MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Inilah Pesanan Terakhir Buat Anak-Anak

April 23, 2024

Pesanan terakhir...

Setiap kali nak out station, saya sentiasa fikir, boleh jadi ini peluang terakhir sampaikan nasihat buat anak-anak.

Pengalaman 2 tahun ditimpa musibah dipenjarakan, membuatkan saya sentiasa bersedia, kalau-kalau ini peluang terakhir... 

Maka saya akan sentiasa titipkan "pesanan terakhir" untuk mereka.

More...

Lepas solat Isyak malam tadi, saya panggil semua anak-anak nak titipkan pesanan sebelum outstation esok.

Saya tanya anak-anak, "Apa pesan pertama yang Papa nak sampaikan?"

Jawab mereka, "Solat...".

Betul... Itulah pesanan yang saya sentiasa ulang berkali-kali...

#1 - Jagalah solat 5 waktu 

Memang kalau ada satu pesanan untuk mereka, pesanan saya cuma satu, "Jagalah solat". Solat tu kemuncak ibadah kita kepada Tuhan.

Solat tu sepatutnya mendidik kita jadi orang baik, mencegah dari buat perkara tak baik; perbuatan dosa, keji dan mungkar.

Kalau solat tak dapat mendidik kita jadi baik, perbaikilah solat. Sejahat mana pun diri kita, solat jangan tinggal...

Dalam konteks berkeluarga, solat itulah yang menyatukan seluruh ahli keluarga.

Waktu solat berjemaah, itu waktu semua ahli keluarga berkumpul. Itulah waktu meeting harian keluarga, dan itulah ruang nasihat menasihati sesama ahli keluarga.

Tanpa solat berjemaah, habislah berterabur seluruh ahli keluarga. Walaupun duduk satu rumah, tapi hidup dalam dunia masing-masing.

Jasadnya dekat, tapi hati sedang berjauhan...

Saya tanya mereka lagi, "Apa pesanan Papa yang kedua?".

Jawab mereka, "Quran"...

Betul... Al-Quran...

#2 - Rutinkan membaca Al-Quran

Bacalah Quran setiap hari. Jangan tinggalkan Al-Quran. Rutinkan baca setiap hari walaupun sedikit. 

Kami rutinkan baca Quran setiap kali lepas solat maghrib berjemaah. Lepas maghrib, masing-masing baca Quran. Untuk adik-adik yang kecil, itulah waktunya mereka belajar baca Quran.

Tak semua anak yang pergi baca Quran lepas maghrib. Tapi kalau saya ada di rumah, saya akan terus duduk baca Quran tempat kami solat sementara menunggu solat Isyak.

Nak membentuk anak-anak, cara paling berkesan; kita sendiri kena tunjukkan contoh. Bukan contoh sekali dua, tapi sampai jadi sebahagian dari diri kita.

Supaya anak-anak tahu, kita cakap apa yang memang kita pun buat.

Pesanan ketiga, "Jagalah hubungan adik beradik".

Kakak sulong saya lantik jadi "CEO". Yang kedua jadi "COO". Mereka berdua bertanggungjawab jaga dan pantau adik-adik sepanjang ketiadaan kami.

#3 - Jaga hubungan adik beradik

Adik-beradik ramai, kalau sentiasa bersatu hati, ia jadi satu kekuatan. Banyak urusan di rumah dan dalam keluarga dapat dibuat dengan mudah dan cepat bila ada "team" yang besar dan bersatu hati.

Masing-masing buat kerja sikit, semua orang akan senang.

Tapi kalau setiap orang tak laksanakan tanggungjawab masing-masing, semua pun akan susah.Nasihat saya yang sentiasa saya ulang, kalau tak dapat bantu memudahkan urusan orang lain, sekurang-kurangnya jangan menyusahkan orang lain.

Makan sendiri, basuh pinggan sendiri.

Tanggungjawab sendiri sentiasa kena buat. Jangan sampai orang lain nak kena ingatkan berkali-kali.

Kalau tak dapat bantu memudahkan orang lain, jangan sesekali menyusahkan.

Keempat dan terakhir, "Pastikan pergi sekolah setiap hari dan ambil peluang waktu remaja untuk dapatkan ilmu sebanyak mungkin".

#4 - Obseslah menuntut ilmu ketika muda

Kalau ada ilmu, orang sanggup bayar mahal untuk hasil kerja dan idea kita. Cakap kita bernilai tinggi. Bahkan orang akan tulis kata-kata kita sebab kata-kata jadi mutiara untuk hidup mereka.

Tapi kalau tak ada ilmu, cakap kita tak ada harga. Bahkan cakap kita mungkin jadi sampah bagi orang lain.

Bila cakap sampah, hanya mereka yang 'sampah' sahaja yang jadi circle (kawan-kawan) kita. Orang yang baik-baik dan bagus akan menjauhkan diri dari kita.

Maka hidup akan semakin susah gara-gara berada dalam circle yang tak mendorong kita untuk terus maju.

Nasihat saya, pergi sekolah bukan nak lulus exam. Tapi nak dapatkan ilmu yang akan kita gunakan sampai akhir hayat hidup kita.

Satu jam dengar cikgu mengajar dalam kelas, tak akan sama dengan 10 jam belajar sendiri.

Nak upgrade diri jadi lebih baik, kena obses menuntut ilmu.

Kita nak mati dalam keadaan diri kita dalam versi yang paling baik. Sebab kehidupan sebenar kita bermula pada hari kematian kita.

Kehidupan sebenar bermula pada hari kematian

Cara hidup kita akan menentukan cara mati kita. Cara mati kita tu akan menentukan kehidupan kekal kita di Akhirat nanti. Kehidupan yang tak akan mati lagi...

Nak berjaya masuk Syuga, kena ada ilmu; kefahaman yang mendalam tentang agama.

Waktu muda lah waktu terbaik nak tuntut ilmu. Cara paling mudah, pergi sekolah dan dapatkan ilmu sebanyak mungkin di sekolah...

Kalaulah ini pesanan terakhir saya untuk mereka, mudah-mudahan mereka pegang betul-betul nasihat ni supaya mereka berjaya di dunia, dan seluruh ahli keluarga kami berjaya disatukan kembali di tempat yang paling baik satu hari nanti - Syurga.

Amiin ya Rabbal Alamiin...

"Wahai Tuhanku... Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

(Surah Ibrahim 14 : 40

Zulkifli
Cyberjaya
23 April 2024
14 Syawal 1445H

#TipIbubapa #TabahHadapiMusibah

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>