MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Emas Sebagai Medium Transaksi Alternatif Bagi Duit Kertas

April 3, 2024

"Amerika simpan emas, kita simpan kertas".

Kuasa besar dunia tu simpan emas sebagai rizab terbesar bank pusat mereka. Tapi malangnya, banyak negara di dunia simpan duit kertas Dollar Amerika sebagai rizab terbesar negara!

Macam ada sesuatu yang tak kena...

More...

Kita dah dengar banyak tentang konspirasi di sebalik penciptaan DUIT KERTAS (wang fiat), tapi kita tak ada upaya nak mengubahnya. 

Walaupun kita tak boleh ubah sistem kewangan dunia (dan negara), tapi kita boleh ubah sistem kewangan kita sendiri. 

Duit kertas bukan untuk disimpan

Sistem duit kertas asalnya dicipta untuk memudahkan transaksi, bukan untuk disimpan.

Orang zaman dulu serahkan emas simpanan mereka kepada gold smith, kemudian gold smith berikan mereka 'resit'. Untuk memudahkan transaksi, mereka tak perlu bawa emas, tapi gunakan resit itu sahaja untuk transaksi jual beli.

Bila-bila masa mereka nak balik emas, tebus sahaja daripada gold smith. 

Itulah asalnya penciptaan duit kertas.

Sampai satu zaman, orang dah lupa, asal duit adalah emas. Bahkan sejak 1971, duit kertas langsung diputuskan terus hubungannya dengan emas.

Itulah sebab kenapa Robert T. Kiyosaki gelarkan dia "fake money" (wang palsu).

Jadi macam mana nak kembalikan emas sebagai duit?

Cara kembalikan emas sebagai duit

Menurut Sheikh Imran Hosein, untuk kembali jadikan emas sebagai medium transaksi (menggantikan duit kertas), usaha kena bermula dari bawah. Iaitu dengan membudayakan masyarakat menjadikan emas sebagai simpanan - menggantikan simpan wang dalam akaun bank. 

Masyarakat masing-masing kena ada emas dulu.

Bila masyarakat dah menyimpan emas, waktu tu emas boleh digunakan sebagai alat untuk pembayaran alternatif kepada wang kertas.

Nak beli barang, bayar dengan emas. Nak jual barang, terima dalam bentuk emas. 

Dan memang dah banyak case study, orang gunakan emas sebagai alat pembayaran.

Nak ubah sistem hari ni, memang memakan masa - mungkin beratus tahun. Tapi asasnya, kena budayakan masyarakat supaya menabung emas dulu.

Simpan 3 bulan gaji, selebihnya beli emas

Kalau duit simpanan jangka panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas), tukarkan kepada emas.

Simpan duit kertas cukup-cukup untuk dana kecemasan 3 bulan gaji, dan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat sahaja. Selebihnya, tukarkanlah kepada emas.

Selagi duit kertas terus dicetak oleh pemerintah, harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang.

Sistem ekonomi duit kertas (yang nilainya tidak disandarkan kepada emas) itu sendiri menyebabkan nilai duit semakin susut dan kos sara hidup semakin meningkat. 

Jadi hasil titik peluh tu, jangan dibiarkan lama-lama dalam bentuk kertas. Sebaliknya tukarlah kepada emas.

Emas adalah WANG yang sebenar...

Duit kertas hakikatnya bukanlah WANG, tapi cuma MATAWANG sahaja... Ia cuma sekeping kertas yang dicipta daripada pokok kayu yang kemudiannya dipaksakan nilai ke atasnya sahaja...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
3 April 2024
23 Ramadhan 1445H


Negara penyimpan emas terbesar dunia sehingga Mac 2024 (Sumber : Wikipedia)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>