Apa Di Cari Dalam Hidup?

by on August 4, 2009

Semua orang cari BAHAGIA.

Mereka mengaji tinggi, dapat kelulusan tinggi sebab nak BAHAGIA.

Mereka kerja keras, mendaki puncak kerjaya dengan harapan di pucak sana ada BAHAGIA.

Mereka kumpul harta, nakkan rumah besar, kereta mewah dengan harapan harta dapat bagi dia BAHAGIA.

Mereka jaga body, nakkan rupa paras yang cantik moga dengan cantik mereka dapat BAHAGIA.

Mereka tergila-gila nak jadi artis, kejar populariti, nak glamour dengan harapan di sana ada BAHAGIA.

Mereka nakkan kuasa, kerana mereka fikir kuasa dapat beri mereka BAHAGIA.

Tapi, di mana sebenarnya bahagia?

Bahagia Tak Kunjung Tiba?

Ramai manusia cari sampai hujung dunia, tapi tak juga BAHAGIA. Harta banyak, kereta mewah, rumah besar, tapi rumahtangga tak bahagia. Rupa paras cantik, tapi tak dapat cinta sejati (true love). Dah dapat tampuk kuasa, tapi sentiasa risau kehilangan kuasa. Mengaji dah dapat PhD, tapi isteri dan anak-anak tak menjadi. Dah jadi selebriti, tapi tak sunyi dari gosip-gosip dan fitnah setiap hari.

Ish… di mana bahagia sebenarnya?

Jawapannya mungkin sahabat boleh dapatkan dari artikel tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Joui bertajuk “

Apakah Itu Bahagia?

Pencarian Saya Tentang Bahagia

Lama benar saya cari jawapan kepada persolan asas ni. Di mana bahagia? Apa nak cari dalam hidup? Macam mana hidup ini perlu diisi supaya dapat bahagia? Banyak orang bagi jawapan tapi kebanyakkannya berbentuk umum dan kabur perlaksanaannya.

Hidup ini untuk beribadah.

Yer betul, untuk beribadah. Jawapan tu memang tepat (dari sudut prinsipnya), tapi kabur (dari sudut perlaksanaannya) untuk kebanyakkan orang. Apa kaitan kebahagiaan hidup yang kita cari dengan ibadah secara konklusif? Macam mana hubungkaitnya dengan aktiviti harian kita? Apa kaitannya dengan kerja? Apa kaitannya dengan harta? Dan semua aspek kehidupan kita?

Kekusutan Saya Terungkai

Persoalan-persoalan asas tu sentiasa bermain difikiran saya. Dan segala kekusutan saya tentang persoalan ni banyak terungkai lepas ikuti Kursus Mukmin Profesional bersama Fitrah Perkasa yang dikendalikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Joui dan Ustaz Hashim Ahmad. Lepas pada kursus tu, saya terus buat sedikit ‘working’ untuk ‘define’ (perincikan) jawapan yang saya cari selama ini.

Apa yang dicari (diimpikan) dalam hidup? Di mana bahagia yang dicari? Bagaimana hidup ini perlu diisi? Alhamdulillah… Allah S.W.T leraikan kekusutan saya tentang itu. Jawapannya, perinciannya, telah saya buat dan azam itu telah saya tandatangani pada 18 Mei 2006. Puji-pujian bagi Allah…

Impian Hidup Saya

Mulai tarikh tersebut, dah jelas pada saya apa yang saya cari dalam hidup, di mana bahagia yang saya cari, dan bagaimana hidup yang Tuhan beri ini perlu diisi. Semuanya saya tulis dalam satu lembaran yang saya namakan “Impian Hidup”.

Ia jadi kayu ukur untuk menilai aktiviti saya dengan apa yang saya cari. Supaya apa yang saya buat dan usahakan, sentiasa ke arah mencapai apa yang saya cari, Insya Allah. Ia membuatkan saya lebih yakin untuk terus ‘mengisi’ kehidupan.

Nasihat Saya

Jadi, nasihat saya untuk sahabat semua;

1. Pertama, carilah jawapan kepada tiga persolan ini secara pasti; (1) Apa sebenarnya yang dicari dalam hidup?, (2) Apakah yang dicari tu benar-benar memberi bahagia dalam hidup?, dan akhirnya (3) Bagaimana hidup ini perlu diisi supaya dapat apa yang dicari?

Saya yakin, ramai orang di luar sana tak dapat jawab persoalan ini secara pasti.

2. Kedua, tulislah jawapan kepada persoalan di atas. Impian dan matlamat tak boleh disimpan dalam fikiran. Tapi mesti ditulis, supaya kita boleh semak samada aktiviti kita selari ataupun tidak dengan apa yang kita cari. Dah dapat ataupun belum apa yang dicari. Dan supaya kita mudah menilai apa yang penting dan tak penting dalam hidup.

Moga Allah kurniakan kebahagian kepada kita semua. Hasanah di dunia, hasanah di Akhirat, insyaAllah.

Zulkifli

Damansara Damai

13 Julai 2009

{ 4 comments… read them below or add one }

1 ZATIL AZYYATI MUSTAPHA August 5, 2009 at 2:15 am

Betul.. kadang-kadang kita tersilap menentukan MATLAMAT AKHIR dalam hidup kita.
Akhirnya, semakin dapat apa yang dikejar, semakin resah jiwa kita

Reply

2 Mohd Zulkifli August 11, 2009 at 3:19 pm

Ahlan Zatil,

Kita selalu terlepas pandang apa sebenarnya yang kita nak sebab kita suka meniru.

Memang tabiat manusia ni suka meniru. Kita suka tiru apa yang orang lain buat. Akhirnya dapat yang orang lain dapat.

Sebab tu pentingnya kita menilai semula kehidupan. Supaya apa yang kita buat, menjurus kepada apa sebenarnya yang kita nak.

wallahu a’lam.

Reply

3 Al-Khattab January 10, 2013 at 8:38 am

KENALI DIRI DAN KENALI ALLAH…

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie January 10, 2013 at 9:45 am

Terima kasih Al-Khattab.

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: