MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ramadhan: Peluang Kembali Kepada Fitrah

August 22, 2009

Kawan Muslim

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas dirimu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa” 

- (Surah Al-Baqarah 2:183)

Alhamdulillah, sempat bertemu Ramadhan sekali lagi.

Untuk semua sahabat, kami ucapkan selamat berpesta ibadah di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan, kita semua dapat menjadi graduan Ramadhan yang bertaqwa.

Dan dengan pakej-pakej ibadah di dalamnya, mudah-mudahan dapat bantu kita jadi orang bertaqwa, dan kembali kepada fitrah yang suci bersih di Aidil Fitri nanti. Amiin... 

Pakej ibadah di bulan Ramadhan

Zaman kanak-kanak dulu, saya ingat bulan Ramadhan ni bulan puasa saja. Tapi rupa-rupanya bukan begitu. 

Puasa cuma satu daripada banyak offer yang ada dalam bulan Ramadhan.

Ramadhan rupa-rupanya bulan berpesta ibadah bagi orang mukmin.

Di dalamnya ada puasa... ada terawih (qiamullai)... ada lailatul qadar... ada tadarus Al-Quran... ada iktikaf... ada sedekah... dan semua pahalanya dilipat gandakan.

Pakej-pakej yang Tuhan tawarkan dalam Ramadhan, kalau kita grab semuanya, mampu membuatkan syaitan terduduk! "Terbelengu" kata Nabi...

Bahkan kalau kita lalui Ramadhan dengan penuh keimanan, Tuhan akan ampunkan semua dosa kita, seolah-olah kita kembali semula kepada fitrah kita yang suci bersih dari dosa. MasyaAllah... 

Hari Raya Fitrah

Sebab tu hari raya tu di panggil Aidil Fitri, iaitu kembali kepada fitrah.

Setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah yang suci bersih dari segala dosa. Hatta anak orang kafir (tak beriman) pun lahir dalam keadaan fitrah. 

Tak ada apa-apa dosa. Belum dikira dosa pahala hinggalah mereka capai umur mukallaf.

Jadi, setiap tahun, Tuhan bagi peluang pada kita untuk 'overhaul' diri. Cuci semula diri untuk kembali 'baru'!

Maksudnya, kembali kepada asal kita yang suci bersih dari dosa setelah tempuhi 'dosa' dalam 11 bulan sebelum ni...

Mudah-mudahan ia jadi bekalan untuk 11 bulan yang mendatang.

Orang celaka lalui Ramadhan

Betapa ruginya siapa yang tak dapat apa-apa dari Ramadhan. 

Ramadhan datang dan pergi, tapi sebelum dan selepas Ramadhan sama saja dirinya. Tak ada perubahan.

Orang beginilah yang didoakan 'celaka' oleh malaikat Jibril, dan diaminkan oleh Nabi S.A.W ketika baginda melangkah menaiki mimbar khutbah.

Apa taknya, bermacam-macam offer Tuhan bagi, satu pun dia tak grab!

Nauzubillah...

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat mengembalikan kita kepada fitrah yang suci bersih, insyaAllah.

Daripada Jabir bin ‘Abdullah r.a. bahawa Nabi ﷺ naik ke atas mimbar.

Apabila Baginda sampai ke anak tangga pertama, Baginda berkata: “Amin.”

Apabila Baginda naik ke anak tangga kedua, Baginda berkata: “Amin.”

Apabila Baginda naik ke anak tangga ketiga, Baginda berkata: “Amin.”

Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, kami mendengar engkau menyebut ‘Amin’ sebanyak tiga kali.”

Baginda bersabda:

“Ketika aku naik ke anak tangga pertama, Jibril datang kepadaku lalu berkata:

‘Celaka seorang hamba yang datang kepadanya bulan Ramadan, kemudian Ramadan berlalu daripadanya sedangkan dia tidak diampuni dosanya.’, lalu aku berkata: ‘Amin.’

Kemudian dia berkata:

‘Celaka seorang hamba yang mendapati salah seorang atau kedua ibu bapanya masih hidup, tetapi mereka tidak menjadi sebab dia masuk ke dalam Syurga.’, lalu aku berkata: ‘Amin.’

Kemudian dia berkata:

‘Celaka seorang hamba yang apabila engkau disebut di hadapannya, dia tidak berselawat ke atasmu.’, lalu aku berkata: ‘Amin.’

- (Hadis Riwayat Ahmad dalam Adab Al-Mufrad no. 644 -  sahih)

Zulkifli
Damansara Damai
22 Ogos 2009

1 Ramadhan 1430H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}