Kata Prof Muhd Kamil dalam satu sessi tazkirah kepada penulis-penulis buku di Galeri Ilmu;
Jangan ingat Allah beri kebaikan kepada kita sebab doa yang kita minta. Ia boleh jadi Allah makbulkan doa orang lain kepada kita.
Ini termasuklah;
+ doa ibubapa kita;
+ doa isteri / suami kita;
+ doa anak-anak kita (yang masih suci dari dosa itu);
+ doa orang lain yang kita berikan kebaikan kepada mereka! (termasuklah doa customer kita, staff kita, boss kita, rakan sekerja kita, partner kita dsb).
Yang terakhir tu ramai orang lupa.
Kita buat baik kepada orang lain, orang itu mendoakan kebaikkan tak putus-putus kepada kita.
Bila buat jahat kepada orang lain, ingatlah Allah mendengar doa orang yang dizalimi.
Rahsia Mengundang Rezeki
Jadi antara cara menjemput rezeki yang tak putus-putus ialah terus buat kebaikan kepada orang lain, tak kira siapa.
Buat kebaikan bukan sahaja bermaksud di surau atau masjid, bahkan di rumah, di tempat kerja, di tempat kita berniaga, hatta di handphone dan depan komputer sekalipun.
Manfaatkan apa sahaja ruang-ruang yang kita ada untuk beri manfaat sesama manusia, itulah antara rahsia untuk mengundang rezeki daripada Allah.
Memang benarlah pesan Nabi s.a.w,
“Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat bagi manusia”, hadis direkodkan oleh Thabrani & Daruqutni.
Antara usaha saya untuk memberi kebaikan kepada orang lain ialah dengan menulis di blog ini secara PERCUMA sejak 2008 lagi. Tiada bayaran yang saya kenakan. Hanya semata-mata berkongsi ilmu dan pengalaman, mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk pembaca.
Tak perlu bayar saya dengan duit, tetapi cukuplah dengan sebuah doa.
Mungkin doa-doa sahabat pembaca blog ini sejak tahun 2008 lagi menjadi asbab Allah melapangkan rezeki untuk kami sekeluarga hari ini. Alhamdulillah.
Jazakumullahu khair...
Alhamdulillah..sesungguhnya doa itu senjata dan kekuatan orang mukmin..
salah tu, yg btulnya bgini: sesungguhnya doa adalah senjata org yg beriman & sembahyang adalah kekuatan bgi org yg beriman kalau kekuatan seseorg itu lemah camna nk angkat senjata? renung2kan.
emmm..bkn ke mukmin tu maksud nya “muslim yang BERIMAN”? dan muslim yang beriman tu bukankah orang ISLAM yang beriman dan menunaikan solat? kalau ap yg sy fhm ni slah,mhon btulkan..:)
jazakallahu khairan khatira..tuan zul.
byk ilmu yg bermanafaat yg saya dapat dari penulisan tuan.terima kasih sudi kongsi ilmu.hanya Allah yg dapat membalasnya.semoga tuan bertambah maju dunia dan akhirat.
Barikillah Pn. Liza.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini terus bermanfaat, insyaAllah.
Banyak ilmu yang saya dapat disini…beli emas pun saya banyak tanya tuan…tapi tuan layan je…terima kasih banyak2 ☺
Saya setuju tu,sebab itu lebih senang untuk merujuk dengan tuan zul.
Alhamdulillah… 🙂
Assalamualaikum tuan mnta sedikit nasihat..saya ada RM 21k dan saya ada baki hutang pembiayaan rumah kerajaan sbyk RM 21k dan bercadang mk setelkan hutang tersebut..harus kah saya laksanakan..mohon pendapat.TQ
Wslm En. Ishak,
Saya prefer simpan 3 bulan pendapatan, selebihnya fokus langsaikan hutang. Bila habis langsai hutang, simpan duit ansuran bulanan yang diperuntukan untuk bayar hutang tu 100%.
Baru2 ni saya ada beli emas GAP 20gram sbb harganya agk menarik..tq atas blog2 emas yg d sumbang kan.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.
Teringat pesan orang alim lagi amilin kepada kami;
“Kita ini orang awam, numpang-numpang ajalah dengan (berkat) kalimat doa daripada orang-orang solihin.”
Dalam masa yang sama, kita juga tak sedar yang barangkali kesusahan atau bencana hati yang berlaku hari ini atas doa-doa daripada saudara-saudara yang kita pernah zalimi dahulu. Wallahu a’lam.
Terima kasih En Fahmi atas perkongsian yang bermanfaat. Saya doakan Allah merahmati En. Fahmi sekeluarga. Amiin ya Allah.
terbaikk!! 🙂
Alhamdulillah. 🙂
tapi bagaimana untuk menjemput orang lain mendoakan untuk kita?
Terus buat baik kepada orang lain dalam apa kerja sekalipun.
Dan jgn harapkan apa2 balasan setelah dah buat kebaikan kat org tu
Moga rezki tuan zul sekeluarga digandakan Allah..
ilmu dan panduan yang dicurahkan tuan zul tak terbayar oleh kami yang mengikut blog tuan ni..jazakallahu khairan kasira
Alhamdulillah. Terima kasih atas doakan tersebut. Saya doakan Allah merahmati Kak Azah sekeluarga juga, amiin ya Allah.
terima kasih tuan zul, banyak nasihat tuan zul yg terkesan di hati saya. semoga tuan zul dan keluarga sentiasa dilindungi olehnya. keep writing and inspiring
Alhamdulillah. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati puan sekeluarga juga. Amiin ya Allah.
[…] Sumber Asal […]