[Kemaskini 7 September 2025]
Jangan buang masa cari pelaburan terbaik, terutamanya bagi siapa yang income kecil, gaji tak seberapa.
Pelaburan terbaik sebenarnya tak wujud.
Satu masa dulu, masa income saya kecil, jumlah saving tak seberapa, saya pun harap duit sikit saya ni dapat diletakkan dalam pelaburan.
Dengan harapan, duit tu akan berkembang dengan cepat dan saya dapat jadi kaya raya!
Tapi realitinya, itu cuma angan-angan Mat Jenin. Kita tak akan keluar daripada kesempitan dan jadi kaya dengan cara macam tu.
Tak ada mana-mana pelaburan di dunia ni yang kita boleh ubah hidup dengan cara macam tu.
- Pelaburan Terbaik Sebenarnya Tidak Wujud
 - ASB, Tabung Haji, Emas atau Hartanah? Ini Cara Saya Simpan Duit
 
Untung pelaburan tak seberapa
Kalau ada, itu cuma janji-janji manis yang ditawarkan oleh scammer skim-skim cepat kaya - yang membuatkan duit kita semua lebur dalam pelaburan!...
Realiti pelaburan di Malaysia (bahkan di mana-mana seluruh dunia sekalipun), keuntungan yang kita boleh dapat sekitar 5% je setahun - iaitu ASB, Tabung Haji atau KWSP.
Keuntungan paling tinggi pun cuma 15% setahun - Koperasi Permodalan Felda, Koperasi Bank Rakyat dan Koperasi Tentera - satu ketika dulu.
Cuma untuk pelaburan dalam koperasi, kena ingat;
- Tak semua orang boleh melabur → hanya untuk ahli sahaja
 - Jumlah pelaburan ada limit untuk setiap ahli
 - Modal tak dijamin kerajaan → berbeza dengan Tabung Haji / ASB. Ada kes koperasi rugi atau lingkup, pelabur hilang duit!
 - Tak cair (illiquid) → susah nak jual balik saham koperasi bila nak cepat dapat duit.
 - Dividen tak konsisten - tak macam ASB ataupun TH.
 
Kalau betul boleh dapat keuntungan 15% sekalipun, pada saya masih tak berbaloi kalau duit yang kita ada tak seberapa.
Contohnya, kalau melabur RM10,000, untung setahun baru RM1,500 (15%). Sebulan cuma sekitar RM125!
RM125 setahun tak boleh ubah hidup kalau gaji kita kecil, jumlah tabungan pun tak seberapa.
Ia cuma buang masa!...
Realiti keuntungan bisnes kecil
Kalau ada mana-mana pelaburan yang boleh menjanjikan lebih tinggi daripada tu, sila hati-hati...
Itu semunya scam! Kecuali dibuktikan sebaliknya oleh pakar kewangan.
Berdasarkan pengalaman saya, "pelaburan terbaik" bagi mereka yang income kecil ialah mulakan bisnes sendiri dan belajar memajukan bisnes.
Fokus bangunkan bisnes sendiri. Buat bisnes kecil-kecilan pun tak apa, asalkan berhasil...
Bila ada bisnes sendiri, kita boleh ‘tentukan’ income kita sendiri.
Kalau nak income besar, kena kerja kuat, kena kerja lebih... Tapi kalau sekadar nak dapat income 'geli-geli', buat secara sambil-sambil pun tak apa.
Hakikat yang kita perlu tahu, dalam "pelaburan", untung 20% setahun dianggap luar biasa. Tapi kalau dalam bisnes, untung 200% setahun tu dianggap biasa-biasa sahaja.
Bahkah kalau bisnes kecil, untung sampai 2000% setahun pun masih dianggap biasa-biasa sahaja.
Fasa awal membina bisnes
Walaupun macam tu, 'pelaburan' nak mulakan bisnes ini agak memakan masa... Sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun.
Bukannya mulakan bisnes terus untung besar...
Tahun pertama, kita banyak belajar dan banyak buat silap. Banyak "try & error". Bahkan mungkin kena bayar 'Yuran Kebodohan' - sebab belum ada ada ilmu dan pengalaman. Dan masih naif tentang bisnes...
Tapi kalau tak sanggup belajar dan terbuat benda-benda ‘bodoh’ tu, mungkin kita akan selama-lamanya bodoh.
Sebab terbuat benda bodoh itulah kita jadi lebih pandai...
Bila tahu kita pasti akan buat silap, jangan mulakan bisnes dengan hutang. Dan jangan mulakan bisnes dengan modal yang besar.
Belajar rolling duit kecil dulu... Belajar urus duit kecil dengan baik dulu. Supaya kalau duit modal tu terbakar, tak sampai terbakar tangan kita sekali - tak boleh bangkit balik!...
- Jangan Mulakan Bisnes Dengan Buat Produk Sendiri
 - Mulakan Bisnes Tanpa Hutang, Biar Kecil Asalkan Berhasil
 
Pengalaman setiap orang berbeza
Tahun kedua biasanya baru nak pandai... Customer baru-baru nak kenal bisnes kita dan produk kita... Mereka baru nak mencuba berjual beli dengan kita.
Kalau jual makanan, customer yang pertama kali tu beli sebab nak test makanan yang kita jual tu sedap ke tak...
Customer akan menilai kita boleh percaya ataupun tak...
Kalau terus buat perkara betul dengan sabar, tahun ke-3 kita akan customer tetap... Dah ada repeat customer... Customer akan membeli lagi dan lagi...
Bisnes kita mula dapat reputasi dan testimoni yang baik-baik... Lepas tu barulah bisnes mula berkembang dengan baik, insyaAllah...
Tahun pertama, kedua, dan ketiga itu cuma contoh. Realitinya mungkin berbeza. Ia bergantung kepada berapa cepat kita belajar dan dapatkan pengalaman.
Kalau cepat belajar, kejayaan tu akan lebih cepat. Kalau banyak belajar, kesilapan akan semakin berkurangan.
Datang rasa seronok berbisnes
Saya sendiri, 3 tahun pertama tu saya banyak habiskan masa buat benda-benda bodoh. Buat bisnes tapi dengan mentaliti kerja makan gaji.
Masuk tahun ke-4 dan ke-5, barulah celik sikit tentang bisnes.
Walaupun hasil tu belum lumayan, waktu tu mula dapat rasa keseronokkan berbisnes.
Bila dah rasa seronok, kejayaan cuma persoalan masa sahaja.
Sebab kita tetap usahakan juga walaupun hasilnya tak seberapa (belum berhasil). Tak akan give-up!
Usaha yang betul dan berterusan itulah yang membuahkan hasil yang lumayan. InsyaAllah...
Walau apa bisnes sekalipun, kena belajar dari orang yang berjaya dalam bidang tersebut, barulah bisnes tu lebih cepat maju. Dan dapat kurangkan kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat oleh orang sebelum ni.
Orang bijak belajar daripada kesilapan sendiri. Tapi orang yang lebih bijak, belajar daripada kesilapan orang lain!
Akhir sekali nasihat saya, kalau income kecil, jangan buang masa cari pelaburan yang terbaik. Pelaburan yang lebih berbaloi ialah mulakan bisnes dan belajar membangunkan bisnes milik kita sendiri.
Wallahu a’lam.



sy selalu motivasikan apa yg dikata tuan ‘yuran kebodohan’ sebagai yuran pelajaran dan peperiksaaan..contohnya ingin membaiki kereta,jika compressor aircond kereta rosak kita hantar ke kedai kereta.kita berkira mungkin kita terpaksa menanggung kos baiki sehingga 1k..prinsip sy,daripada hantar kereta serah bulat2..lebih baik sy cuba baiki sendiri.jika gagal pun sy akan ke kedai juga dgn kos yg sama..sekurangnya sy sudah dapat ilmu ‘bodoh2’ itu secara praktikal dan realistik dgn mencuba.jika kita berjaya,mungkin kosnya x sampai 4 ratus ringgit sahaja.
Alhamdulillah. Betul tu. 🙂
Pengalaman adalah guru yang terbaik…betul kata tuan, mulakan dari kecil, jangan berhutang
InsyaAllah.
Pernah makan gaji dan berbisnes.
4 tahun berbisnes, 2 jenis bisnes. Dah rasa naik dan turun. Susah dan senang 🙂
Alhamdulillah.
yes…saya nk buat bis bahulu…hihi
Salam tuan… Sye nk tnya bagaimanakah cara terbaik utk memanipulasikan barang emas perhiasan 916 yg sye miliki (tidak digunakan) untuk mendapatkan gold bar atau dinar emas public gold.. tq..
Wslm Pn. Huda,
Tak ada cara dapat emas percuma kecuali berniaga emas. Keuntungan dari perniagaan itulah digunakan untuk tambah pemilikan emas. Saya belum jumpa kaedah manipulasi yang membolehkan dapat emas percuma. Kalau pajak dan guna duit pajak untuk beli lagi emas, itu boleh tambah pemilikan emas tetapi dalam masa sama tambah hutang dengan ar-rahnu.
[…] Sumber Asal […]
Assalamualaikum,bagaimana dengan bisnes cara dropship?
Wslm En. Hafiz. Ok juga tu.