MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Berhenti Kerja Dulu!

October 19, 2014

Jangan berhenti kerja lagi... Sabar dulu... Bukan semudah itu saya berhenti kerja.

Buat bisnes sikit, income baru cecah 4 angka, terus hantar surat resign.

Dah 10 tahun saya dalam bisnes, saya perhati majoriti mereka yang terlalu gopoh berhenti kerja akhirnya terpaksa cari kerja semula!

Ya betul, terpaksa cari kerja lain untuk survive. Bukan sahaja bisnes tak maju, tapi nanti rasa rendah diri dengan kawan-kawan.

Kalau nak ikutkan hati, dah 5 tahun lepas lagi saya tak sabar berhenti kerja dan buat bisnes full-time. Kononnya bisnes akan lebih cepat berkembang bila full-time.

Tapi realitinya, kebanyakkan orang bisnesnya tak berkembang hanya sebab dia berhenti kerja.

Kalau dibuat statistik, saya yakin lebih ramai yang bisnesnya menurun lepas berhenti kerja berbanding mereka yang maju dalam bisnes. Tapi itulah realitinya...

Jangan tiru tanpa faham

Saya tengok ada kawan-kawan rapat nak ikut jejak langkah saya.

Bila mereka tahu saya dah berhenti kerja dan fokus bisnes sepenuh masa, ada yang mula buka mata luas-luas tentang bisnes (walaupun sebelum ni mereka pandang bisnes sebelah mata). Masing-masing mencari jalan bisnes apa yang mereka nak buat.

Bahkan ada follower blog berhenti kerja, lepas tu datang jumpa saya tanya, macam mana dia nak buat bisnes?!

Kononnya dapat inspirasi dari artikel “Akhirnya Saya Berhenti Kerja!”.

Mohon maaf. Tak semudah tu saya berhenti kerja.

Saya cari pengalaman bisnes 10 tahun, iaitu sejak 2003 lagi. Saya bukan berniaga setahun dua.

Saya ambil masa lama untuk belajar, praktis, belajar, praktis, belajar, praktis, dan akhirnya, bisnes dah serasi dengan jiwa saya.

Saya dah buat banyak kesilapan-kesilapan bodoh dalam bisnes, dan saya belajar dari kesilapan tersebut. Tapi itulah pengalaman menjadikan saya lebih pandai.

Pendek kata kalau jatuh lagi sekali dalam bisnes (nauzubillahi min zaalik), kami suami isteri tahu nak bangun semula, insyaAllah.

Ia bukan soal berapa besar pendapatan kami, tapi yang lebih penting, macam mana kami boleh ‘control’ bisnes kami. Ia bukan soal “luck”, tapi ia soal “work”.

Hati-hati nasihat ‘upline’

Kalau jadi pemancing, bukan berapa banyak ikan yang kita dapat tu yang penting. Tapi yang lebih penting kita tahu bila waktu yang bagus untuk keluar memancing, di mana lubuk-lubuk ikan yang banyak, dan apa umpan terbaik untuk setiap jenis ikan.

Kalau lubuk tu dah kering, kita tahu cari lubuk lain. Bukan sebab kita ikut orang datang ke lubuk ikan, dapat ikan yang banyak, terus kita bersedap hati untuk katakan, “aku pemancing yang berjaya”! Dah tak perlu bekerja...

Hati-hati bila ikut nasihat ‘upline’... 

Banyak ‘upline’ yang dengan mudah bagi nasihat ‘downline’ berhenti kerja, kononnya dengan cara itu, bisnes akan berkembang. Downline akan terpaksa bekerja lebih keras. Samada “you DO or DIE”!

Perkara ni berlaku kepada kenalan terdekat kami.

Kerja kerajaan elok-elok, ambil personal loan buat bisnes, ‘naik pangkat’ dalam bisnes, terus ambil keputusan berhenti kerja!

6 bulan lepas tu, loan tak boleh bayar, bisnes lingkup, dan terpaksa cari kerja lain.

Kerja makan gaji membentuk disiplin…

Guru bisnes saya tak pernah support hasrat saya untuk berhenti kerja.

Apa yang beliau mahu, bila saya serahkan surat resign, saya telah pun jadi ‘seekor helang’ yang mampu terbang tinggi dan bebas mencari rezeki walaupun hidup di kawasan pergunungan. Bukan lagi jadi ayam daging yang terpaksa menunggu untuk diberi makan. 

Ia bukan soal berapa besar pendapatan sewaktu saya resign, tapi ia soal kualiti diri dan nilai sebenar diri saya.

Walaupun beliau memang dah 30 tahun financially free (tak perlu bekerja), tapi bagi beliau, kerja makan gaji tu akan membentuk disiplin kita dengan bisnes.

Waktu menjalankan bisnes yang sangat terhad, ia mendisiplinkan kita tentang pengurusan masa dan belajar untuk bekerja keras.

Jadi walaupun dah dekat setahun saya berhenti kerja, saya masih bekerja keras.

Saya tak pernah duduk di rumah hanya dengan tidur ataupun tengok TV dengan alasan 'boring'. Saya masih sibuk mengikut jadual saya sendiri dan saya suka kehidupan yang sibuk dengan perkara bermanfaat untuk masa depan kami.

Alhamdulillah, kejayaan demi kejayaan yang saya rasai dalam bisnes lepas berhenti kerja.

Formula bisnes yang kukuh

Yang kedua, kita kena tahu ukur kekukuhan bisnes kita. Income yang banyak hari ini, bukan bermakna bisnes dah kukuh.

Guru saya berikan formula “volume + structure = profit”.

“Volume” maksudnya jumlah jualan. Berapa banyak jumlah jualan kita setiap bulan.

Katakanlah jumlah jualan kita RM300,000 sebulan, ia bukan bermaksud bisnes kita dah kukuh.

Persoalan lebih penting, RM300,000 tu datang dari ‘channel’ mana?

Jadi kita kena lihat pula “structure” bisnes. Kalau ia datang dari 100 pembeli, itu bermaksud bisnes kita lebih kukuh berbanding hanya 3 pembeli yang beli RM100,000 seorang.

Kalau datang dari 10 network bisnes yang kita bina, ia lebih kukuh berbanding datang daripada jualan peribadi kita sendiri.

Itulah cara menilai kekukuhan bisnes.

Salesman atau business owner?

Yang ketiga, kita mesti tahu, adakah bisnes kita masih tahap “salesman” atau tahap “bisnes owner”.

Salesman kena cari sales tiap-tiap bulan. Tak keluar cari sales, income tak datang.

Tapi kalau bisnes owner, bisnes mereka dah jadi “harta” yang boleh jana pendapatan tiap-tiap bulan tanpa bersusah-susah cari sales.

Kalau jadi ejen bebas (kepada syarikat lain) macam saya, pendek kata, kita dah tak perlu keluar rumah cari sales, tapi orang datang cari kita untuk membeli. Kita dah ada reputasi, dan kita dah ada “nama”.

Alhamdulillah, boleh dikatakan 90% pendapatan saya terima hari ni ialah pendapatan yang saya tak perlu pun keluar rumah.

Saya bukan lagi salesman, tapi bisnes telahpun jadi harta yang menjana pendapatan yang lebih baik berbanding saya terus bekerja lagi 10 tahun.

Persiapan saya sebelum berhenti kerja

Akhir sekali tentang persiapan lain.

Sebenarnya banyak lagi yang perlu dipersiapkan sebelum berhenti kerja.

Kalau orang lain berhenti kerja, at least mereka masih ada suami atau isteri yang masih bekerja. Kalau bisnes tak maju, gaji suami atau gaji isteri masih boleh jadi tali hayat terakhir.

Tapi saya tak begitu...

Waktu saya serahkan surat letak jawatan, saya menanggung isteri yang memang suri rumah sepenuh masa, 6 anak yang masih kecil dan seorang anak yang bakal lahir lagi dua bulan.

Itu satu keputusan yang serius dan saya telahpun buat 10 persiapan rapi sebelum serahkan surat letak jawatan. 

Persiapan tu termasuklah persiapan kewangan, persiapan ilmu, persefahaman suami isteri dan sokongan keluarga, cover perlindungan takaful yang cukup, dan yang paling penting, persiapan mentaliti untuk berhadapan dengan ketidaktentuan dalam bisnes!

Kalau sahabat senang-senang hantar surat resign yang kononnya ikut langkah saya, saya rasa mereka akan tarik balik surat tersebut kalau mereka tahu bagaimana persiapan saya sebelum berhenti kerja... 🤣

Jadi saya nasihatkan, sabar dulu. Jangan berhenti kerja lagi. Buat persiapan rapi.

Biarlah bila kita berhenti, kita dicemburui kawan-kawan lama sebab kita dah tak perlu lagi bekerja sepanjang hayat.

Kalau tak dicemburui pun, at least kita bukan jadi bahan ejekan sinis sebab terpaksa kembali cari kerja baru..

