MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Hidup Untuk Mengalirkan Kebaikan

February 15, 2010

Air yang mengalir itu baik. Ia mengalirkan apa sahaja bendasing dan kotoran yang ada bersamanya.

Alhamdulillah… baru jer lepas derma darah tadi. Ni kali kedua derma darah dalam hidup. Kali pertama dua tahun lepas (2008). Tahun lepas nak derma tapi tak lulus sebab ambil antibiotik. Tahun ni lulus, alhamdulillah.

Sebelum tahun 2008, memang tak pernah derma. Bukan tajuk jarum, tapi rasa macam tak selesa jer kena cucuk di lipatan tangan. Macam geli pun ada. He3x. Tapi bila ingatkan saudara kita di Iraq dan Palestin, ah, apa la sangat derma darah.

Ada seorang sahabat saya memang suka derma darah. Tak silapnya setiap 6 bulan. Dia pergi sendiri ke hospital semata-mata nak derma darah! Huh… memang saya kagum.

Darah Yang Mengalir Itu Baik

Dulu saya tak berapa faham kenapa beliau begitu excited untuk derma darah. Tapi bila saya faham hukum sunnatullah (sains) bahawa barang yang mengalir itu adalah baik, dan akan menjadi lebih baik.

Sepertimana air. Air yang mengalir itu baik. Ia mengalirkan apa sahaja bendasing dan kotoran yang ada bersamanya. Manakala air bertakung pula tersimpan di dalamnya pelbagai penyakit. Tempat membiaknya nyamuk-nyamuk yang bakal membunuh manusia. Dan lama-kelamaan, ia akan menjadi busuk!

Harta Mengalir Membawa Kebaikan

Begitulah juga dengan harta. Allah suruh kita keluarkan zakat, perbanyakkan sedekah supaya harta kita bersih lagi suci. Dan harta yang suci itu akan membawa berkat dalam hidup. Yang sikit pun terasa cukup. Dan harta yang di keluarkan itu, akan mengalirkan kebaikan dalam hidup orang lain.

Darah manusia pun begitu juga. Darah yang kita derma, Allah gantikan pula dengan darah yang baru. Darah yang lebih segar dan membuatkan kita lebih sihat. Organ-organ badan kita juga akan aktif, untuk hasilkan darah yang lebih baik.

Khalifah Tuhan Mengalirkan Kebaikan

Dan hidup manusia pun juga begitu. Tuhan utuskan kita ke dunia adalah untuk mengalirkan kebaikan. Menyalurkan rahmat dan kasih sayang Tuhan kepada manusia. Itulah peranan Khalifah Tuhan. Bukan hanya fikirkan diri sendiri saja.

Orang yang hanya fikir diri sendiri, tak menyalurkan kebaikan pada orang lain, akan menjadi busuk. Hatinya menjadi busuk. Di hatinya akan membiaknya penyakit-penyakit mazmumah. Hidupnya menjadi busuk.

Barang yang busuk tak berguna. Bahkan ia memudaratkan orang lain. Memang patut saja Tuhan lemparkan ke neraka!

Kebaikan Kita Buat, Manfaatnya Kita

Begitulah hukum Tuhan atas makhlukNya. Bila kita memberi, bukan bermakna kita rugi. Bahkan Allah gantikan pula dengan yang lebih baik. Digantikan lebih banyak dari apa yang kita beri. Allah akan pulang balik kepada kita.

Sebab tu Tuhan berkali-kali ingatkan dalam Quran, apa sahaja kebaikan yang kita buat, kebaikan itu adalah untuk diri kita sendiri (bukan untuk Allah). Bahkan kebaikan itu akan kembali semula pada kita. Tapi keyakinan itu hanya dimiliki oleh orang yang beriman.

Moga Allah memelihara kita menjadi hambanya yang beriman, amiin.

Zulkifli
Damansara Heights
9 Februari 2010
25 Safar 1431

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>