MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kejayaan Perlukan “Faktor Memaksa”

March 20, 2011

Kejayaan susah dicapai kalau tak ada faktor yang paksa kita keluar dari comfort zone (zon selesa). 

Walaupun hakikatnya tak selesa, zon (yang dianggap) selesa tu membuatkan fikiran kita jadi tumpul. Malas nak berfikir dan membunuh kemajuan hidup kita! 

Kita perlukan 'perkara besar' yang paksa kita berubah dan keluar dari comfort zone. 

Breakthrough dalam hidup kami

Ahad lepas, satu lagi ‘breakthrough’ dalam hidup kami, iaitu kali pertama Najdah (isteri saya) drive kereta sendirian keluar dari tempat tinggal kami di Damansara Damai ke tempat sejauh 15 kilometer radius! Iaitu dari Damansara Damai ke Jalan Ipoh - untuk hadir satu bengkel perniagaan. 

Alhamdulillah. Dia dah boleh drive sendiri...

Kalau ada hal-hal ‘emergency’ lepas ni, insyaAllah dia tak perlu tunggu saya. Dia boleh bawa kereta sendiri.

Sebenarnya, saya letakkan matlamat supaya isteri saya dapat drive kereta sendiri sejak tahun 2004 lagi. Tapi macam-macam halangan (dan alasan). 

Anak kecik lagi, tak ada siapa boleh tolong ribakan anak.

Susah nak bawa kereta sebab kami pakai kereta manual. Kereta kami besar sangat, kalau kereta kecil macam Perodua Kancil, senang la sikit. Payah nak naik jalan 'berbukit' untuk keluar dari apartment kami.

Dan halangan yang paling besar masa tahun 2004 ialah kami tak ada duit simpanan kecemasan!

Matlamat tanpa ‘faktor memaksa’

Kalau berlaku kemalangan, kami tak ada duit simpanan untuk repair kereta... 

Akhir sekali, tahun 2008, saya tampal dalam bilik tidur kami, salah satu matlamat kami untuk tahun 2008 ialah Najdah boleh drive kereta sendiri.

Tapi walaupun dah lebih 2 tahun lekatkan matlamat tu di dinding, ia ‘tak jalan’ juga...

Sebab paling utama ialah tak ada Faktor Memaksa!

Cuba bayangkan, walaupun hanya semata-mata nak beli barang keperluan di kedai runcit yang jaraknya 400 meter dari rumah kami pun saya kena berkejar balik dari pejabat untuk belikan.

Sedangkan kereta dan kuncinya memang ada di rumah.

Ada kereta tapi tak berani nak drive sendiri... 😅

Kereta kami... KALAU pakai kereta Kancil automatik kan mudah... "Kalau" sentiasa menjadi alasan untuk 'duduk diam'...

Faktor memaksa dan zon selesa

Alhamdulillah, bila ada faktor memaksa, akhirnya semua masalah selesai.

Masalah yang dianggap masalah selama ni sebenarnya bukan masalah sebenar.

Bila Aisyah (anak sulong kami) mula masuk darjah satu pada tahun ini (2011), Najdah terpaksa bawa kereta sendiri untuk hantar Aisyah ke sekolah tiap-tiap hari.

Nak tak nak, dia mesti bawa kereta, ataupun jalan kaki!

Walaupun jalan depan sekolah selalu sesak, tambah pula cuaca panas, dan terpaksa dukung Hifdzi (anak kami yang ke-5 berumur 8 bulan) dan melayan kerenah Fathi (anak kami yang ke-4 berumur 2 tahun), dia terpaksa juga drive kereta untuk hantar Aisyah ke sekolah.

Kalau tak, memang tak ada siapa dapat hantar sebab saya bekerja di pejabat yang jaraknya lebih 20 kilometer.

Satu lagi matlamat kami tercapai

Alhamdulillah... puji-pujian bagiMu wahai Tuhan yang datangkan Faktor Memaksa ni untuk kami maju.

Kalau terus duduk di zon selesa, memang kami tak akan ke mana-mana. Duduk ‘tang tu’ juga...

Salah satu faktor penting kenapa Najdah dah boleh drive sendiri ialah kepercayaan saya pada dia. Saya bagi penuh kepercayaan untuk dia memandu sendiri.

Saya yakinkan dia yang dia memang ‘boleh’. Dan saya tak komplen apa-apa.

Kalau berlaku apa-apa kemalangan disebabkan dia baru dalam proses ‘belajar’ drive sendiri, kami ada sedikit dana untuk ‘cover’ waktu kecemasan. InsyaAllah.

Alhamdulillah... Satu lagi matlamat kami sudahpun tercapai... Tambah lagi satu 'tick' dalam checklist kami...

Zulkifli
Damansara Heights
16 Mac 2011 (Rabu)
11 Rabiul Akhir 1432

Accident pertama. Najdah parking kereta kawan bercuram tapi lupa tarik handbrake. Kereta tu meluncur terlanggar kereta orang lain yang keluar simpang.

Syukur alhamdulillah. Tak ada siapa yang tercedera. Kami bayar ganti rugi RM800 kepada owner kereta ni.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Alhamdulillah.Tahniah kak naj.Tahniah abg Zul.Setuju dengan tulisan yg ditulis ni.”Force Factor” nye adalah anak anak yg disayangikan?:)
    Allah bagi kekuatan dan permudahkan urusan abg dan kak naj sekeluarga..

  • Alhamdulillah..

    Anak-anak la yg banyak jadi faktor memaksa kami untuk terus meningkat. Kalau ikutkan, anak2 menghadkan pergerakan kami tp anak-anak bukan ALASAN utk hadkan potensi, tapi SEBAB untuk terus bangun.

    Moga Allah permudahkan Nurul sekeluarga juga. Amin..

  • alahaiii.. alhamdulillah.. tercapai jugak matlamat tu ek.. hehe..
    kami istri2 nih mmg mcm tu lah akhi.. selagi hubby boleh buat, lagiii tuuu lah nk duk bergantung dengannya.. husband zaza pun kekadang komplen jugak, ader certain2 thing tu boleh buat pown kalu dia tak ada, tapi nakkk jugak tggu dia.. hehe..

    psst: tentu chomel k.naj bawak keta.. (^_^)

  • Alhamdulillah Zaliza..

    Isteri2 ni perlu biasakan berdikari.. in case Tuhan ambik suami dulu, isteri tak la terkapai2.. 🙂

    Suami pun sama.. kena belajar ambik tugas isteri sesekali.. at least apa yang isteri buat, suami pun boleh buat sama..

  • Selalu dengar push factor dan pull factor..hari ni dpt satu lagi, force factor…agaknya force factor lebih berkesabn kot ni berbanding push factor dan pull factor..heheheheh

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >