuk ke tabung infaq. Sehingga pendapatan daripada bisnes membolehkan saya berhenti kerja dan menjalankan bisnes secara sepenuh masa, saya masih disiplinkan diri infaq 10% dari hasil bisnes.

Pada saya, itulah 'pelaburan' untuk Allah gandakan kekayaan kita melalui sedekah.

Tak kisah hasilnya sedikit ataupun banyak, saya tetap keluarkan 10% sebagai sedekah.

Ketika bisnes kecil-kecilan dulu, duit 10% itu tidaklah seberapa.

Tapi bila bisnes sudah berkembang, duit 10% itu agak besar. Bahkah duit infaq itu jumlahnya lebih besar dari duit yang saya simpanan bulan-bulan ketika saya masih bekerja makan gaji dulu.

Buang Perasaan Tamak

Bila nampak angka itu besar, mulalah datang perasaan tamak.

Tetapi bila fikir-fikir balik, kalau Allah tak bagi rezeki itu, 1% pun kita tak dapat. Tapi Allah sudah bagi rezeki 100%, kenapa perlu kedekut untuk agihkan rezeki yang cuma 10%?!

Jadi pejamkan mata, keluarkan sahaja infaq tersebut.

Inilah tip ringkas cara saya menguruskan keuntungan bisnes sejak dari dulu hingga sekarang. Saya yakin, tip ini penting bagi sesiapa yang buat bisnes kecil-kecilan terutamanya bagi siapa yang buat secara HOME-BASED macam saya.

Biar pun kecil, tapi pastikan ianya berhasil. InsyaAllah.

Allahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
27 Jun 2014
28 Sya’aban 1435

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • semasa sy berniaga membuka studio jamming di bangi dulu.sy selalu berdepan dgn masalah duit kedai adalah duit aku dan juga kawan2.
    untung harian 10% buat makan2 belanja kawan2..selebihnya simpan untuk kedai dan diri sendiri,sy anggap itu adalah infaq..haha…cukup setahun sy rasa rasa apa yg sy usahakan mcm x berbaloi.sy salahkan bisnis itu sendiri…selepas jual bisnes,tutup kedai sy kerja makan gaji..selepas tu baru terfikir,kesilapan sy..moralnya perkara yg sekecil2 itulah kesilapan yg sebesar2nya sy buat.
    artikal tuan ini menyedarkan sy kesilapan lalu.

  • assalammualaikum..
    terima kasih.. maklumat yg berguna…
    bekerja tetap dan membuat part time dlm perniagaan..
    mslh utama…………… selalu mencampur adukkan duit berniaga dengan duit sendiri..
    terlibat dlm meniaga andaman.. customer byk buat ansuran byrn sebelum majlis.. bila nk dekat majlis amaun yg perlu dibyr akan jadi kecik..
    biasa nye saya akan terpakai duit yg diberi..dan bila hbis majlis amaun yg lebihan untuk dibyr menjadi sedikit..kat situ mcmana saya nk motivasikan diri supaya jangan dan jangan guna dulu duit tu.. atau en zul blh tlg bg cadangan yg sy tak akan usik duit tu…
    tq 🙂

    • Wslm Pn. Siti,

      Saya syorkan asingkan duit tu secara fizikal. Buka purse khas hanya untuk bisnes. Dan akaun khas hanya untuk bisnes. Jangan usik duit tu. Kalau tak nanti dianggap ‘pecah amanah’ terhadap duit bisnes.

  • Assalamualaikum Tuan,

    Apa yg tuan nyatakan benar sekali. Kesilapan paling besar yg saya lakukan mencampurkan transaksi peribadi & bisnes sambilan dlm satu akuan. Kena cepat2 lah buka akaun sbnrnyer dh pening gak.. 🙂

    Alhamdullillah syor tuan utk menginfaq telah dilakukan sejak berkenalan dgn tuan melalui buku mini MMR.

    Semoga kehidupan tuan sekeluarga lebih dirahmati & diberkati Allah SWT. Amin.

    Terima kasih tuan dgn info yg diberikan.

  • Asalamualaikum Tuan.. Tenang baca tulisan tuan..sedar sy dari kesilapan perniagaan makan sebanyak rm45k.. hancur mcmtu je sbb campur adukkan hasil kedai dgn peribadi.. thanks tuan untuk info yg berguna..

  • Salam,
    Apa yang tuan ckpkan mmg tepat sekali. Saya mmg praktikkan dan hasilnya mmg nampak duit bisnes berkembang. Pada permulaan saya gunakan duit gaji untuk menampung perbelanjaan bisnes. Malah modal yang saya ambik dr Tbg Haji dahulu dah diganti balik. Insyallah dengan mempraktikkan cara ni, duit akan meningkat dan kita pun lebih bersemangat.

  • Salam,
    Saya nk tambah skit lagi….berdasarkan pengalaman saya yang praktikan. Bagi saya…kalau nak bisnes, kena ada satu ilmu. Saya namakan dia ‘ILMU BERTAHAN’.
    Ilmu bertahan ni leh digunakan dlm byk perkara. Insyallah dgn mengamalkan ilmu ni…dgn izinnya…berjaya. Antaranya:

    Ilmu bertahan ketika bisnes down
    Ilmu bertahan nak tukar kereta baru sehingga bisnes betul2 berjaya
    Ilmu bertahan dr menggunakan duit bisnes yg disimpan
    Ilmu bertahan dr nak beli yang bukan keperluan
    DLL

    • Sangat setuju! kebanyakan orang kita gagal dalam bisnes sbb terlalu melayan perasaan down. Pengurusan down tu sgt2 penting di dalam perniagaan. Salah 1 cara kita menguruskan down ialah dengan mencari apa advantage/kebaikan/peluang yg kita boleh buat apabila bisnes kita gagal. Contoh: peniaga nasi lemak menghadapi kerugian kerana timbulnya peniaga2 baru yg jual benda yg sama dan sgt2 berhampiran dgn premis kita. ini buatkan kita marah dan sering berlaku pergaduhan. Tetapi, apa yg kita boleh dapat buat dri sudut positive ialah dengan membuat satu menu kelainan dimana pesaing tdak dpat menandinginya. sbg contoh menu Nasi Lemak Ayam Besar ala KFC dan memberi layanan yg lebih istimewa kpd pelanggan. ~Pandangan saya

      Suka berkongsi idea2 bisnes? jom chat fb sy 🙂
      https://www.facebook.com/luqman.abdillah.9

  • Assalamualaikum en.Zul

    saya nak minta pandangan drp en.Zul. sy menjalankan bisnes family (jubah perempuan). satu sikap saya sy yakin dgn infaq dan setiap hari sy infaq rm50 dipagi hari walau bisnes belum mendapat jualan dihari berkenaan. Alhamdulillah bisnes family sy makin berkembang, cumanyaaa……. sy xpenah bgtau emak sy (owner bisnes) yg sy infaq evrday rm50.

    ada ketika pernah masuk hari jumaat sy infaq sehingga rm400 (dgn keyakinan pd Allah org yg memberi xkn pernah rugi). Disini bukan sy ingin riak atau ujub dgn infaq sy yg tak seberapa cuma kadang2 sy terfikir apakah sy bersalah infaq tnpa kebenaran ibu?
    untuk pengetahuan en.Zul sy bekerja tnpa gaji sometime sy anggap duit yg sy infaq itulah gaji sy dan bisnes family sy mmg bisnes yg bercampur aduk duit bisnes dgn duit peribadi.

    Mohon nasihat dan penjelasan dari en.Zul.

    • Wslm En. Saiful,

      Saya syorkan urus kewangan bisnes tu dengan betul. Asingkan duit bisnes dan duit peribadi. Dan minta gaji daripada owner (emak) tu. Portion En. Saiful barulah digunakan untuk infaq. Bila bekerja, maksudnya kita memegang amanah daripada owner. Setiap kewangan keluar masuk, sepatutnya dalam pengetahuan owner.

      Wallahu a’lam.

  • jazakallah en.Zul atas penerangan, skrg sy faham pentingnya amanah dlm bisnes dan tanggujawab utk asingkan duit bisnes dgn duit personal.

  • Alhamdullilah, hasil penulisan Tuan Zul ini dapat mengajar saya untuk memulakan bisnes kecil-kecilan. Terima kasih tuan kerana sudi berkongsi ilmu tuan, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa tuan. Sekarang baru saya sedar kepentingan bisnes, dulu asyik pikir nak makan gaji je. Kadang-kadang produk dah ada depan mata tunggu kita promosi je. Saya harap tuan zul teruskan penulisan tuan. Terima kasih

  • Terima kasih atas perkongsian…sedang mula dgn ilmu en zul beri….semoga berjaya. Semoga en zul sekeluarga dirahmati & dilindungi oleh Allah.

  • Salam,

    Boleh tak bagi panduan yg ringkas..maybe pengalaman en. sendiri nak buat kunci kira2. Saya ni kdg2 sibuk..ada masa x sempat nak update mana hasil or belanja yg kuar masuk. kdg2 tak perasan ada terguna duit sendiri tuk biz..dan begitulah sebaliknya. terima kasih ye..

    • Wslm Pn. Shida,

      Buat kunci kira-kira tu boleh serah ke kepada akauntan. Saya rasa bayar pun berbaloi, insyaAllah. Yang penting kena simpan dokumen berkaitan dengan bisnes. Untuk elak terguna duit bisnes, mesti asingkan secara fizikal. Buka akaun khas hanya untuk bisnes, dan adakan wallet / purse khas untuk bisnes. Jangan campur adukkan duit bisnes dengan peribadi.

  • salam saya dapat blog nih dr MMR semoga tuan sentiasa berjaya dlm ape jua bidang saya…masih lagi merangkak..kadang bukan kadang sentiasa dlm kelemasan…saya berjinak jinak dengan biz shaklee..hampir setahun dah masih kurang bergerak…masih lagi sedang belajar untuk berjaya..jika ade masa boleh je..emailkan pasa petua atau ape saje yang positif …terima kasih kerana adakan blog nie terlalu banyak info yang bagus dipraktikkan..

  • Mengenai simpanan ni, saya bekerja full time, ada juga buat parttime. Kalo ikutkan gaji saya tidk cukup tuk membayar loan2, sebab itu saya buat parttime. jadi pandangan tuan, bagaimana dlm masa yang sama, saya ingin juga menyimpan. Satu lagi, bagaimana pula simpanan jangka masa pendek..contoh buat repair kereta ke..yelah benda2 tak terjangka. adakah kita juga kena buat lagi satu simpanan emergency. berapa % kalo nak simpan every month.

    • Biasanya sebelum buat hutang, kita dah tahu kemampuan kita bayar hutang. Jangan sesekali buat hutang yang membebankan untuk dibayar.

      Dana kecemasan mesti disimpan. Jumlahnya at least 3 bulan pendapatan. Pakar-pakar selalu syorkan simpan at least 10% daripada pendapatan bulanan.

  • Salam, tuan.

    Saya harap tuan akan terus menulis dan berkongsi tips-tips dengan kami. Walau nampak ringkas artikelnya, tapi tuan selalu berjaya untuk ‘menghidangkan’ kami dengan motivasi untuk menguruskan kewangan dengan sebaiknya. Saya seorang pelajar dan peniaga. Sebagai seorang pelajar, saya memang perlu mengetahui jangkaan-jangkaan yang bakal berlaku dimasa hadapan, bila saya keluar dari IPT nanti. Keperluan perbelanjaan, pendapatan etc. Banyak tips persediaan yang tuan telah kongsikan untuk menjadi ‘Financial Freedom’. Insha ALLAH, moga mudah untuk saya mengamalkannya nanti.

