MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Kepentingan Home Office Dalam Kemajuan Bisnes

March 16, 2016

Bagi siapa yang serius membina bisnes untuk masa depan, atau nak jana pendapatan yang besar dari bisnes walaupun secara sambilan, salah satu perkara yang WAJIB dibuat ialah adakan HOME OFFICE sendiri, atau sekurang-kurangnya WORKSTATION sendiri di rumah.

Adakan satu ruang kerja khas di rumah kita hanya untuk;

(1) lakukan urusan bisnes,

(2) simpan dokumen bisnes, dan

(3) simpan alatan serta stok bisnes.

Saya percaya, bila dah setup Home Office, kita akan rasa bisnes kita adalah kerja yang serius dan kita adalah PEMILIK BISNES itu.

Dan kesannya, kita akan lebih serius dengan bisnes kita sendiri.

Membentuk Mentaliti ‘Sepenuh Masa’

Walaupun di zaman serba canggih ini, kita boleh jadi usahawan berjaya tanpa ada kedai kita sendiri. Kita boleh jana pendapatan yang lumayan hanya dengan berniaga dari rumah sahaja.

Tetapi, ramai yang menjalankan bisnes secara sambilan tidak ada kemajuan sebab mereka tak menganggap ia sebagai kerjaya yang serius. Ia hanyalah kerja part-time yang tak ada masa depan.

Kalau kita fikir ianya hanyalah “kerja sambilan”, maka selama-lamanya ia akan jadi bisnes “sambilan” sahaja.

Kita adalah apa yang kita fikir. Sehinggalah kita menganggap “bisnes adalah bisnes” yang perlu dijalankan dengan “full-time mentality”, insyaAllah bisnes kita akan maju walaupun buat secara part-time pada permulaannya.

Beberapa tahun sebelum saya berhenti kerja dan menjalankan bisnes secara sepenuh masa dari rumah, saya setup Home Office saya sendiri.

Satu bilik khas saya jadikan pejabat.

Dalam bilik itu, lengkap segala peralatan yang saya perlukan untuk menjalankan bisnes.

Dalam kepala saya waktu itu, saya impikan, itulah pejabat saya dan saya tidak lagi perlu keluar rumah untuk pergi kerja (makan gaji).

Home Office tak semestinya adakan bilik khas. Ia boleh jadi satu sudut khas untuk kita jalankan urusan bisnes. Cuma untuk elakkan gangguan kosentrasi, saya prefer adakan satu bilik khas. (gambar hiasan)

Ruang Kerja Tanpa Gangguan

Home Office itu, hanya saya dan isteri sahaja boleh masuk. Anak-anak tak dibenarkan masuk ke bilik itu.

Bila saya masuk ke Home Office, isteri dan anak-anak tahu saya yang SEDANG BEKERJA dan tak boleh diganggu.

Walaupun permulaannya anak-anak kecil susah untuk terima bila saya ‘berkurung’ dalam bilik, tapi lama-kelamaaan mereka memahami.

Alhamdulillah, semenjak saya meletakkan jawatan dan berniaga sepenuh masa, saya hanya bekerja di Home Office sahaja. Jarak tempat letak kereta dan motosikal saya lebih jauh dari pejabat saya!

Jadi saya tak perlu naik kereta atau motosikal ke tempat kerja sebab office saya hanya beberapa langkah sahaja dari tempat tidur saya.

Alhamdulillah... Seronoknya bekerja dari rumah...

Segala puji-pujian bagi Allah.

Zulkifli
Damansara Damai
16 Mac 2016
7 Jamadil Akhir 1437H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • Assalam’mualaikum

    MasyaAllah..… Seronoknya En.Zul…

    terima kasih kerana berkongsi..,
    Segala puji-pujian bagi Allah.

  • Alhamdullilah

    Semoga tuan lebih kaya dan Berjaya.Saya pun ada impian nak home office sendiri.terima kasih atas perkongsian..

  • As salam En Zul.. Tabarakallah….doakan saya dan suami juga boleh ucap perkataan terakhir En Zul “Alhamdulillah… Seronoknya bekerja dari rumah… Segala puji-pujian bagi Allah. Allahhumma aamiinnn..

    hari2 tunggu apa lagi En Zul nak share yer..moga Allah berkati hidup En Zul sekeluarga.. Allahhumma aamiinnn..

  • Assalamualaikum En. Zul,

    Seronok bila mengikuti artikel2 En. Zul. Artikel2 En. Zul tidak memaksa, malahan satu perkongsian ikhlas. Saya nak mintak izin untuk berkongsi artikel2 tuan didalam FB saya. Itu pun jika En. Zul mengiizinkan.

  • Assalamualaikum,
    Saya panjatkan syukur kehadrat Ilahi, 29hb June 2016 ini adalah hari terakhir saya bergelar sebagai pekerja kepada Badan Berkanun. Saya telah melepaskan pekerjaan yang saya sayangi suatu ketika dulu.

    Meninggalkan tempat yang hebat ini merupakan satu keputusan yg amat berat bagi saya. Tapi saya tidak menolak yang mana saya mempunyai impian yang besar dan impian itu adalah push factor kpd saya utk saya meneruskannya.

    Saya juga percaya yang saya hanya berpeluang hidup di dunia ini hanya sekali dan tempoh tamat perjalanan saya tiada siapa yang tahu. Mungkin sesaat lagi, mungkin sehari dan mungkin sebulan lagi.

    Bagi memastikan saya tidak menyesal, maka saya lepaskan semua ini untuk melakukan apa yang saya minat. Sekurang-kurangnya saya tahu saya tidak mensia-siakan kehidupan itu.

  • Assalamualaikum En.Zul,
    Saya dah mula berjinak membaca penulisan En.Zul. Sangat-sangat memberi inspirasi kepada saya. Insyaallah saya ingin berjaya dan jadi insan berilmu macam En.Zul. En.Zul salah seorang idola saya.

    Doakan saya berjaya

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >