Walaupun bisnes dari rumah tak perlukan office, tapi kalau nak bisnes besar, mesti adakan home office. Sekurang-kurangnya ada ruang kerja khusus.
Kalau pasangan atau anak-anak nampak kita berada di ruang itu, mereka tahu kita sedang bekerja.
Cabaran kebanyakkan bisnes tanpa premis ini ialah kita tak menganggap bisnes adalah bisnes. Kita hanya anggap ia kerja sambilan saja.
Kalau ada masa, buat kerja. Kalau sibuk, tak buat. Kalau itulah cara bekerja, bisnes tak akan besar. Bisnes pun sekadar hidup segan mati tak mahu.
More...
Disiplin Kerja Dari Rumah
Salah satu rahsia untuk pastikan bisnes dari rumah yang kita buat tu jadi besar ialah kita mesti anggap kita buat bisnes secara full-time. Walaupun kita buatnya secara part-time, tapi kena buat dengan "full-time mentality".
Orang buat bisnes mana boleh sekejap buka, sekejap tutup. Bila rasa rajin, buka kedai. Bila rasa malas, tutup kedai!
Kalau produk bagus sekalipun, customer pun tak suka berurusan dengan bisnes yang ikut suka hati nak buka atau nak tutup kedai.
Bisnes kena ada disiplin.
Adakan Home-Office Kalau Nak Bisnes Besar
Salah satu cara berkesan untuk anggap bisnes dari rumah itu sebagai "bisnes" dan dijalankan secara serius ialah adakan home-office. Itu adalah ruang khusus untuk kerja kita.
Dalam ruang home-office itu, adakan segala tools yang diperlukan untuk bisnes. Komputer, laptop, printer, alatulis, fail kerja dan sebagainya tu kena ada.
Waktu kerja, kita duduk di situ. Barulah kita akan serius dengan bisnes kita.
Mustahil bisnes dari rumah itu boleh berkembang menjadi besar hanya dengan kerja sambil bersandar di sofa atau tergolek di atas katil. Atau tempat di mana anak-anak sedang bermain.
Ia mustahil kalau nak memiliki bisnes yang besar!

Adakan home office sekarang ini bukan lagi satu pilihan, tapi kewajipan. Era pendemik Covid-19 ini semuanya hanya boleh dibuat dari rumah. Belajar dari rumah, dan bekerja dari rumah. Zaman sekarang, kita boleh bekerja dengan company di Amerika walaupun kita tinggal di Malaysia! Ia adalah norma baharu.
Kerja Part-time, Tapi Mentaliti Full-time!
Saya berkerja dari rumah secara sepenuh masa sejak tahun 2013 lagi.
Sebelum menjalankannya secara sepenuh masa, saya memang jalankan bisnes secara part-time (di luar waktu kerja hakiki sebagai seorang akauntan), tetapi dengan "full-time mentality". Itulah yang membolehkan bisnes part-time saya itu akhirnya menjadi full-time.
Sebelum berbisnes secara full-time lagi, saya memang adakan home-office saya sendiri.
Semangat kerja kita memang akan berbeza bila kita setup home-office kita sendiri. Dan juga memang berbeza semangat kerja kita bila kita duduk di meja kerja kita itu dengan berpakaian kemas (macam masuk pejabat) berbanding berbaju pagoda dan berkain sarong!
Memang berbeza.
Home Office Saya
Jadi bagi siapa yang buat bisnes dari rumah, nasihat saya ialah setup home-office sendiri. Ia tak semestinya satu bilik khusus, tapi cukuplah satu ruang kerja yang khusus.
Nak bisnes besar, bukan saja kena ada MINDSET dan SKILLSET yang betul, tapi juga perlukan TOOLSET yang cukup. Home office adalah salah satu toolset yang setiap kita kena ada.
Home office saya adalah dalam bilik tidur saya sendiri. Anak-anak kami memang tak dibenarkan masuk dalam bilik tidur yang juga home-office saya dan isteri.
Bila saya duduk di ruang kerja, anak-anak tahu saya sedang bekerja. Ia betul-betul ruang kerja, bukan ruang untuk bermain dengan anak-anak.
Bagi saya bisnes adalah bisnes. Dan kita mesti jalankan dengan disiplin bisnes yang betul. Barulah bisnes kita boleh berkembang besar, walaupun kita menjalannya daripada rumah.
Nice sharing en zul, tak sabar tunggu artikel akan datang berkaitan kewangan dan kehidupan
Alhamdulillah.
InsyaAllah En Abdul Nashar.
Terima Kasih atas inspirasi ni tuan zul, ya saya juga ada home office yang selesa alhamdulillah..
Alhamdulillah.