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
19 Oktober 2014
23 Zulhijjah 1435

Banyak yang fikir berhenti kerja (makan gaji) untuk buat bisnes sendiri maka hidup dia akan bebas. Tapi sebaliknya, dia terperangkap dengan kerja yang lebih berat; kena kerja sampai 16 jam sehari dan tiada lagi hari cuti! Dialah boss dan dialah juga pekerjanya. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 17 September 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam Tuan,
    Sangat bermanfaat perkongsian ini. volume + structure = profit sgt penting. Profit dari business partner (structure) akan membantu kite untuk pergi lebih jauh dan lebih bermakna dr personal sale. Die-die do our business dan jgn mudah/cepat utk behenti kerja. Best. Terima Kasih Tuan.

  • Assalamualaikum tuan Zul.. kalau kak resign ( cth usia 49 -50 bg kakitangan kerajaan ) bukan sebab bisnes dah kukuh,, ttp dgn nawaitu nak fokus kpd kesihatan diri dan dekatkan diri dgn Allah, anak2 dah masuk Univ dan berbekalkan pencen separuh dr gaji iaitu lbhkurang 4500 sebulan…apa pandangan tuan ??? Tolong bagi sedikit komen ya tuan..

    • Wslm Kak,

      1. Bagi saya bekerja tu pun cara mendekatkan diri dengan Allah sebab kerja tu termasuk dalam amal soleh (kalau betul caranya). Kalau akak dah ada rancangan sibukkan diri dengan kerja / aktiviti lain lepas pencen, saya rasa ambil pencen kerajaan pun tak apa. Kalau duduk rumah jer, saya rasa hidup macam tu tak sihat (rohani dan jasmani).

      2. Kalau kerja sekarang menyebabkan terabai kesihatan diri, bagi saya bagus ambil pencen. Saya perhati, tekanan kerja berlebihan antara salah satu punca ramai kawan-kawan saya dulu jatuh sakit.

      Wallahu a’lam.

      • Jazakallahu khairan tuan zul,, mmg kerja guru ni kerja ibadah..ttp sejak akhir2 ni rutin kerja bukan lagi kpd menyampai ilmu,, ttp lebih banyak kpd tugasan lain yang agak mengganggu emosi dan jasmani spt kata tuan..InSyaaAllah aktiviti lps pencen mmg banyak dan kak akan cuba selesaikan hutang2 buruk yang mungkin mengganggu masa rehat waktu pencen…Syukran atas nasihat dan pandangan…

  • Pesanan yang sangat bagus kepada semua yang berhasrat memulakan bisnes sendiri dan berhenti kerja tanpa perancangan yang betul. Kadang-kadang kita lebih suka mendengar kata-kata kawan atau upline yang telah berjaya. Bagaimana mereka berjaya didalam bisnes mereka, tetapi mereka tak ceritakan bagaimana kesusahan mereka selepas berhenti kerja… macam Tuan Zul tulis, DO or DIE…

    Saya harap, insyaAllah jika saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan fokus bisnes, saya dah bersedia keseluruhannya..

    Mohon share di FB ye Tuan Zul.

  • sy baru fikir nak berhenti kerja tumpukan perhatian penuh pada bisnes pasar malam..bila baca artikal baru tuan buat sy serba salah je.kalau sy teruskan 2 kerja satu masa,sy pulak penat dan terkejar..apa yg terbaik?

    • Betul tu. Saya pun penah rasa penat buat bisnes sambil kerja. Dan memang sampai satu tahap, kita perlu berhenti kerja dan fokus sepenuhnya kepada bisnes.

      Saya tak tahu apa yang terbaik untuk tuan. Berdasarkan pengalaman tuan sendiri, tuan sebenarnya lebih tahu sejauh mana kemampuan untuk survive tanpa pendapatan daripada makan gaji. Fokus saya dalam artikel ni sebenarnya untuk ingatkan kawan-kawan yang nak berhenti kerja ada dorongan ’emosi’.

      • terima kasih,atas feedback tuan.sy berniaga pasar malam dan pasar pagi 3 kali seminggu.dgn purata rm100 sehari.itu pun bergantung kepada tahap kerajinan sy.pernah juga berniaga sejam dapat pulangan rm100,sy balik.kadang2 4 jam dapat 30 ringgit.nasib..sy fikir jika sy berhenti kerja.sy dapat luaskan masa berniaga sy pada hari2 kerja dipasar pagi/tani dgn lebih produktif.tapi itulah,sy takut nasib sy.takut bila buat betul2 x menjadi pulak….

  • terima kasih tuan atas sharing ini. Saya pon selalu fikir bila berhenti kerja boleh tumpukan sepenuh masa pada bisnes tp kalau masa yg sikit ni bisnes masih x berkembang, kalau masa banyak tak tau la. Semua bergantung pada diri.

    • Sama-sama puan.

      Cabaran bila terlalu banyak masa ialah tak tahu apa nak buat dan cabaran suka bertangguh-tangguh. Yang kedua, network kenalan makin kecil sedangkan kenalan itulah bakal customer kita. Akhir sekali bisnes tak ke mana juga.

  • Salam Tuan Zul,

    Alhamdulillah, artikel yg sgt bermanfaat.
    Saya ni mmg nak berhenti keje, niat tu satu je nak jaga anak sendiri..tapi mcm tuan cakap, kene plan betul2…

    • Wslm Pn. Baya,

      Bagus niat tu. Buat perancangan betul-betul dari sudut kewangan. Janji boleh cover komitmen hutang dan perbelanjaan asas. Bila isteri berhenti kerja, banyak kos yang boleh dijimatkan. Rezeki untuk anak-anak tu memang ada, insyaAllah.

  • Betul tu Tuan..my personal opinion, kerja yg paling baik bagi seorang perempuan adalah dirumahnya..jaga anak2 dan uruskan rumahtangga…

    Jazakallahu khairan jazak.

  • Nasihat chef li buat la part time.Nak berhenti sampai kita mampu dan yakin dgn bisnes kita jalankan.

    Sembang dengan anak chef li chef afiq pula kata tak payah berhenti kerja buat part time pun ok.

  • salam en zul,
    saya ada add fb en zul tapi blm apprve 🙁
    saya berminat nak simpan emas @ jadi ahli.

    boleh ajarkan saya A-Z.
    terima kasih en zul.

    saya tak ada whats up 😀

  • Salam,

    Saya amat bersetuju dengan tulisan tuan. Seorang sahabat saya telah berhenti kerja kerana menceburi bisnes takaful. Mungkin kurang persediaan dari segi kewangan keadaannya akan teruk juga. Namun dengan semangat yang tinggi, beliau tetap meneruskan bisnes tersebut. Persediaan fizikal. mental dan kewangan amat penting sebelum berhenti kerja.

  • Suka saya dengan artikel ni.. Sy dah 5tahun bekerja dan sambil2 tu ada buat kerja2 part time juga, projek2 luar.. Terfikir juga nak berhenti kerja dan bergerak sendiri… Tapi macam en.zul, persiapan kami suami isteri belum cukup, itu yg saya tangguhkan dulu…

  • Salam Tuan, saya sering membaca artikel dalam blog tuan dan ia sememangnya menjadi panduan berguna kepada saya untuk merencanakan masa depan saya yang juga menginginkan kehidupan bebas kewangan. Semoga tuan terus diberi kesihatan yang baik untuk terus menulis dan berkongsi kisah menarik dan bermanfaat untuk tatapan umum. Syukran.

  • Assalamu’alaikum Ustaz Zul,

    Alhamdulilah. Terima kasih atas pandangan Ustaz yang cukup bernas. InsyaAllah, saya tak akan berhenti kerja kerana dah dapat kerja impian saya selama ini. Kerja jadi Guru di Pusat Asasi UIA. Dah 20 tahun berkhidmat di universiti ini dari seorang kerani, naik kerja teknologist makmal perubatan, dan terkini terus jadi ahli akademik. Kalau berhenti kerja tu kira tak waras la.

    Tapi bisness tetap saya buat part time. Jual madu tualang dengan kawan-kawan. Jual madu tualang lebih kurang macam jual emas sekarang ni, kawan-kawan datang cari, tak cukup stok dan tak sempat pergi berjual. Alhamdulilah.

  • Slm tuan zul..info yg berguna.sy sentiasa mengikuti blog tuan hampir 2 tahun..sgt memberi manfaat..moga dengan segala nasihat tuan yg baik itu dapat dijadikn panduan pade kite smua..moga hidup tuan sekeluarga diberkati allah s.w.t sentiasa.

