MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Exam Tak Cemerlang, Peluang Anak Kita Belajar Untuk Bangkit!

January 14, 2024

Masa pergi ambil result anak UPSR tahun 2016 dulu, tengok result Aisyah (anak sulong saya)... Tak ada satu pun dapat A... Tapi saya ucapkan, “Alhamdulillah. Tahniah Aisyah... Tak apa, usaha lagi. Malam ni Papa Mama belanja kek kesukaan Aisyah!”.

Saya tengok kawan-kawan dia kebanyakkan air muka tak ceria. Daripada 300 pelajar darjah 6 (SK Damansara Damai 1), hanya seorang yang dapat 6A. Aisyah pulak tak ada satu pun subjek dia dapat A. 

More...

Kena rasa jatuh bangun supaya dia kuat

Walaupun kami selalu beritahu dia, kami tak kisah Aisyah dapat berapa A, tapi suasana di sekolah masa tu membuatkan dia turut sama sugul bersama kawan-kawan dia.

Kami tak kisah sebenarnya... "A" bagi kami suami isteri hanyalah bonus. Kami ada perancangan lebih baik untuk anak-anak.

Dari sudut kerjaya masa depan, kami nak mencorakkan mereka jadi pemilik bisnes (macam kami). Mereka bukan cari kerja, tetapi sediakan peluang pekerjaan kepada orang lain. InsyaAllah...  

Untuk jadi pemilik bisnes, dia kena berfikir berbeza dari orang lain. Dia kena kental... Dia kena rasa jatuh bangun berkali-kali supaya dia kuat... Sebab dunia bisnes sentiasa ada turun naik... Ibarat belajar di luatan yang gelombangnya tak menentu...

Masa dia belajar, biarlah dia dapat B dan C... Biarlah dia rasa jatuh... Biarlah dia buat silap masa dia tengah belajar.... Itu bukan pengakhiran. Tapi satu latihan... Satu permulaan...

Itulah peluang untuk kami guide dan bentuk dia cara berfikir yang betul atas setiap pengalaman yang dia lalui... Supaya setiap kali dia jatuh, dia tahu dia tahu BANGKIT balik untuk jadi WINNER pada masa depan! InsyaAllah.

Kegagalan masa lalu, kejayaan hari ini

Biar dia belajar daripada pengalaman tu...

Hidup ni pasti ada jatuh bangunnya. Saya sendiri jatuh banyak kali... Saya sendiri banyak kali buat silap... Masa belajar di sekolah, saya sendiri pernah dapat kedudukan terakhir dalam kelas!

Tapi itulah kehidupan... Ada jatuh bangun...

Semua jatuh bangun dalam hidup tu bukanlah keburukan, tapi membuatkan kita jadi lebih kuat dan baik. InsyaAllah...

“Tak apa Aisyah, kekalkan akhlak yang baik... Jaga hubungan dengan Tuhan... Berusaha lagi dan jangan sesekali putus asa... Papa dan Mama percaya Aisyah jadi orang yang berjaya pada masa depan, insyaAllah...”

Itulah nasihat yang saya titipkan pada tahun 2016, masa dia tengah kecewa...

Lepas beberapa tahun, syukur alhamdulillah... Walaupun result UPSR dia dulu dianggap menyedihkan, Aisyah ni antara top student ketika di sekolah menengah (SPM), dan juga di kalangan kawan-kawan sepengajian dia di universiti...

Mungkin sebab kami dah persiapkan dia dengan mindset yang betul tentang belajar... Result exam bukanlah segala-galanya. Ia cuma sekeping kertas sahaja... 

Fokus tingkatkan diri, bukan sekadar sijil

Bila belajar, yang penting kena fokus tingkatkan kualiti diri dia; mindset kena upgrade, ilmu dan pengalaman kena bertambah, sikap, tabiat, rutin harian kena perbetulkan. Itulah yang akan menentukan masa depan setiap kita... InsyaAllah...

Hakikat belajar di universiti, ia bukan sekadar tentang result exam dan sekeping sijil... Tapi kualiti diri dia...

Belajar disiplin dia dalam mencari ilmu, belajar pengurusan diri yang baik, aktif terlibat dalam aktiviti berpersatuan, sentiasa ke depan bila ada peluang jadi pemimpin, ataupun peluang bercakap di depan...

Ia tentang kualiti diri kita, bukan sekeping sijil...

Kalau anak-anak dapat result kurang memberangsang, jangan sesekali bunuh semangat dia untuk belajar dan terus berusaha... Tanggungjawab kita ibubapa untuk mendorong mereka.

Hakikat di sebalik pendidikan anak-anak, sebenarnya Tuhan menguji kita sejauh mana kita jadi ibubapa yang lebih baik untuk pastikan anak-anak kita berjaya... Bukan sahaja untuk mereka (anak-anak)...

Zulkifli
Cyberjaya
14 Januari 2024
3 Rejab 1445H


Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>