MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Akhirnya Saya Berhenti Kerja

September 24, 2013

Hari ni 23 September 2013, akhirnya saya meletakkan jawatan selepas 10 tahun bekerja.

Syukur alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah.

Hati rasa lebih tenang dan lega lepas serahkan surah perletakan jawatan kepada HR Department tadi.

Sejak awal tahun 2013 lagi saya bagi tahu supervisor saya nak letak jawatan, tapi sebagai kawan, beliau syorkan tunggu bonus dulu (alang-alang dah nak complete financial year).

Hormati Permintaan Boss

Lepas dapat bonus, saya bagi tahu lagi sekali untuk letak jawatan, tapi saya hormati permintaan untuk tangguhkan sedikit supaya “last working day” saya jatuh selepas selesai Audit Committee Meeting.

Ada assignment penting saya kena selesaikan sebelum tinggalkan kerjaya sebagai Internal Auditor untuk selamanya, insyaAllah.

Sepatutnya hari ini kami dapat kenaikan gaji yang tertunggak sejak April 2013 lagi, tapi Company masih belum finalise kenaikan gaji untuk semua staff. Mungkin lagi sebulan baru dapat.

Pagi tadi masa saya jumpa akak HR Department untuk hantar surat, beliau nasihatkan tunggu lagi sebulan sebab back-dated increament akan masuk bulan depan katanya.

Saya jadi teragak-agak untuk serahkan surat tu.

Saya Lepaskan Duit Demi Keluarga

Saya balik ke bilik Internal Audit sambung kerja sambil fikir apakah keputusan yang perlu saya buat.

Kalau saya tunggu lagi sebulan, mungkin saya akan dapat back-dated pay + kenaikan gaji sehingga last working day berjumlah at least dalam RM3,000.

Kalau saya letakkan jawatan hari ini, saya melepas RM3,000 dan mungkin juga duit hadiah ulang tahun ke-10 bernilai RM2,500.

Bila fikir-fikir, sayang juga duit RM5,500 tu. Tapi saya perlu tunggu lagi sebulan. Lepas serah surat perletakan jawatan, saya perlu kerja lagi 2 bulan (selepas tolak cuti yang masih berbaki sebulan).

Bulan November isteri akan bersalin anak ke-7, insyaAllah. Kali ni saya nak jaga isteri sepenuh masa sebab selama ni isteri terpaksa jaga anak-anak dan buat kerja rumah sendirian walaupun masih berpantang.

Bulan Disember anak-anak nak cuti sekolah. Saya fikir, biarlah kali ni saya boleh spent masa dengan anak-anak waktu cuti. Nak bagi mereka duduk di kampung lama sikit.

Biar anak-anak enjoy di kampung, tapi saya tetap boleh berniaga di samping anak-anak. Asalkan ada line internet jer.

Masa Untuk Anak Terlalu Berharga

Sebelum ni setiap kali musim cuti sekolah, mesti saya rasa bersalah pada anak-anak.

Anak-anak terperuk dalam rumah sebab saya tak dapat cuti. Kalau cuti pun tak lama.

Masa tu saya fikir, bertuah juga saya jadi anak cikgu. Mama dan Abah cikgu sekolah. Musim cuti, Mama Abah pun cuti.

Tiap-tiap petang boleh ikut abah ke padang bola sepak. Tiap-tiap kali cuti boleh duduk lama-lama di kampung Atuk di Muar, Johor.

Pagi petang asyik memancing jer di kampung Atuk. Hidup rasanya lebih bermakna berbanding anak-anak kami yang hanya terperuk dalam rumah.

Kita sibuk pagi petang siang malam cari duit, sedangkan anak-anak sedang membesar itu perlukan kita. Dalam kesibukan kita, anak-anak tetap membesar sampai waktu mereka sudah tak perlukan kita lagi.

Jadi demi MASA yang sangat berharga untuk keluarga, saya serahkan surat letak jawatan hari ini juga.

Duit tu boleh dicari, insyaAllah. Tapi masa yang dah berlalu, memang tak boleh ditukar ganti. Terutamanya waktu untuk anak-anak yang sedang membesar.

Bekerja Disamping Keluarga

Bulan Disember 2013, satu lagi fasa hidup yang akan saya lalui iaitu hidup sebagai peniaga bebas sepenuh masa. Bekerja disamping keluarga, bukan keluarga disamping kerja.

Boleh sesuaikan waktu bekerja dengan waktu keluarga. Ruangkan waktu untuk mengajar sendiri anak-anak mengaji Quran. Sesekali ruangkan waktu sambut anak balik sekolah.

Bila keluarga perlukan waktu, tak perlu lagi minta izin bos sebab kita bos, kita juga lah jadi pekerja.

Saya tahu, pendapatan bisnes memang tak terjamin. Ada masa dapat banyak, ada masa dapat sikit. Ada masa up, ada masa down, sebab memang itulah realiti bisnes. Mana ada bisnes yang statik jer macam makan gaji.

Tapi tak perlu risau sebab Allah dah jamin rezeki untuk kita. Setiap anak yang lahir, Allah dah allocate dah rezeki masing-masing. Asalkan berusaha dengan betul dan sabar, insyaAllah rezeki tu memang ada.

Hidup ni pun bukannya lama pun. Pejam, celik, pejam, celik, sudah 10 tahun rupanya.

Hidup ni benar-benar transit untuk kita pulang ke destinasi akhir kita iaitu Tuhan.

Kita datang dari Tuhan, kita hidup di dunia ni pun untuk menuju Tuhan. Bukan sekadar untuk cari makan.

Mencari Rezeki Yang Allah Jamin

Keputusan saya hari ini bukan keputusan semberono, tapi saya azam sejak 10 tahun lepas lagi iaitu nak bekerja sendiri di samping keluarga. Dan saya rancang dengan lebih teliti sejak 2 tahun lepas.

Setelah hampir ke semua item-item “Checklist Berhenti Kerja” berjaya di “tick” (alhamdulillah), baru saya serahkan surat letak jawatan.

Selain pendapatan bulanan dari bisnes dah melepasi duit gaji, saya sudah siapkan at least setahun pendapatan sebagai back-up.

Dan yang paling penting, saya tak menanggung apa-apa bebanan hutang. Komitmen bulanan pun rendah. Skill bisnes pun dah ada lepas 10 tahun explore bisnes.

InsyaAllah, ia jadi modal penting untuk fokus bisnes sepenuh masa.

Didikan Hidup Tanpa Jaminan

Bekerja sendiri sepenuh masa, maksudnya bermajikankan Tuhan sepenuh masa. Tak ada bos untuk supervise kerja. Tak ada lagi jaminan pendapatan secara tetap sebagaimana tak ada jaminan untuk Syurga. Semuanya di tangan Tuhan.

Kekadang bunyinya macam risau, tapi hidup tanpa jaminan adalah proses mendidik diri supaya jadi orang yang lebih baik.

Bila ada jaminan, kita mudah “take for granted”. Kita akan ambil mudah. Kerja bagus atau tak bagus, income tetap sama. Maka pekerja lebih cenderung buat kerja paling minimum.

Kalau yang buat baik dan yang jahat, semuanya masuk Syurga, maka mesti ramai orang akan buat jahat.

Bila tak ada jaminan, kita terpaksa rajin, terpaksa perform.

Bila tak ada jaminan, kita terpaksa menyimpan, terpaksa lebih berhati-hati berbelanja, dan pastinya tak boleh sewenang-wenangnya buat hutang.

Bila tak ada jaminan, kita terpaksa jadi baik. Mudah-mudahan dengan “paksaan” tu menjadikan kita orang yang lebih baik di sisi Tuhan. InsyaAllah.

Azam Kerja Disamping Keluarga

Bagi sahabat yang nak bekerja di samping keluarga, tanamkan azam dari sekarang.

Bagi orang bujang pun tak perlu tunggu dah kahwin baru tanam azam. Azamlah dari sekarang.

Ketika waktu bujang dulu, kita hanya fikir duit jer. Tapi bila sudah berkeluarga dan ada anak ni, baru tahu yang duit bukan segala-galanya. Kekayaan bukan sekadar duit & harta, tapi juga masa bersama keluarga.

Banyak orang sanggup tolak gaji yang lebih besar, jawatan yang lebih tinggi, kerjaya yang lebih hebat, demi masa untuk keluarga. Tapi duit dan masa bukan boleh dapat sekaligus dengan mudah.

Ada orang ada duit tapi tak ada masa. Ada orang ada masa tapi tak ada duit. Nak duit sekaligus dengan masa perlu bermula dengan azam dan cita-cita.

Bukan azam yang biasa-biasa, tapi azam yang menyentuh emosi yang selalu diistilahkan sebagai “emotional dreams”.

Keazaman yang selalu bermain dengan emosi saya sejak 10 tahun lalu.

Apa yang kita dapat hari ini ialah apa yang kita usahakan 5 tahun lepas. Apa yang kita dapat 5 tahun akan datang bergantung apa yang kita usahakan hari ini. Hidup ni satu pilihan...

Allahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
23 September 2013
18 Zulkaedah 1434H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Tahniah… saya masih terkial-kial membina ekonomi keluarga. Next 2 years if success in my part time business, I’ll quit my job.

  • Salam tuan. Saya hrap tuan ada sediakan widget subscribe. Kerana saya amat suka menimba ilmu di blog tuan dan berharap tidak lepas membacanya sekira tuan update yg baru. Terima kasih.

  • Lama doh sebenarnya saya mikir gini. Tp apa kan daya. Kerja makam gaji baru 2tahun. Ilmu bisnes xada. Apa nasihat encik utk org yg noob mcm sy ni?

    • Salam Pn. Asmah,

      Apa yang boleh saya syorkan:

      1. Tulis atas kertas apa yang puan fikirkan tu. Selalu baca, baca, dah baca sebab itu puan punya “emotional dream”. Kalau tak tulis, nanti tinggal angan-agan jer. Kalau tak baca, nanti kita hilang fokus.

      2. Hidup di bawah kemampuan, dan mulakan tambahkan simpanan. Letak target 1 tahun pendapatan, at least.

      3. Explore peluang-peluang bisnes yang dekat dengan puan. Fokus utama ialah untuk belajar dan cari pengalaman. Usahakan bisnes tu dengan sabar. Simpan setiap hasil daripada bisnes 100% sampai income bulanan bisnes dah lebih dari gaji puan sekarang. InsyaAllah, kalau puan ada cita-cita yang baik demi keluarga, satu hari nanti Allah akan bagi kejayaan lepas Dia bagi pelbagai ujian dalam bisnes supaya puan benar-benar diberi hak atas kejayaan tersebut.

      Puan kena ingat, apa yang kita dapat 5 tahun akan datang bergantung apa yang kita usahakan hari ini. Kalaupun tak dapat menggapai langit, sekurang-kurangnya kita dah pun menggapai awan.

      Wallahu a’lam.

  • Salam,
    saya dah setahun berbusiness part time. walaupn income x byk tp bile difikirkan cukup la sekadar untuk keluarga. sekarang ni tgh tunggu masa untuk buat full time dan insyaAllah tahun 2014 ni sy akan berhenti kerja dan buat business full time…

    all the best to all

    • Wslm En. Wan,

      Alhamdulillah. Saya doakan Allah berikan kejayaan kepada En. Wan. Sebelum berhenti kerja, buat dulu checklist apa yang patut disediakan, contohnya;

      (1) Cukupkan duit simpanan 1 tahun pendapatan,
      (2) Setup home office & lengkapkan fasiliti bisnes,
      (3) Langsaikan semua hutang-hutang “jahat”,
      (4) Lengkapkan diri dengan kemahiran yang perlu untuk majukan bisnes,
      (5) Sediakan backup-up plan kalau bisnes utama tak berjalan dengan baik,
      (6) Letakkan target pendapatan minimum bisnes, dan pastikan ianya capai secara konsisten at least untuk tempoh 6 bulan.

      Dan lain-lain yang difikirkan perlu.

      Wallahu a’lam.

  • Salam en.zul..sy amat tersentuh dgn entri kali ni. Sy penjawat awam dan amik skim pencen..tp spt kata en.zul,bila hidup ada jaminan mcm sy ni,ppl always take for granted..sy plan utk resign..apa pendapat en.zul?

    • Wslm Pn. Izz,

      Saya tak syorkan terus resign kalau semata-mata sebab nak buat bisnes. Saya syorkan bina dulu bisnes sampai dah maju, baru boleh consider untuk resign. Kalau kerja puan memang passion / happy dengan kerja yang puan buat sekarang ni, better terus bekerja sampai pencen. Orang yang seronok kerja, insyaAllah dia akan seronok hidup sebab sebahagian besar prime time kita peruntukkan untuk bekerja.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tuan Zul…kak baru baca artikel tuan ni.. tahniah kerana telah mencapai cita2 untuk fokus pada keluarga sambil berniaga,,,kejayaan tuan zul menjadi inspirasi kepada kami peminat setia blog tuan…indahnya hidup “bertuankan” Rabbul Aalamin..moga hidup tuan lebih bahagia dan berjaya di samping keluarga…

  • Salam en zul, tahniah sy ucapkan. Impian sy nk bersara awal & nk hidup bebas dr protokol dunia kini. Sy dh 10 thn makan gaji & rasa mcm x bebas. Bg sy family adalah segalanya. Sy harap dgn tips yg en zul kongsi sy dpt m’capai matlamat sy. Semoga Allah merahmati en zul sekeluaga. Amin

    • Wslm En Faisal,

      Alhamdulillah. Terima kasih.

      Letakkan azam dan usahakan dari sekarang dengan betul dan sabar. InsyaAllah satu hari nanti ia akan jadi realiti. Saya doakan Allah melapangkan rezeki En. Faisal sekeluarga. Amiin ya Allah.

  • Mintak tolong
    Saya dah 16 tahun bekerja dan dah lama berfikir nak berhenti dan beri tumpuan kepada beribadah memperbaiki diri dan bersama keluarga tapi saya sukar buat keputusan. Kerjaya saya membebankan saya dan hanya kesabaran membuatkan saya bertahan. Saya minat berniaga tetapi tiada bakat walaubagaimanapun saya seorang yang rajin dan rasanya bersandar penuh kepada Allah. Saya ada 2 property yang jika saya jual ada cash in hand RM350K dan selepas tolak semua hutang dan nafkah keluarga untuk 2 tahun masih ada dalam 150k. Masalahnya saya tak tahu keputusan mana harus dibuat. Sedih sangat sampai rasa Allah tak berkati hidup ni. Tolong beri nasihat.

    • En. Zikri,

      Pertama sekali, berbaik sangka dengan Tuhan. Susah senang yang silih berganti tu cara Tuhan mendidik kita. Nabi s.a.w yang Tuhan sayang pun diberi lebih susah dari kita, inikan pula kita orang biasa.

      Kedua, tuan kena explore peluang-peluang bisnes. Minta petunjuk dari Tuhan, dan buktikan kita nak Dia kabulkan permintaan kita dengan usaha secara lahiriah. Usahakan dengan betul dan sabar. InsyaAllah, kejayaan tu memang boleh dapat sebab rezeki tu memang ada ditangan Dia sebab Dialah pemilik segala kekayaan.

      Wallahu a’lam.

  • Salam master zul.

    Tahniah kepada Master Zul.
    Dah lam tak jumpa Tuan di ofis publicgold. Kalau dulu tahun 2010 selalu juga terserempak dgn master Zul.

    Saya minat betul dgn blog master zul ni.

    Kalau boleh saya nak cadangkan.. master zul letak subsciber. Apa benda nya pun saya tak faham cuma yg saya faham tiap bilan kita akan dpt email dr laman web ni. Contohnya macam blog Master syukor hashim…jutawanemas.com…
    .tiap bilan dpt maklumat terkini. Harap aster zul dpt pwrtimbangkan aaya pun saya subscriber sy pun tak faham.

