Software Pirates Tak Berkat
Tersentak juga bila terbaca tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman bertajuk “
Barang Cetak RompakĀ & Fotokopi Buku“. Dah lama betul dah pakai software cetak rompak ni. Nak beli, tapi harganya agak mahal. Tak berbaloi sebab jarang-jarang pakai.
Lepas baca artikel tu, insaf rasanya. Risau juga takut tak ada keberkatan atas kerja-kerja yang menggunakan software cetak rompak, terutamanya Microsoft Office.
Software Alternatif Percuma
Bila cek, rupanya banyak software alternatif kepada software yang kita selalu pakai. Alternatif Microsoft Office, tapi kita boleh download percuma iaitu OpenOffice bagi yang guna Windows OS. Bagi yang guna Mac, boleh guna NeoOffice. Fungsinya tetap sama macam Microsoft Office. Tapi mungkin kita perlu sedikit masa untuk biasakan diri dengan software baru ni.
Saya dah start dah guna FREE Software. Seboleh-bolehnya, nak dah tak nak pakai dah software cetak rompak. InsyaAllah. Takut tak berkat…
Zulkifli
Damansara Damai
11 Ogos 2009
Mohd Zulkifli Shafie
Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.
Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.
Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).