Disebabkan kejatuhan harga minyak dunia sekarang, saya dapat maklumat ada syarikat Oil & Gas yang memberhentikan staff mereka hanya dengan 2 jam notis. Dapat notis diberhentikan kerja, terus susun-susun barang dan diminta keluar dari pejabat. Bahkan ada yang siap diiring keluar dengan pengawal keselamatan lagi!
Nampak kejam dan boleh sakit jantung...
Pemberhentian begitu sudah empat “batch” katanya. Dan lepas cuti hari raya ini, akan ada “batch” yang ke seterusnya. Menurut kenalan saya tu, mereka yang telah diberhentikan sebelum ni, majoritinya terus menghilangkan diri dan ramai antara mereka masih belum dapat pekerjaan baru.
Saya boleh faham kenapa jadi begitu; itu adalah ‘maruah’ diri, dan ‘maruah’ itu akan terjaga kalau mereka telahpun mengurus kewangan dengan baik sebelum diberhentikan itu.
5 Persiapan Penting
Kalau saya sedang bekerja di syarikat begitu, saya akan terus buat persiapan seolah-olah akan diberhentikan kerja pada bila-bila masa, antaranya:
- Segala perbelanjaan dan komitmen yang bersifat mewah dan bukan keperluan akan dipotong terus. Ini soal kelangsungan hidup, bukan lagi untuk berseronok-seronok.
- Kalau belum ada dana kecemasan 1 – 2 tahun perbelanjaan, maka segala harta yang perlukan masa untuk dicairkan, saya akan jual dulu utk cukupkan dana 1 – 2 tahun perbelanjaan. Yang tinggal hanyalah harta bersifat mudah dicairkan dan boleh dapatkan wang segera. Stand by duit dalam Tabung Haji, ASB atau emas jer.
- Kalau belum ada pendapatan kedua, maka inilah waktu yang serius untuk diusahakan. Kalau nak berniaga, cari bisnes yang perlukan modal kecil, tak lebih RM2,000. Bahkan bisnes tanpa modal sebenarnya pun berlambak-lambak. Nampak atau tak nampak sahaja.
- Buat apa sahaja kerja yang halal, asalkan dapat “survive”. Kalau ego terlalu tinggi untuk buat perkara yang dianggap “low class” sedangkan boleh mendatangkan duit, ‘potong’ ego itu sementara waktu sebab waktu-waktu begini, kita hanya ada 2 pilihan iaitu (a) beri makan ego, atau (b) beri makan anak dan isteri!
- Jangan buat masalah dengan majikan lama, supaya rekod kita bersih dan mudah dapat pekerjaan baru di syarikat lain. Kebanyakan majikan baru akan contact dulu majikan lama untuk confirm kita adalah pekerja yang baik sebelum kita diambil sebagai pekerja baru.
Bersyukur Saat Diuji
Itulah kehidupan... Tak ada yang terjamin.
Siapa sangka, industri Oil & Gas yang lazim dengan mereka bergaji tinggi dan disukai oleh bank suatu ketika dahulu, kini telahpun bertukar menjadi industri yang berisiko bagi golongan pekerja.
Bagi sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, saya percaya Tuhan mahukan kebaikan kepada mereka. Ujian-ujian begini akan memaksa kita untuk jadi manusia yang lebih baik dunia dan akhirat, insyaAllah. Perasaan gundah gulana bila berhenti kerja itu adalah perkara biasa, tetapi bila sudah terbiasa bekerja sendiri macam saya, saya fikir saya lebih selesa dengan bekerja sendiri... Alhamdulillah...
Hemm..dlm bidang oil & gas yg sangat diidamkan oleh banyak orang (termasuk saya) pun ada juga perkara mcm ni kan ..hemm
Lumrah makan gaji.Saya sendiri tengok kawan-kawan yang terpaksa tinggalkan kerja.Memang sedih dan itulah dugaan hidup dan saya sendiri bekerja dalam oil & gas.Masih diberi kepercayaan untuk terus berkhidmat.Alhamdulillah.
Bank pula terus tak bagi pinjaman pada orang-orang Oil & Gas. Adat dunia.Bila ada duit semua sayang ..Kita pun sebenarnya kena belajar berniaga.
Kan nabi yang suruh.. 9/10 sumber rezeki tu..biar kecil asal berhasil.Start dulu,adjust kemudian..Betul tak En. Zul?
Betul En. Razak.
Apa yang berlaku ada hikmahnya. Jatuh bangun dalam kehidupan tu banyak kebaikannya. Bila tak ada benda yang terjamin, maka kita akan sentiasa bergantung harap kepada yang benar-benar terjamin iaitu Tuhan yang Maha Kaya. InsyaAllah.
Posting ini boleh dijadikan rujukan pada masa hadapan. Insyallah.
InsyaAllah…
Salam En. Zul…
Saya suka ayat ni ‘saya akan terus buat persiapan seolah-olah akan diberhentikan kerja pada bila-bila masa’. adat makan gaji…apa2 pun kita perlu bersedia untuk sebarang kemungkin…peringatan utk diri saya sendiri
Terima kasih En Zul atas penulisan yang bermanafaat ini
Wslm. Terima kasih Pn. Atie. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.
sebenarnya berniaga ini bukan saluran utama untuk mencari kekayaan.
sebenarnya lebih kepada proses mencari ‘Dia’ iaitu Allah..sebab apa?
sebab bila kita berniaga semua proses sudah dibuat,sales,strategi,kewangan,marketing,perancangan diri..semua.yg tinggal adalah ‘Keizinan’ dia..waktu ini tahap tawakal bukan biasa2.jika waktu makan gaji kita niatkan awal2 backups berhenti kerja kerana faktor ingin kaya atau hanya sebagai habis iktiar sebab itu berniaga,sy rasa itu salah..permerhatian sy ramai yg diberhentikan kerja berniaga hanya kerana ingin keluar dari masalah.sedangkan sewaktu hendak bermula berniaga kita sudahpun mencipta masalah baru..jln terbaik seperti yg tuan zul katakan..
mulakan perniagaan sewaktu kita senang.
Betul Tuan Skyfun.
ya Allah, notis 2 jam? agak2lah..boleh sakit jantung kalau macam tu adoiii kesian…syukur dengan apa yg kita sekarang 😉
Betul. Ini kisah benar-benar berlaku.