    Cuma macam blog JUTAWAN EMAS.CO

    • Wslm Pn. Nurhidayah,

      Untuk buat bisnes Public Gold, kena jadi dealer. Untuk jadi dealer, kena buat belian minimum RM20,000 dalam satu resit. Bila dah jadi dealer, perkara awal kena buat ialah belajar asas pelaburan emas, dan cara berniaga emas. Puan boleh wassap saya 019-336 8009 kalau ada persoalan lanjut. InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.

      • Assalammualaikum,

        Saya sebenarnya memang dah lama ingin berhenti kerja sebab saya rasa tiada kepuasaan /tiada ruang untuk berkembang dlm perkerjaan saya. Saya lebih minat berniaga dan ingin bebas daripada segala urusan pejabat yang memeningkan demi manfaat orang atasan.
        *Saya ada status dealer utk Public gold…tp saya kurang arif macamne nak betul2 (approach) yang betul utk jalankn perniagaan ni. Saya ingin mohon pertolongan tunjuk ajar daripada tuan sekiranya tiada keberatan.

        • Wslm En. Andy,

          Mulakan bisnes hari ini. At least, 5 tahun akan datang akan jadi lebih baik berbanding berserah pada nasib. Saya syorkan En. Andy cari upline Master Dealer PG En. Andy. Saya yakin, dia ada formula tersendiri untuk En. Andy memulakan bisnes Public Gold. Untuk kick start sebagai dealer, saya selalu syorkan dealer-dealer PG supaya:

          1. Rajin hadir ke seminar-seminar pelaburan emas percuma yang dianjurkan di seluruh cawangan Public Gold setiap minggu.
          2. Hadir kelas New Dealer Orientation yang diadakan sebulan sekali di seluruh cawangan Public Gold.
          3. Bergaul dengan dealer-dealer yang positif dan berjaya.
          4. Sentiasa tambah ilmu pelaburan emas dengan banyak membaca.

          Itu antara tips memulakan bisnes Public Gold.

          Wallahu a’lam.

  • Tahniah Tuan Zul, Saya masih mencari-cari apa perniagaan yg sesuai setelah saya berhenti kerja dr sebuah bank tempatan. apakah cara perniagaan Tuan Zul sesuai dgn saya. Wassalamualaikum

  • Tahniah En.Zul, dah bebas dari penjara hidup, soalan saya, macam mana En.Zul bahagikan masa utk bisnes dan kerja sebelum berhenti, mcm sy kerja dlm bidang servis oil n gas, keluar pg lewat mlm baru blk, weekend pun kekadang kerja, terasa semacam mustahil utk membangunkan bisnes sambil bekerja.

    • Alhamdulillah En. Rosdi.

      Samada kerja sendiri atau makan gaji, masing-masing ada kelebihan. Cuma bila bekerja sendiri, masa tu sangat fleksible. Waktu cuti, waktu kerja, waktu rehat kita boleh susun sendiri.

      Dari sudut masa, saya pun pernah fikir macam En. Rosdi. Bahkan majoriti orang fikir tak ada masa. Setiap orang ada kesibukan masing-masing. Ada sama bekerja dari awal pagi sampai maghrib. Waktu malam saya penuh dengan aktiviti kemasyarakatan, usrah, ajk masjid dan surau, dan saya mengurus dua buat tadika Islam di Damansara Damai secara sukarela tanpa elaun walaupun 1 sen. Dan saya ada ramai 7 anak kecil untuk saya fokus. Masing-masing menuntut masa saya untuk bersama mereka.

      Maksudnya, ruang waktu saya juga terhad. Tapi untuk bina bisnes sebenarnya cukup kalau boleh spent masa at least 10 jam seminggu. Carilah ruang-ruang waktu yang berbaki. Kalau nak diikutkan sibuk, saya yakin 5 tahun akan datang kerja akan jadi lebih sibuk. Jadi kalau sibuk jadi halang, kita akan terpenjara dengan halangan yang kita sendiri cipta.

      Tahun-tahun terakhir sebelum saya beralih kepada bisnes sepenuh masa, waktu tu masa saya sangat terhad. Saya fokus bisnes all out. Waktu tidur saya tak lebih 5 jam sehari. Terpaksa tidur lepas pukul 12.00 mlm, dan bangun sebelum 5.00 pagi. Badan memang penat tapi saya fikir, inilah harga yang perlu saya bayar untuk dapat balik masa saya.

      Jadi siapa yang cukup tidur 6 jam sehari, sebenarnya dia masih ada masa EXTRA 7 jam seminggu. Siapa sempat tengok TV 1 jam sehari, dia ada lagi extra 7 jam seminggu. Kalau ada masa mengadap facebook sejam sehari, maksudnya dia ada lagi extra 7 jam seminggu. 21 jam dah ruang waktu yang boleh dimanfaatkan untuk bina bisnes.

      Bagi orang yang sibuk bekerja, buat bisnes yang tak perlukan production i.e. mengeluarkan produk sendiri. Jadi ejen atau pengedar syarikat yang dah established dalam market. Buat bisnes biasa-biasa tapi dengan cara luar biasa. Saya ada kongsikan cara mulakan bisnes dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2013/02/4-langkah-mudah-memulakan-bisnes-sendiri.html . Mudah-mudahan artikel tu bermanfaat untuk En. Rosdi. InsyaAllah.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum wrt,

    En Zul,

    Terima kasih kerana berkongsi. Saya fikir saya seorang je yang alami situasi begini. Saya masih belum berkeluarga, tapi saya masih belum mendapat kerja tetap sejak saya graduate pada tahun 2007. Selalu bertukar-tukar kerja, akhirnya saya kembali melanjutkan pelajaran tanpa ada jaminan biasiswa dari mana-mana pihak. Nasihat En Zul telah menghiburkan hati saya. Tatkala keyakinan kita kuat pada rezeki milik Allah SWT dan Allah jua berhak mengagihkan kepada sesiapa yang Dia mahu, keyakinan itu jua diuji dengan pendapat kebanyakan masyarakat yang berpegang kepada hidup yang terlalu stereotaip dan sirkulastik. Dilahirkan, membesar, belajar, mengguna, bekerja (dapat/kumpul wang), bekerluarga, reproduktif dan akhirnya meninggal dunia. Tiada fungsi khusus utk tunaikan janji kita sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi ini.

    Terima kasih sekali lagi. Semoga kehidupan En Zul sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT.

    Nora Dahlal

  • Impian saya juga untuk suatu hari dapat fokus kepada keluarga disamping bisnes. Keluarga 1st kerja/bisnes 2nd. Doakan kami juga agar dapat ikut jejak En Zul ini. Moga semakin murah rezeki En Zul sekeluarga disamping anak-anak & yang bakal lahir juga insyaAllah

    • Wslm Pn. Munirah,

      Saya tak percaya tentang umur tu. Bagi saya, apa-apa umur pun boleh berjaya. Yang penting kena mulakan dari sekarang. Ramai jer yang buat bisnes umur kurang 30 tahun tapi tak ke mana. Ramai jer yang mulakan lepas umur 30 tapi berjaya.

  • […] Saya tengok ada kawan-kawan rapat nak ikut jejak langkah saya. Bila mereka tahu saya dah berhenti kerja dan fokus bisnes sepenuh masa, ada yang mula buka mata luas-luas tentang bisnes (walaupun sebelum ni mereka pandang bisnes sebelah mata). Masing-masing mencari jalan bisnes apa yang mereka nak buat. Bahkan ada follower blog berhenti kerja, lepas tu datang jumpa saya tanya, macam mana dia nak buat bisnes?! Kononnya dapat inspirasi dari artikel saya “Akhirnya Saya Berhenti Kerja!”. […]

  • Assalamualaikum En. Zul,

    Blog tuan sgt menarik. Saya ada pertanyaan sedikit. Saya ada beli emas (goldbar, jenama luar, bukan PAMP), semasa belajar di luar negara dulu ketika harga emas agak tinggi. Kebetulan ketika habis belajar harga emas rendah dan nak jual balik pada masa itu, rugi. Setahu saya, jika emas brand luar dijual di Malaysia, pulangannya agak rendah. Emas masih dalam simpanan.

    Soalannya, apa yang terbaik boleh saya buat dgn emas tersebut? Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum dari jualan semula emas tersebut di Malaysia?

    Terima kasih banyak tuan.

  • As salam tuan, S
    saya br jumpa artikel tuan, niat untuk berhenti mmg ada disebut2 saja dekat suami. saya dah 12 thn bekerja kerajaan dan ambil skim pencen. disamping tu sy buat bisnes homemade kek dah hampir 5 thn.. alhamdulillah makin dikenali dan rezki x putus2 tempahan dari pelanggan. kadang2 rasa penat tu slalu ada.. dah siang kerja ofis, malam settlekan tempahan pelanggan. Klu bole sy nk bhenti utk tumpukan bisnes, keluarga dan beribadat.. rasa mcm x tahu nak bersyukur dengan rezki yg Allah s.w.t bagi sbb masa beribadat tu kdg tunggang langgang. bole tuan bg pendapat apa yg saya perlu buat?

  • Salam tuan,
    Sy adalah pengusaha kedai makan dan beroperasi hmpir 6 tahun. sy amat kecewa kerana tidak dpt mmbuat simpanan kerana sy dan suami menanggung kedua2 ibu bapa dan mertua. Ibu bapa kami tiada pencendan harta hanya bergantung kpd kami. Memandangkan faktor ekonomi yg semakin menghimpit, pendapatan tidak mencukupi dan sy sedih kerana sering ketepikan permintaan anak untuk bercuti. sy merasa putus asa dan sering menangis serta jadi takut untuk hadapi masa depan.. adik beradik kami juga tidak peduli keadaan ini. sy juga amat trtekan kerana trpaksa menanggung hutang arwag bapa mertua dlm jumlah yg agak banyak. kini sy bertambah stress apatah lg perniagaan kami beroperasi pd waktu mlm dan menyebabkan sy x cukup tidur dan rehat. harap tuan dpt mmberi sedikit nasihat dan panduan.

    • Wslm Pn. Rohaiza,

      Saya percaya, berbuat baik kepada kedua ibubapa tu sumber untuk Allah lapangkan rezeki kepada kita. Kalau mereka berdua masih hidup, itulah peluang untuk kita berbuat baik dan mendapat redha Allah.

      Minta ibu bapa / mertua doakan Allah lapangkan rezeki puan sekeluarga. Terus usahakan dan pertingkatkan bisnes dengan sabar. Saya doakan Allah melapangkan rezeki puan sekeluarga, amiin ya Allah.

  • Alhamdulillah.. perniagaan yg diasas 8 thn lalu rasanya memerlukan tuannya utk ‘bermanja’..td sy dh draf surat letak jawatan income tetap yg dh lebih 12 thn.. Alhamdulillah rezeki yg dikurnia selama ini.
    .
    Sy tidak rasa lg kerja skrg sbg kerjaya..walau tiada tindakan yg bertentangan sistem ciptaan ini tp hati amat terasa tekanan utk beroleh kepuasan..masa..keluarga..
    Kerja smua dijalankan spt tiada mslh..ye..spt smuanya baik shj.mungkin atas sbb profesional dlm diri yg masih kuat.
    .
    Skrg petunjuk akhir shj yg ditunggu… menunggu ‘arahan’ dari yg Maha Mengetahui..semoga Allah memberi jalan yg terbaik..insyaAllah..Doakan sy ye tuan.
    Terima kasih.

  • Salam tuan,

    Saya bekerja sebagai eksekutif di syarikat muslim. Masih bujang. Alhamdulilah selepas hampir 3thun bekerja, saya promoted jd supervisor. Di sini environment ok, dikelilingi org2 yg baik & solat, dapat bonus, dapt pergi company trip. Insyaallah akan ditaja pergi umrah jika kewangan syarikat baik. Beban kerja akan tinggi bila ada projek, kena datang weekend paksarela tanpa duit OT untuk siapkan kerja. Masalahnya sekarang saya dilanda sindrom WELL PAID BUT UNINSIPIRED AT WORKPLACE. Benar syarikat kurang projek sekarang tapi bukan sebb itu faktor utama saya nk berhijrah. Lebih kepada minat. Di uni saya dapat bidang yg x minat, saya teruskan hingga tamat degree dengan result cemerlang sebb rase bidang ni berpotensi. Bila kerja dapat bidang sama belajar, alhamdulilah. Tapi saya x memilih, sy pilih kerja yg sama belajar walaupun minat saya lebih ke arah management, cita2 nak jd diplomat, PTD, peg. tadbir,etc…Kalau berhijrah banyak juga yg perlu diambil kira; gaji masih julat yg sama ke, benefit terjaga ke, yg paling penting sy tiada experience dalam bidang pentadbiran (sy teknikal). Makin lama saya hilang semangat nak kerja di sini tambah lagi sekarang pengurusan syarikat agak clumsy. Tapi saya dah nak berkahwin, financial masih perlu diambil kira. Saya belum mampu berhenti keje dan jd housewife sebb ade hutang lagi. Apa pendapat tuan? Terima kasih

    • Wslm Cik Alisa,

      Permulaan kerjaya, cari kerja yang boleh meningkatkan nilai diri untuk membina masa depan. Saya tak pasti apa perancangan masa depan Cik Alisa, tapi saya bagi satu contoh. Bagi siapa yang nak membina masa depan dengan bisnes, dia sepatutnya pergi berkuli dengan bisnes yang dia berminat untuk buka bisnes pada masa depan. Atau sekurang-kurangnya, dia cari kerja berkaitan dengan sales dan marketing. Pengalaman tu nanti bernilai tinggi untuk membina masa depannya.

      Yang kedua, buat kerja yang kita ada minat mendalam tentangnya. Nanti kerja tu jadi mudah bagi kita dan lebih mudah bina masa depan dengannya.

      Wallahu a’lam.

      • Terima kasih tuan atas respon. Saya ada 2 perkara berkenaan kerjaya.
        1. Saya mahu kerja yg membolehkan sy spend waktu berkualiti bersama future family nanti (saya yakin sy mampu jd career mom insyaallah)
        -Saya suka persekitaran yg tenang terutama kalau ada buku2, jd sekrang saya berusaha minta kerja di universiti2. Saya x kisah bekerja kerajaan yg lebih terjamin asalkan waktu sy x tertekan seperti kerja sekarang. Saya bole lagi dtg weekend, balik lambat sebb bujang tp tidak lepas berkahwin….Tapi perspektif sy, jika bekerja di swasta lebih kreatif dan boleh explore diri. Selain itu, saya juga minat mengukir dan berusaha untuk mempelajari secara mendalam.

        2. Saya mahu sambung stdy untuk pertingkatkan diri bukan untuk jd pensyarah. Azam saya lambat atau cepat.Saya x pandai & kurg berminat bisnes. Saya rase softskill sy lebih ke arah communication, management dan mengukir.

        Insyaallah saya akan ambil nasihat tuan. terima kasih ye

  • Salam Tuan Zul,

    Saya mahu berhenti kerja kerana 2 sebab:
    1- nak urus anak sendiri ( kesian anak selalu ambik lambat)
    2- kerja sekarang below expectation ( not my area)

    Saya fikir kalau baru nk start bisnes and tunggu establish baru nk berhenti keje, masa berjalan dan anak kita terus terabai…

    Hutang jahat alhamdulillah dh settle, cuma yg ada rumah yg akan diduduki nnti. savings cukup utk 6 bulan expenses.

    Skrg ni tgh cuba cari peluang bisnes spt ajen takaful, agen public mutual etc.

    Apa nasihat tuan? Bolehkah saya just berhenti and pd masa yg sama BARU start work from home. nk secure anak dulu

    Terima Kasih.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >