MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ikat Perut 3 Tahun Pertama Kalau Nak Bisnes Berkembang

September 20, 2023

3 tahun kami ikat perut. Hasil bisnes kami tak sentuh langsung. Apa pun bisnes yang saya dan isteri jalankan, memang itulah cara saya jaga duit bisnes dari dulu.

Sampai pernah satu ketika isteri saya tanya, "sampai bila kita boleh sentuh duit bisnes ni Bang?". Tegar menabung sampai tak sentuh untuk apa?...

More...

Jangan cantas hasil bisnes

Sebenarnya setiap keuntungan dari bisnes, saya fokus reinvest (laburkan semula) - untuk kembangkan lagi modal pusingan bisnes. Bermula modal kecil, kami rolling duit tu berkembang sampai jadi jumlah yang besar.

Banyak orang buat silap; bila dapat hasil bisnes, dia terus 'tarah' duit tu!

Bisnes baru nak bertunas, dia terus cantas! Belum apa-apa lagi dah reward diri sendiri (kononnya).... Itulah sebab bisnes tak berkembang. Tak boleh sabar...

Bila tak nampak hasil (dari penat lelah), kita akan mudah give-up...

Jadi pada peringkat permulaan, kita tak boleh sentuh duit bisnes. Duit bisnes adalah duit bisnes - digunakan hanya untuk tujuan bisnes.

Fokus kembangkan modal

Perbelanjaan peribadi, guna duit gaji dulu.

Masa income bisnes masih di bawah RM1,000 sebulan, 100% keuntungan saya gunakan untuk tambah modal pusingan bisnes; tambah stok, tambah duit tunai untuk "buy back" (bisnes emas). 

Dengan kata lain, tambah tabungan.

Duit tu tak sentuh langsung untuk kegunaan peribadi.

Bila income konsisten 4 angka sebulan, 50% saya gunakan untuk terus tambah modal pusingan bisnes, lagi 50% saya reinvest (laburkan semula) untuk upgrade bisnes jadi lebih baik; upgrade ilmu, bina networking, buat marketing, dan tentunya upgrade tools (alatan) yang sesuai.

Laburkan semula ke dalam bisnes

Daripada pakai handphone biasa (satu ketika dulu), saya upgrade pakai smart phone. Daripada internet cuma di rumah, saya mula subscribe mobile internet.

Saya juga lengkapkan alat kerja di home office saya, dan beli Macbook Air supaya mudah saya buat bisnes di mana-mana. Dalam kontek sekarang, upgrade toolset untuk hasilkan konten lebih baik.

Mulakan bisnes dengan apa yang ada di tangan. Lepas tu upgrade sikit-sikit. Semua tu saya guna duit hasil bisnes, bukan sentuh duit gaji.

Sampailah saya resign (letak jawatan) dari kerja makan gaji, barulah saya gunakan duit hasil bisnes untuk ganti duit gaji (untuk perbelanjaan keluarga), dan selebihnya saya mula gunakan untuk beli hartanah.

Modal kecil > kembangkan modal > bisnes berhasil > beli hartanah!

Mulakan bisnes tanpa hutang

Masa bermula, saya tak mulakan dengan hutang. Mula dengan modal yang ada di tangan sahaja.

Kalau tak cukup modal, saya akan berhutang dari "dana bisnes" kami yang lain sebagai "advance" untuk dijadikan modal pusingan bisnes baru. Kami berhutang dengan diri sendiri.

Bila bisnes yang baru dah mula berhasil, kami pulangkan balik duit "advance" tu.

Syukur pada Tuhan... Bisnes kami yang nilainya sekarang sudah jutaan ringgit sebenarnya kami cuma mulakan dengan modal pertama RM400 sahaja! Alhamdulillah...

Biar bermula dengan kecil, tapi cita-cita kena besar.

Belajar dulu kembangkan duit kecil, lama-lama kita akan pandai kembangkan duit lebih besar. InsyaAllah.

Belajar urus duit kecil dulu

Nak mulakan apa bisnes sekalipun, jangan sesekali berhutang. Dan jangan sesekali mulakan dengan modal yang besar.

Mulakan dengan modal yang kita sanggup hangus. Test kedalaman air dulu sebelum terjun.

Pn Ainon (guru bisnes) sarankan modal bisnes pertama jangan lebih RM2,000. Supaya kalau duit tu terbakar, tangan kita tak hangus terbakar sekali!

Siapa yang tak pernah belajar urus duit kecil, dia berisiko jatuh lingkup kalau dia terus bermula dengan modal yang besar.

Kalau tak tahu kembangkan duit RM1,000 supaya jadi RM10,000, mustahil duit pinjaman bank RM10,000 tu dia pandai kembangkan jadi RM100,000 dalam bisnes!

Hati-hati...

Zulkifli
Cyberjaya
20 September
5 Rabiul Awwal 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>