MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

H1N1: Tingkatkan Sistem Imun

August 11, 2009

Petang tadi dengar taklimat persediaan hadapi Wabak H1N1 oleh syarikat. Ni taklimat rasmi kedua yang dianjurkan syarikat. Dua bulan lalu taklimat oleh seorang doktor, wakil Kementerian Kesihatan. Ni sedikit coretan sekadar apa yang saya ingat untuk dikongsikan dengan sahabat semua.

Kenapa H1N1 Bahaya?
Sebenarnya, virus selsema di dunia ni ada 3 jenis iaitu Human (manusia), Avian (burung), dan Swine (babi). Human Flu ni yang biasa berjangkit dengan manusia.Avian Flu ni yang biasanya berjangkit dengan burung, ayam dan yang sama waktu dengannya. Swine Flu pada asasnya berjangkit pada babi.

Virus 3 Dalam 1
Tapi bahaya H1N1 ni sebab virus ni boleh berjangkit bukan hanya kepada babi, tetapi kepada ketiga-tiga kumpulan ni – burung, babi dan manusia. Sebab tu virus ni tak berapa sesuai dinamakan SELSEMA BABI sebab dia kombinasi SELSEMA MANUSIA, BABI DAN BURUNG. 3 DALAM 1…

Golongan Paling Berisiko
Golongan yang paling berisiko ialah mereka yang LEMAH SISTEM IMUN BADAN – lemah daya tahan melawan penyakit. Kelompok yang berpotensi berhadapan dengan maut biasanya 5 golongan ini:
  1. Bayi dan Kanak-kanak.
  2. Warga emas terutamanya berumur 65 tahun ke atas.
  3. Ibu mengandung dan baru lepas bersalin.
  4. Mereka yang selalu sakit dan mudah kena penyakit e.g. demam, selsema dan batuk.
  5. Mereka yang berpenyakit kronik seperti jantung, paru-paru dll.

Kelima-lima golongan ini adalah mereka yang LEMAH SISTEM IMUN.

Cara Tingkatkan Sistem Imun
Berdasakan pembacaan, dan bersembang dengan mereka yang terlibat dalam bidang perubatan dan pemakanan, langkah menguatkan sistem imun badan (daya tahan dari jangkitan penyakit) yang dicadangkan antaranya:
  1. RIADHAH 15 – 30 setiap hari. Riadah dapat keluarkan toksin dari tubuh dan bantu kuatkan imun sistem.
  2. Ambik MADU berkualiti seperti Madu Yaman, Madu Manuka dll. Madu berkualiti ni dapat tingkatkan imun sistem dengan berkesan. Mungkin boleh dapatkan di farmasi. Ambik 2 kali sehari.
  3. Makan VITAMIN C berkualiti. Dos sekitar 1,500 mg sehari. Vitamin berkualiti biasanya dikombinasikan bersama Flavonoid. Ia dapat tingkatkan imun sistem dengan lebih berkesan, dan mencegah dari jangkitan. Pengalaman saya, kalau amalkan Vitamin C, kalau demam atau selsema memang cepat baik. Kalau kena pun tak teruk sangat. Try cek di farmasi.
  4. Ambil suplemen Herba ECHINACEA dan bawang putih. Herba ni adalah booster kepada imun sistem kita.
  5. Minum air bersih di masak 2 – 3 liter sehari.
  6. Untuk anak-anak, SCOTT EMULSION tu mungkin boleh membantu. Harganya sangat murah, tapi sejauh mana keberkesanannya saya pun tak pasti. Kami bagi pada anak-anak bermula minggu lepas. Masa pergi beli last week kat satu Guardian tu, habis stok!!! Wah… semua orang panik sekarang ni.

Itu dulu setakat ni untuk perkongsian isu H1N1. Moga ia bermanfaat untuk kita semua. Selamat amalkan, insya Allah.
Zulkifli
Damansara Damai
11 Ogos 2009

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>