Tak ada satu kerja pun yang terjamin.
Jaminan bagi seorang pekerja samada berhenti ataupun diberhentikan - bila tiba waktunya!
Walaupun jawatan kita mungkin terjamin, tapi tak ada jaminan kita mampu terus bekerja.
Bagi yang masih ada gaji tiap-tiap bulan, bersiap sedialah untuk hari tiada gaji. Inilah waktu terbaik untuk buat persiapan.
More...
Jawatan itu bukan milik kita
Berpada-padalah dengan hutang, dan menabunglah serta bina harta sendiri. Supaya ketika hari tiada lagi gaji, kehidupan kita dan keluarga tak terjejas.
Jawatan kita hari ni bukan milik kita. Ia milik majikan.
Sampai satu masa jawatan kita pasti akan diserahkan kepada orang lain.
Yang tinggal bersama kita hanyalah tabungan dan harta yang kita bina selama kita bekerja sebelum ini.
Dan yang akan terus membebankan kita ialah hutang-hutang yang kita buat ketika kita masih bekerja.
Ingatlah... Kekayaan bukan tentang berapa besar gaji kita. Tapi berapa lama kita mampu bertahan ketika tiada lagi gaji.
Ia tentang tabungan dan harta yang kita kumpul. Dan hutang yang kita sendiri cipta.
Berapa lama bertahan bila tiada gaji
Gaji kita ialah pendapatan SEMENTARA kita. Ia boleh hilang bila-bila masa.
Ketika masih ada gaji, sentiasa kekal hidup di bawah kemampuan. Dan menabunglah secepat mungkin untuk cukupkan tabungan 6 - 12 bulan gaji.
Supaya kalau tiada lagi gaji, kita masih boleh bertahan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 - 12 bulan.
- Sila baca : Dana Paling Kritikal Waktu Kecemasan
Bila dah cukup 12 bulan gaji, gunakan duit lebihan untuk bina pendapatan KEKAL.
Pendapatan kekal (pasif) datang dari harta yang kita miliki. Antaranya;
- Rumah-rumah sewa
- Tanah kebun atau ladang yang mendatangkan hasil
- Bisnes yang kita miliki - yang boleh berjalan sendiri tanpa kita
- Harta intelek milik kita - seperti buku yang kita tulis
- Saham atau saham amanah (seperti ASB) yang berikan dividen setiap tahun.
Bina pendapatan kekal
Selagi hidup kita cuma bergantung pada pendapatan sementara; ada kerja ada duit, tak ada kerja tak ada duit, itu bukan masanya untuk hidup bermewah.
Fokus bina harta dan pendapatan kekal (pasif) dulu.
Guna pendapatan sementara (gaji) untuk bina kekayaan - tambah tabungan dan kumpul harta.
Nanti bila jumlah harta dah cukup, gunalah pendapatan kekal tu nanti untuk rasa hidup mewah tanpa perlu kerah kudrat kita lagi.
Financial freedom... InsyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya
30 Julai 2024
20 Muharram 1446H
Jaminan bagi seorang pekerja ialah berhenti ataupun diberhentikan (bila tiba waktunya). Ketika ada gaji, berpada-padalah dengan hutang. Sebaliknya menabunglah dan bina harta kita sendiri. Supaya hidup kita dan keluarga tak terjejas ketika hari tiada lagi gaji. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 30 Julai 2024
Hari ni kita ada gaji, belum tentu esok kita pun akan ada gaji. Ketika masih ada gaji ni, beringat-ingatlah dan bersedialah untuk hari tiada gaji. Berapa besar pun gaji kita hari ni, pastikan menabung untuk masa depan kita yang belum pasti. Bersedia. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 13 Oktober 2023
Bila bekalan terputus, rumah kita tak terputus kalau ada tangki simpanan air. Begitulah juga dengan gaji. Kalau gaji terputus, kita masih boleh bertahan kalau tabungan kita cukup. Teruskan menabung sekurang-kurangnya sampai cukup 6-12 bulan gaji. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 13 Oktober 2023
Artikel berkaitan:
- Bersara, Itu Jaminan Bagi Seorang Pekerja!
- Jawatan Itu Bukan Milik Kita. Buat Dua Persediaan Ini Sebelum Terlambat!
- Berapa Harta Perlu Dimiliki Untuk Mencapai Kebebasan Kewangan?
- Orang Kaya Fokus Tambah Harta, Bukan Sekadar Kenaikan Gaji
- Mulakan Bisnes Ketika Tak Perlukan Bisnes
- Pencen Bukan Soal Umur, Tetapi Kedudukan Kewangan
- Kereta Jadi Beban, Lori Jadi Harta
- 10 Persiapan Sebelum Saya Berhenti Kerja