  • Assalamualaikum wbt,

    Satu perkongsian yang sangat menarik dan memberi inspirasi khas buat mereka yang sedang merancang berhenti kerja.
    Semoga Allah lapangkan segala rezki yang halal buat kita. Insya Allah

  • As Salam Tuan,

    Saya dah 6 tahun kerja di di sbuah IPTS ni, jwtn terakhir skrg Timb Dekan.
    smkin hari bebanan kerja smkin banyak dan mental saya smkin parah.Saya nak sgt berhenti..ttp komitmen bulanan terlalu tinggi…bila memikirkan komitmen tinggi ttp nak sgt berenti kerja..keadaan smkin serabut..
    Apa pndgn Tuan,
    saya berhenti sahaja dan buat biz saya yang sedia ada.

  • assalam en zul,sy bercadang nak berhenti kerja shift,kebetulan tmpt sy kerja ada offer vss,dgn wang yg ada dptlah sy ttp smua hutang sy kecuali rumah,sy bercadang utk kerja normal shift @ shift siang sj utk beri lebih perhatian kpd ank2 sy yg 4org tu,mohon pndpt en zul…tq

  • saya…saya sekarang bekerja sebagai anggota polis di kelantan…saya mmg berminat untuk berniaga sebap dah bosan jadi kuli ja…kalau sudi mungkin kita boleh berbual melalui whatsapp 017-5469516 azzry…banyak tips saya saya nak belajar dari tuan untuk memulakan perniagaan.

  • Sy dh berniaga 2 tahun lebih, pendapatan dah 5 angka, ad 3 cawangan perniagaan..skrg sdg bekembang dgn 2 product baru..tp smpi skrg sy masih takut nk resign sbb tahun lps 2 biznes sy tutup dan kerugian hmpir 100k…tp Alhamdulillah masih bertahan mgkn masih bekerja di comp glc yg kukuh skrg ni. Tp sy ingin berjumpa tuan utk kongsi pengalaman tuan dan sy.

    Sdg plan utk resign tahun ni..tp masih ragu2

  • Saya berhasrat untuk berhenti kerja kerana perasaan bosan terhadap kerja tahap tertinggi..

    Keinginan untuk terus bekerja makan gaji hampir tiada kerana dah letih 20 tahun bekerja..

    Cuma bekerja sekarang ini kerana desakan hidup atau erti kata yang lain untuk hidup..

    Perancangan untuk menjadi Perunding Takaful sepenuh masa..

  • Cerita yg agak sedih.. Tapi saya suka baca artikel ini sebab ia adalah REALITY.. tq.. Sebab cerita tu pernah terjadi pada kwn2 saya ia benar.. Saya pun memikirkan benda yg hampir sama sebelum berhenti.. Bukan semudah itu.. Bagi saya walaupun Busy buat dua kerja pada masa yg sama..

  • Saya amat-amat tertekan dengan kerjaya saya sekarang ini dan dah banyak kali memutuskan nak letak surat jawatan. Tetapi tertangguh kerana ada bebanan hutang bank yang perlu dilangsaikan setiap bulan dan saya tidak ada income lain. Suami belum mampu untuk support saya langsaikan hutang bank bulanan. Saya nak berniaga tak tahu.. saya seperti dah buntu.. perlu cari kerja lain rasanye..

  • Assalamualaikum Tuan,

    Menurut pengalaman tuan dalam berbisnes ini, sebanyak manakah perniagaan yang perlu diexplore sebelum kita menfokuskan bisness yang boleh bertahan dalam jangkamasa panjang? Harap tunjuk ajar tuan dapat mereliasasikan impian saya bekerja sendiri disamping keluarga 10 tahun akan dating. Doakan saya tuan.

    • Wslm En. Najib,

      Pertama sekali tetapkan impian dan matlamat. Lepas tu baru explore peluang-peluang bisnes sampailah jumpa bisnes yang boleh dapat apa yang En. Najib impikan. Bila dah jumpa bisnes tu, fokus betul-betul sampai berjaya. Jangan toleh kiri kanan dah supaya dapat fokus dan capainya lebih cepat.

      Sebelum jumpa bisnes tu, buat je apa-apa bisnes yang boleh buat dulu. Nanti jalannya akan terbuka lebih luas, insyaAllah.

  • Assalamualaikum Tuan,

    Saya bercadang nak berhenti kerja kerana tidak dapat fokus sepenuhnya pada customer dan bisnes.. dalam masa yang sama saya takut juga tak ada duit sebab dah terbiasa ada gaji tetap.. apa pandangan tuan..

    • Wa’alaikumussalam puan Ely. Sebelum puan berhenti kerja, pastikan puan terlebih dahulu sediakan persiapan yang sepatutnya ie duit simpanan yang cukup untuk survive sekurang-kurangnya 6 bulan. Selain tu, pastikan income dari bisnes puan melebihi dari gaji bulan-bulan.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >