Musim raya ni, orang kecoh share tentang anak-anak rosakkan barang di rumah orang waktu beraya.
Sebagai tuan rumah, kalau nak jemput tetamu datang rumah beraya, lebih baik sorokkan siap-siap semua barang berharga dan yang mudah pecah.
Sebab anak kecil ni perangai macam-macam.
More...
Saya ada 8 orang anak. Seorang anak istimewa - autistik.
Kekadang ibubapa bukan tak kawal anak-anak. Tapi bila beraya ni maklum la kan. Bila jumpa dan bersembang sampai tak ingat...
Kawal Anak-anak Sendiri
Bagi kita yang ada anak kecil... Kalau datang rumah orang yang ada banyak perhiasan yang membuatkan anak-anak kita tak senang duduk, beraya sekejap jer sudah.
Lepas tu minta diri untuk balik cepat-cepat.
Anak-anak kecil ni cuma tahu pasal diri dia jer.
Mereka tak boleh faham perspektif dan perasaan orang lain. Mereka belum ada kemampuan untuk fikir macam orang dewasa.
Kalau dia terbuat salah dan kita hukum dia pada apa yang bukan niat dia untuk rosakkan barang orang, ataupun hukum dia atas apa yang dia belum ada upaya untuk fikir, kita sebenarnya menzalimi mereka dan membuatkan mereka keliru...
Bahkan boleh membantutkan keyakinan diri dia.
Sebab dia dihukum atas apa yang dia tak faham kenapa dia dihukum...
Fahamkan Kesan dan Akibat Dulu
Setakat apa yang saya faham, tak wajar ibubapa hukum anak-anak, kecuali pada perkara yang dia sudah tahu kesan dan akibatnya. Jangan sesekali hukum apa yang dia tak faham atau tak sengaja.
Saya pun rotan juga anak-anak.
Tapi kalau sampai kena rotan tu, maksudnya memang itu dia pilih untuk kena rotan!
Kali pertama buat salah. Saya beritahu itu salah. Jangan ulang lagi.
Kali kedua ulang perkara sama, saya tinggikan suara dan bagi last warning... "Kalau buat lagi lepas ni, tunggu... Papa akan rotan"...
Dan saya confirmkan yang mereka faham mereka akan kena rotan kalau ulang lagi sekali.
Kali ketiga buat lagi, memang confirm kena rotan pada tapak kaki. Kalau saya janji sebat 10 kali, memang saya akan sebat 10 kali.
Tak ada diskaun!
Kalau saya cakap akan rotan, memang saya akan rotan. Supaya mereka tahu, apa yang kita cakap, pasti kita akan buat.
Dalam mendidik anak-anak, sikap kita mesti "predictable" di mata mereka.
No play play...