"Nok ko suasano jah..." kata orang Kelantan. Datang sebab nakkan suasana supaya keluar dari enviroment yang boleh membuatkan rasa 'lemau' untuk bekerja.
Sabtu lepas sibuk seharian di #MenaraPublicGold. Dari pagi sampai dekat 10.00 malam baru balik rumah. Ahad semalam pun dari pagi sampai petang sempena #PGMallCarnival dan mengopi bersama team.
More...
Malam tadi sambung sampaikan training mingguan kami #WeeklyBusinessMeeting.
Letih, Tapi Puas Hati
Habis training, sambung pula dengan #WeeklyGroupCoaching. Sekitar 10.40 malam baru habis semua program. Seharian penuh! Good tired. Alhamdulillah.
Pagi tadi lepas hantar anak sekolah, nampak tilam... Baring sekejap tapi terjaga balik. Rasa rugi masa ni kalau tidur.
Kalau buat kerja di rumah, nampak tilam dan selimut 'melambai-lambai' dalam bilik tidur yang sejuk (aircond) tu...Ish... Tak boleh jadi ni...
Saya pergi mandi, pakai pakaian macam nak masuk pejabat, dan bagitahu isteri nak keluar.
"Nak pergi mana?" Tanya isteri. Nak pergi Starbuck. Nak buat kerja dekat Starbuck. Duduk di rumah tak jadi ni... Mudah lemau...
Keluar Dari Comfort Zone
Nak maju dalam hidup, kita kena paksa diri keluar dari comfort zone dan duduk dalam environment yang mendorong kita untuk grow.
Di Starbuck ni banyak orang sibuk buat kerja, bernetworking, meeting dan discussion. Hanya segelintir sahaja yang datang saja-saja melepak minum kopi.
Saya bayar secawan kopi RM18 untuk 'sewa' tempat ni untuk dijadikan office tempat saya bekerja. Semata-mata nakkan suasana kerja supaya suasana ni dapat buang rasa malas dan mendorong untuk kerja dengan lebih produktif. InsyaAllah.
Comfort zone (zone selesa) tu boleh membunuh produktiviti dan kemajuan kita. Walaupun pada hakikatnya comfort zone itu bukanlah benar-benar comfort (selesa) sebenarnya.
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
31 Julai 2023
13 Muharram 1445H
#MisiUbahHidup1000Keluarga #FinancialFreedom #DigitalNomad
- "Harga" apa yang kita bayar. "Nilai" apa yang kita dapat - Catatan FB di Senai Airport, JB

8 tip menarik cara selesaikan kerja 2 minggu hanya dalam masa 2 jam. Boleh ikuti sharing FB Tenny Hainsworth DI SINI. Bacaan berbaloi. InsyaAllah.
“Kita memang mengharapkan yang terbaik, tetapi kena sentiasa bersedia dengan yang terburuk. Rasa tak selamat itu memaksa kita keluar dari comfort zone yang membantutkan kemajuan hidup setiap kita. ” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 25 Disember 2022
Artikel berkaitan:
- Tiru, Itulah Cara Tercepat Untuk Berjaya!
- Kepentingan Home Office Dalam Kemajuan Bisnes
- Rahsia Kejayaan Ada Pada Rutin Harian Kita
- Kejayaan Perlukan Waktu, Fokus Satu Sampai Berjaya!
- Fokus Pada Minat, Dan Jangan Pernah Berhenti Belajar
- Digital Nomad, Gaya Hidup Bebas Bekerja Di Mana Sahaja!
- Terlalu Humble Itu Sebenarnya Selfish