MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jom Daftar Haji!

August 19, 2009

kos haji mekah masjidil haram

"You muda lagi ni pergi haji cepat-cepat. Masa anak kecik-kecik ni la senang. Pasal duit, don't worry brother. Duit you tak akan berkurang sikit pun. Bahkan Tuhan tambah lagi rezeki you kalau pergi haji."

 

Antara nasihat En. Akhter (Senior Manager) kepada saya lepas sama-sama makan dan sambil bersembang dengan penceramah (Ustaz Nizam). Beliau menambah lagi motivasi yang diberikan oleh penceramah.

 

Saya Daftar Haji

 

Alhamdulillah. Pagi tadi sempat saya daftarkan haji untuk diri saya bersama isteri di Kaunter Tabung Haji di Maju Junction.

Sekejap jer prosesnya. Tak payah isi borang pun. Cuma kena bawa buku Tabung Haji, dan pastikan baki semasanya tak kurang dari RM1,300.

Dulu, tak fikir pun nak daftar haji. Ingatkan tunggu duit cukup baru nak daftar. Tapi lepas ikuti Kuliah Haji Bersiri (18 siri) anjuran surau syarikat, disampaikan oleh Ustaz Mohd Nizam, rasa bersemangat nak pergi haji. Banyak dapat motivasi, dan ilmu tentang perlaksanaan haji.

Masa tengah daftar haji tadi, saya cek slip pendaftaran haji. Hah! Terkejut tengok tahun haji. Confuse sekejap.

 

Tahun 2027!

 

Eh, ini tahun hijrah ke masihi. Otak saya bercelaru sekejap sebab tengok tahunnya terlalu jauh. Saya ingatkan dapat pergi sebelum 2020. Rupa-rupanya 2027. Maksudnya umur saya 47 tahun ketika tu. 

Pegawai tu bagi tahu, kalau nak awal boleh. Tapi kena buat surat rayuan selepas 5 tahun berdaftar. Kalau nasib baik, boleh la cilok. Kot-kot ada orang cancel ker tahun tu. 

 

Jom Daftar Haji

 

So, moral of the story, jomlah pakat daftar awal-awal. Duit belum cukup pun tak apa. Janji baki minimum RM1,300. Duit tu tak hangus.

Kalau nak keluarkan (gunakan) pun boleh. Tapi kalau baki terkurang, pendaftaran akan terbatal. Maksudnya, kena daftar semula la. Dan ambik nombor giliran baru! Lagi lewat la pergi haji...

Kalaupun tak sempat pergi haji (i.e. mati awal), sekurang-kurangnya kita dah buktikan kesungguhan pada Tuhan bahawa kita benar-benar berazam untuk tunaikan haji. Dengan mendaftarkan diri, dan mula menyimpan secara berdisiplin. InsyaAllah.

Wallahu a'lam.

 

Zulkifli

 

Damansara Damai

17 Ogos 2009

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Asslaamualaikum Encik Zul ,

    saya mendaftar haji selepas RM dalam akaun boleh pergi haji .
    silapnya kerana tidak dapat info dan tiada yang berkongsi kerana di kalangan kawan2 saya pun mereka tidak tahu dan tidak daftar haji .

    sekarang ini sejak kejadian itu , saya sering berkongsi dengan kawan2 saya dan pelanggan PG saya .

    Rm1300 yang memudahkan urusan sama ada dengan duit sendiri dan KWSP

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >