MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ilmu Kekayaan Tak Diajar di Sekolah dan Universiti

April 24, 2024

Idola saya dalam kewangan!

Masa baru habis belajar universiti dan masuk ke alam pekerjaan, saya rasa saya dah pandai tentang kewangan. 

Saya graduan perakaunan. Saya antara top student masa di universiti. Takkanlah saya tak tahu pasal kewangan kan? Top student kot...

More...

Baru sedar jahil ilmu kekayaan

Walaupun saya urus kewangan ala akauntan, rekod cantik, tapi saya ada banyak hutang, kewangan saya sengkek masa tu...

Hinggalah Tuhan rezekikan saya baca buku "Jutawan Dari Planet Jupiter" tulisan Tuan Azizi Ali Mentor Wang, barulah saya sedar, rupa-rupanya saya jahil ilmu kewangan dan kekayaan.

Ilmu-ilmu belajar di universiti tu bukan ajar saya jadi orang kaya. Tapi jadi pekerja yang baik dalam bidang kewangan dan perakaunan.

Ilmu kekayaan kena belajar dari orang kaya-kaya.

Cara termudah, bacalah buku-buku yang ditulis oleh orang kaya-kaya.

Buku Jutawan Dari Planet Jupiter tu jadi turning point saya baca banyak buku-buku kewangan dan serius belajar ilmu tentang kewangan.

Cara termudah belajar ilmu kekayaan

Boleh dikatakan semua buku tulisan Tuan Azizi saya beli dan khatamkan. Antara buku-buku beliau yang saya khatamkan kira-kira 20 tahun lepas dan berikan impak besar pada kewangan saya antaranya,

✅ Lahirnya Seorang Jutawan
✅ Jutawan Hartanah
✅ Tuan Rumah Jutawan
✅ Pesara Jutawan
✅ Jutawan Ekstrem

Sampai hari ni, saya boleh katakan beliau dah menulis lebih 30 buah buku kewangan yang dah cover hampir segenap aspek kewangan sebagai panduan untuk kita masyarakat di Malaysia.

Hari ni saya rasa sangat bertuah, guru kewangan yang saya idolakan sejak 20 tahun dulu, sekarang ni dah jadi rakan baik dalam bisnes #PublicGold.

Hari Ahad lepas, saya dijemput sebagai tetamu ke open house raya di rumah beliau. 

Idola 20 tahun dulu akhirnya jadi kawan 

Saya rasa sungguh istimewa di jemput datang ke rumah beliau. Bukan senang nak dapat jemputan dari seorang multi-millionare, yang merupakan guru bagi ramai guru kewangan di Malaysia untuk datang sampai ke rumahnya sendiri.

Alhamdulillah...

Mudah-mudahan hubungan baik antara kami memberikan peluang besar untuk saya dan murid-murid saya dalam #PGG100Network dan #5GAssociates belajar lebih banyak ilmu kewangan dan kekayaan daripada beliau untuk disebar luaskan kepada masyarakat. InsyaAllah.

Zulkifli
Dubai
24 April 2024
15 Syawal 1445H

Ilmu penyuluh hidup. Lagi banyak ilmu, lagi teranglah masa depan. Tanpa ilmu, masa depan nampak gelap. Nak ubah hidup, mulakan dengan obses mencari ilmu dan jangan berhenti belajar. Kalau tak belajar, kehidupan akan mengajar kita dengan lebih banyak kesilapan. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 21 Oktober 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>