MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pelajar Tercorot, Akhirnya Memimpin Organisasi Yang Besar

September 20, 2023

"This is the amazing new Zul berbanding zaman sekolah dulu", kata kawan saya, Tuan Faiz Sahri, Founder "I Love Quran" dalam posting beliau di Facebook.

Minggu lepas kami mengopi sekitar sejam. Setelah lebih 25 tahun tak berjumpa (sekadar ikuti perkembangan melalui medsos), akhirnya kami dapat bersua muka. Beliau minta pendapat saya tentang strategi bangunkan team untuk syarikat beliau.

More...

Malu dengan kawan-kawan sekolah

Sebenarnya saya sentiasa rasa malu dengan kawan-kawan sekolah Kolej Islam (KISAS), Klang. Mereka orang baik-baik dan hebat-hebat. 

Sejak tamat sekolah SPM 1997 dulu, tak pernah sekali pun jejakkan kaki ke sekolah untuk reunion dan sebagainya. Rasa malu dan rendah diri tak boleh dibuang sampai sekarang. 

Pernah dapat kedudukan paling akhir dalam kelas paling akhir di sekolah 'paling pandai'!... Pernah masuk kelas pemulihan untuk beberapa subjek SPM! 

Walaupun keputusan SPM saya agak baik juga (berbanding pelajar sekolah lain), tapi rasa rendah diri tu terbawa-bawa sampai ke universiti.

Kena 'henyak' untuk grow

Sampailah kena 'henyak' dengan senior-senior supaya saya bangkit dan yakin pada diri sendiri. 

Kena paksa jadi imam.

Kena paksa ke depan bagi tazkirah di surau dan masjid.

Kena paksa bertanding jadi ahli majlis perwakilan pelajar.

Kena paksa sampaikan public speaking di depan pensyarah dan pelajaran dalam dewan besar universiti.

Kena paksa jadi exco dan presiden persatuan...

Paksa, paksa, paksa, sampailah saya sudah terbiasa!... Alhamdulillah...

Jati diri dibentuk oleh circle

Mungkin dari situlah saya mula keluar dari kepompong rasa rendah diri tu...

Pengalaman mahal itulah yang banyak bentuk siapa diri saya pada hari ini. Dari pelajar yang corot, sampai dapat memimpin organisasi sebesar G100 - network terbesar dealer Public Gold. Hari ni sudah ada lebih 3,000 dealer aktif dan 400,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara. Alhamdulilah...

Terima kasih kepada senior, guru-guru, murabbi dan mentor-mentor yang banyak membentuk saya sampai hari ini... 

Tanpa mereka, mungkin saya masih menyorok dalam kepompong saya sendiri...

Moga Tuhan merahmati kalian semua... Amiin...

Zulkifli
Cyberjaya
20 September 2023
5 Rabiul Awwal 1445H

#MembangunDiri #TabahHadapiMusibah

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>