    Berkenaan artikel diatas, saya percaya, ramai dikalangan kita yang sebenarnya sudah mendapatkan untung yang banyak dalam perniagaan yang dijalankan, hatta kecil sekalipun. Namun, kesilapan kita adalah pada pengurusan kewangan yang kurang baik. Mencampurkan wang peribadi dengan wang syarikat (meski perniagaan kecil sekalipun), kita menganggap perkara biasa. Malahan adakalanya terlintas difikiran, ‘aku guna duit modal aku sendiri, tak pe kot aku guna duit untung tu, duit aku juga’… sebab tu, baru sekali ambil stok, dah terhenti perniagaan bila stok habis. Sebab dahsyatnya kita, bukan setakat untung kita ambil, tetapi duit putaran modal, lesap sekali. =) Ini yang terjadi pada saya juga sebelum ini. Alhamdulillah, semakin hari semakin sedar kepentingan untuk tidak ‘pecah amanah’ dengan duit syarikat sendiri. Apatah lagi dengan motivasi yang dikongsikan oleh tuan Zulkifli. Moga ALLAH membalas kebaikan tuan berkongsi tips dan motivasi dengan kami. Amin… Teruskan menulis, moga berjaya dunia & akhirat..

  • Terima kasih atas perkongsiaan motivasi ini.Saya kadang2 terguna gak duit bisnes untuk kehendak sendiri.Rasa macam rugi sangat bila dipikirkan balik..

  • Sy bekeja full time tp gaji x cukup.. jd Sy baru mula nak mula berniaga sekarang secara parttime sy jual softicecream.. sy kdg2 rasa down sbb duit semua dah habis.. bisnes belom mula lg..kadang2 terfikir boleh laku ke bisnes sy ni.. hanya tinggal sdikit sahaja modal yg diperlukan.. patot x sy buat pnjaman dr ahlong sbb nak pnjam kawan2.. mereka jugak susah.. mcm mana sy nak hilangkan rasa down tu

    • Tak ada guru bisnes yang setuju mulakan bisnes dengan pinjaman. Bisnes sepatutnya dimulakan dengan apa sahaja modal yang ada di tangan. Puan Ainon (guru bisnes) cadangkan, nak mulakan bisnes, modal pertama tak boleh lebih RM2,000. Kalau RM2,000 tu pun belum berjaya dikembangkan jadi RM20,000, maka jangan perjudikan nasib buat pinjaman untuk berniaga sebab duit tu nanti juga akan lebur begitu sahaja.

  • Assalamualikum Tuan,
    Terima kasih kerana menyediakan artikel yang sangat berguna. Saya mula tertarik dengan artikel2 yang tuan hidangkan.
    Berkenaan dengan simpanan duit bisness, saya masih kurang faham. Maaf mungkin saya baru lagi dalam dunia bisness. Boleh saya tanya semula?
    .
    Contoh kita untuk RM100.
    50% daripadanya kita simpan. 40% kita guna untuk kembangkan bisness manakala 10% daripadanya kita infaq.
    .
    Jadi kita masih ada lagi baki 50%. Baki 50% kita agihkan kepada mana ya?
    .
    .
    *jika ada siapa-siapa yang sudi memberi pandangan pun boleh bantu saya ya. Terima kasih 😉

  • Assalamualaikum tuan… Maaf saya ganggu… Boleh dapatkan email tuan? Kalau tuan tak keberatan, ini nombor saya 018 2961411

  • assalamualaikum tuan, sy hasyima ..maaf menganggu. sy baru berjinak dengan dunia perniagaan secara kecil-kecilan, mohon tuan dpt beri tunjuk kepada sy sebab dah masuk tiga bulan sy buat bisnes tapi hasil tak nampak. bisnes ni sy buat sepenuh masa. dah asingkn duit modal dan untung tapi terguna juga. bisnes sy ni ambil ats org maksudnya untung ats angin. jadi modal hari2 bank in dan untung pun kiraan harian. sy dah tak tahu cara nk mengatasinya. mohon tn dpt beri tunjuk ajar ya. duit modal hari2 bank in tapi untung tak sampai modal kadang tue terpaksa guna duit untung utk tmbh modal. sy tahu sistem sy salah. ini no hp sy 01111525459/0146522871

    • Wslm Pn. Hasyima,

      Saya syorkan puan belajar bisnes dari yang orang telahpun berjaya dalam bisnes yang puan buat tu. Belajar dan bermentor dari mereka yang telahpun berjaya dalam bisnes yang puan jalankan.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >