MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Digital Nomad, Gaya Hidup Bebas Bekerja Di Mana Sahaja!

September 18, 2023

Bebas bekerja di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Tak ada hari bekerja, dan tak ada hari cuti. Tapi bekerja berdasarkan target.

Asalkan dapat capai target, terserahlah macam mana kita nak urus masa kita. Itu memang gaya hidup yang saya impikan.

Hari ini saya bekerja dari rumah. Office saya dalam bilik tidur saya. Dan office saya juga saya boleh bawa ke mana-mana dalam beg galas saya.

More...

Office bergerak dalam satu beg

Beg galas saya agak berat. Sebab segala keperluan 'office' saya memang lengkap ada dalam tu.

Bila bawa beg galas tu, duduklah di mana sahaja, asalkan ada line internet, kerja saya boleh jalan macam biasa. InsyaAllah.

Ini kira lengkaplah ni mobile office saya ni;

  • Macbook Air
  • Ipad 12.9" - sebagai 2nd monitor / white board
  • Lampu meja - untuk kawal lighting
  • Mouse
  • Mouse pad
  • Phone stand.

Dan tinggal di mana-mana hotel 3 star ke atas. Dah boleh buat kerja-kerja saya dengan baik. InsyaAllah.

Model bisnes fleksible dan mobile

Model bisnes yang #PublicGold sediakan membolehkan kami bekerja di mana-mana sahaja seluruh dunia, pada bila-bila masa. Asalkan kami ada toolset macam ni, kami boleh setup office di mana-mana. Alhamdulillah. 

Pilihan hotel yang sesuai pun penting.

Kalau saya datang sekadar untuk menginap di sesuatu hotel, saya tinggal di hotel 3 bintang sudah memadai. Sebab biliknya lengkap dengan meja kerja yang sesuai.

Hotel 2 bintang selalunya tak sesuai. Tak selesa untuk dijadikan 'office'.

Tapi kalau saya nak jadikan hotel tersebut untuk meeting atau coaching bersama team, saya selalunya akan tinggal di hotel 4 bintang sekurang-kurangnya.

Sebab selalunya area lobby hotel 4 bintang ada ruang selesa untuk meeting ataupun coaching.

Ruang lobby yang selesa antara kriteria yang saya pertimbangkan. Ruang selesa untuk berkerja dan discussion.

Hotel 3 bintang selalunya tak sesuai. Susah nak dapatkan ruang selesa.

Dengan model bisnes macam ni, mudah untuk saya settlekan kerja-kerja dulu sementara ada aktiviti lain sepanjang trip.

Alhamdulillah.

Zulkifli
Cyberjaya
18 September 2023
3 Rabiul Awwal 1445H

Catatan FB 5 Oktober 2023 : Tak terasa 5 jam berlalu. Penang Airport ni airport favorite saya. Airport yang selesa dan meriah. Tunggu lama pun tak terasa. Bahkan rasa tak cukup masa nak siapkan kerja-kerja saya sementara tunggu flight. Asalkan ada internet, seat dan meja yang selesa untuk buat kerja, di situlah saya bekerja. Alhamdulillah. #DigitalNomad #TravelogDealerPublicGold

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>