MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ruangkan Waktu Dengar Apa Yang Anak-anak Nak Luahkan

March 4, 2024

Ajak anak keluar untuk sembang 1-1. Sembang berdua je.

Sabtu lepas, anak saya tanya, "Papa ada masa tak?" untuk dia bercakap kepada saya. 

Tapi Sabtu tu saya sibuk seharian training #PGLeadershipTraining yang diikut secara live oleh hampir 1000 dealer #PublicGold dari suluruh Asia Tenggara.

Jadi saya cakap "kita sembang esok lah ya".

More...

Keluar berdua dengan anak

Saya pun ajak dia keluar sekali hari semalam sambil appointment. Ada 2 appointment bisnes. Satu di Cyberjaya, lagi satu di KL Sentral.

Semalam baru saya dapat baca apa yang dia nak cakap kepada saya. Dia dah tulis siap-siap 10 point dalam buku tulis dia. Dari hal hubungan dengan ahli keluarga di rumah sampailah hal dia di sekolah.

Saya baca semuanya dan terus bagi feedback.  

Anak saya yang ni introvert. Apa yang dia nak sampaikan tu dapat difahami dengan jelas bila dia tulis, tanpa ada yang tertinggal.

Agak tersentuh hati bila dia cakap dia nak jadi lebih baik dan perlukan bimbingan kami, tapi Papa dan Mama sibuk katanya. Sibuk dengan bisnes, sibuk dengan adik beradik dia yang ramai. 

Kami tak sentiasa ada masa kondusif untuk cakap secara personal dengan setiap anak-anak. 

Waktu khusus dengar luahan anak

Ada perkara setiap anak nak bercakap secara peribadi, tanpa pengetahuan adik beradik dia yang lain.

Jadi bila dia nak cakap personal, saya kena ruangkan masa khusu untuk dengar apa yang dia nak cakap. 

Alhamdulillah... Lepas ruangkan masa dengan dia, barulah saya dapat faham apa yang terbuku dalam hati dan fikiran dia.

Saya akan support dia dan improve diri saya juga untuk jadi bapa yang lebih baik. InsyaAllah. 

“...Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami yang menjadi penyejuk mata kami (melihatnya), dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

(Surah Al-Furqan 25 : 74)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>