MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kemajuan Hidup Bermula di Luar Comfort Zone Kita

July 31, 2024

Terpaksa bayar RM118 untuk rehat cuma 2 jam di premium lounge. 

Petang semalam rasa penat sangat. Nak cepat-cepat balik rehat dekat rumah.

Flight Penang - KLIA dijadualkan pukul 9.00 malam. Dapat notis reschedule ke 9.40 malam. Okay lah... Sabar 40 minit sahaja.

Masa menunggu flight, badan rasa tak sedap. Badan rasa panas sejuk dan sakit kepala.

More...

Mungkin sebab terlebih makan durian di #WismaPublicGold (Bayan Lepas) semalam (lepas sampaikan #SeminarMembinaSatuJutaPertama di branch #PublicGold Alor Setar).

Letih menunggu di balai berlepas

Lebih kurang sejam sebelum flight dijadualkan berlepas, tiba-tiba dapat pengumuman flight retime ke 12.30 malam!

Aduh... Saya rasa dah tak tahan dah...

Badan dah rasa melekit. Letih... Sakit kepala... 

Kalau AirAsia maklumkan awal-awal, mungkin saya cancel flight. Tidur sahaja di Penang satu malam atau balik dengan En Khaja Nazimudeen Yaacop.

Tapi dah sampai di boarding gate (balai berlepas). Tak boleh buat apa-apa dah... Tunggu sahajalah... 

Kalau AirAsia bagi saya pampasan, rasa legalah juga. Tapi saya tak ambil cover insuran.

(Next time kena ambil cover insuran).

Rasa resah gelisah duduk di kerusi balai berlepas tu yang tak ada tempat menyandar selesa, kami terpaksa pergi rehat di Plaza Premium Lounge.

Rehat cukup di premium lounge 

Guna kelebihan black card (credit card) yang kami ada. Dapat masuk percuma untuk seorang. Sepatutnya lagi satu pun percuma, cuma kad ada masalah, so lagi satu kena bayar RM118 hanya untuk 2 jam (9.00 malam - 11.00 malam)! 

Apalagi... Kami ambil peluang mandi supaya badan rasa segar lepas seharian penat dan berpeluh masa sessi makan durian.

Lepas mandi, saya terus terlena di sofa. Tepat-tepat pukul 11.00 staff lounge kejutkan saya, "Encik, kami dah nak tutup" katanya...

2 jam dapat tidur dengan solid, hilang sakit kepala. Alhamdulillah... Kembali rasa segar...

Sebelum fly, AirAsia bagi sebiji burger McChicken.

Okaylah... Sekurang-kurangnya sejuk sikit hati walaupun sebenarnya tak berbaloi... 

Hari ni dapat email daripada AirAsia, dapat free voucher untuk beli tiket flights AirAsia RM100. Alhamdulillah... Okaylah... Dapatlah 'pampasan' saya bayar masuk Plaza Premium Lounge semalam.

Akhirnya selesa di rumah sendiri 

Flight delay, reschedule atau retime, memang sebahagian dari asam garam frequent traveller macam saya. Dah biasa...

Tapi perkara yang sebenarnya mencabar bagi saya bila travel ialah jatuh sakit. Sakit kepala pun dah cukup mengganggu sepanjang travel.

Jadi kalau travel, at least saya stand by bawa Panadol ke mana-mana. Supaya kalau sakit kepala, at least boleh bertahan sampai ke destinasi dengan baik. 

Malam tadi, pukul 3.00 pagi baru sampai ke rumah. Rasa selesanya bila dapat tidur atas tilam sendiri dan guna bantal sendiri... Rasa lebih selesa dari duduk hotel yang mahal...

Jauh kita berjalan, akhirnya kita selesa di tempat kita sendiri. Tapi kemajuan hidup hanya bermula bila kita melangkah keluar dari zon selesa kita. 

Paksa keluar daripada comfort zone

Walaupun lebih selesa duduk di rumah, dan tak perlu pun keluar rumah kalau sekadar nak buat duit untuk diri sendiri, saya paksa diri tinggalkan keselesaan seketika demi mencipta kejayaan-kejayaan baru. 

Saya penuhkan jadual saya dengan aktiviti sampaikan ilmu secara online dan secara fizikal, travel ke sana sini setiap minggu untuk jumpa insan-insan yang nak jadi sebahagiaan daripada kejayaan #MisiUbahHidup1000Keluarga suatu hari nanti.

Mudah-mudahan kejayaan itu nanti akan jadi rahmat buat orang lain, khususnya mereka yang mempercayai leadership saya. InsyaAllah...

#TravelogDealerPublicGold
#MembangunDiri

Zulkifli
Cyberjaya
28 Julai 2024
21 Muharram 1446H

Berbaloi. Dapat mandi dan tidur lena berkualiti walaupun cuma 2 jam.

Sebelah pagi, saya sampaikan seminar "Kaya Dengan Emas" di Public Gold Alor Setar.

Lepas seminar, terus ke Wisma Public Gold di Bayan Lepas, Penang untuk jamuan makan durian. Saya biasanya makan seulas dua sahaja. Tapi bila dengan team, layan makan durian sampai tak ingat.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>