Emas bukan barang keperluan, sama macam duit kertas juga. Ia hanyalah penyimpan nilai dan dijadikan medium transaksi sahaja.
Kalau berlaku kegawatan ekonomi, orang tak perlukan duit. Tapi perlukan barang keperluan untuk terus hidup.
Duit atau emas tak berguna lagi waktu tu. Macam bencana banjir berlaku di Kelantan pada Disember 2014. Yang menenggelamkan sebahagian besar kawasan di negeri Kelantan. Sampai lumpuh semua aktiviti.
Pada masa tu, kami sekeluarga pun terperangkap selama 5 hari.
Di saat terputus hubungan dengan dunia luar, kami tak perlukan duit. Tapi kami perlukan barang keperluan, macam makanan, lilin, susu anak, pampers dan lain-lain keperluan termasuk petrol - untuk motosikal bergerak bagi memerhati perkembangan banjir (sebab tak ada line telefon, TV, radio dll).
Ada handphone pun tak boleh guna sebab habis bateri dan tak ada elektrik untuk caj.
Ketika duit tak bernilai
Dalam keadaan gawat tu, duit (atau emas) tak begitu ‘bernilai’ bagi kami. Kami sanggup bayar harga mahal untuk dapat barang keperluan.
Kami nakkan barang keperluan, bukan nak duit. Kalau ada duit banyak sekalipun, banyak pekedai runcit tak jual barang-barang di kedai mereka. Barang-barang yang masih berbaki tu ‘rizab’ mereka sekeluarga kalau-kalau banjir terus berpanjangan.
Dalam keadaan macam tu, sangat susah nak dapatkan barang keperluan.
Nak dapatkan bekalan petrol sahaja, saya kena berkayuh basikal meredah banjir sejauh 30 kilometer dari kampung Tendong (Pasir Mas)!
Saya kayuh basikal menghala ke Kota Bharu, tapi kebanyakkan jalan raya dah ditenggelami air. Saya terpaksa tukar arah ke Ketereh.
Bila sampai di stesen Shell Ketereh, stesen tu pun kehabisan minyak!
Kalau saya nak dapatkan juga bekalan petrol, saya kena berkayuh lagi sekurang-kurangnya 30 kilometer untuk dapatkannya di Pasir Puteh!
Terpaksa bayar 4 kali ganda
Dalam keadaan buntu tu, tiba-tiba saya ternampak dua remaja bermotosikal tengah bawa segalen petrol. Mereka baru balik daripada beli petrol tu di Pasir Puteh.
Kalau nak ke Pasir Puteh juga, saya dah tak larat nak berkayuh lagi.
Kebetulan dalam poket saya cuma ada RM45. Saya panggil remaja tu dan bayar RM40 hanya untuk segalen petrol, walaupun harga sebenarnya tak sampai pun RM10!
Walaupun harganya terlalu mahal, tapi masa tengah susah nak dapatkan barang keperluan, duit tak begitu bernilai. Berapa sahaja harganya, kita sanggup membayarnya.
Itu situasinya kalau duit masih bernilai. Tapi dalam situasi matawang tak lagi bernilai, ia sedikit berbeza.
Sudahlah nak dapatkan barang pun susah, duit pulak tak bernilai.
Untuk dapatkan barang keperluan, kita tetap kena bayarnya dengan sesuatu yang bernilai sebagai ALAT TUKARAN.
Kalau duit tak lagi bernilai, apakah alat tukaran yang diterima oleh semua sebagai sesuatu yang bernilai?
Tentunya emas (dan perak).
Emas Sebagai Alat Tukaran
Semua orang pada setiap zaman percaya emas adalah barang bernilai.
Sudah ribuan tahun orang gunakan emas sebagai duit. Dan ia tetap akan bernilai lagi ribuan tahun.
Ia boleh dipecah-pecahkan mengikut berapa kecil pun saiznya untuk dijadikan alat tukaran.
Ia bukan benda baru. Ia telahpun dijadikan penyimpan nilai sejak zaman-berzaman lagi.
Sebab tu pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan, setiap kita kena simpan sekurang-kurangnya 10% daripada nilai kekayaan kita dalam bentuk emas sebagai ‘insuran’ kekayaan.
Kalau berlaku kegawatan ekonomi ataupun politik, penyimpan emas pun akan susah juga. Tapi sekurang-kurangnya simpanan emas tu tak terjejas.
Bahkan, ia boleh digunakan sebagai alat tukaran dan bina semula kehidupan ketika dan juga selepas gawat. Sebagaimana apa yang berlaku kepada penduduk di Rantau Panjang, Kelantan.
Rantau Panjang terletak bersebelahan Sungai Golok (Thailand). Ia antara tempat terawal ditenggelami banjir.
Sekurang-kurangnya 1 atau 2 minggu “supply” keperluan dari luar tak dapat sampai masuk ke kawasan tu. Kedai-kedai kehabisan barang.
Lebih teruk, bank-bank pun ditenggelami banjir dan bekalan elektrik juga terputus. Yang ada duit berjuta sekali pun dalam akaun bank, ia tak dapat dikeluarkan sebab mesin pengeluaran wang (ATM) juga tidak berfungsi!
Jutawan pun jatuh miskin ketiga gawat begitu...
Emas ‘Menyelamat’ Mangsa Banjir
Seorang rakan Facebook saya share pengalaman, katanya ahli keluarga dia dan ramai penduduk Rantau Panjang terpaksa masuk ke Thailand untuk dapatkan barang keperluan.
Tapi malangnya, peniaga Thailand tak terima duit Ringgit Malaysia!
Apa yang mereka boleh buat hanyalah menjual emas-emas mereka di Thailand dan menggunakan duit Thailand tu untuk dapatkan barang keperluan di sana.
Di saat gawat begitu katanya, emas-emas yang rosak dan patah pun bernilai.
Orang Thailand tak terima ringgit, tapi mereka terima emas!
Emas sememang dah terbukti dalam sejarah digunakan sebagai duit antarabangsa.
Ia duit yang tiada sempadan negara dan masa! Ia laku di mana-mana seluruh dunia pada bila-bila masa.
Ketika gawatlah, barulah kita percaya yang emas adalah duit yang sebenar...
saya orng pasir puteh,,banjir 2014..masih dalam ingatan…betul kata tuan zul..selepas banjir,,saya ada pergi ke pasir mas..buat kerja dekat ibusawat telekom pasir mas, bank,kedai makan ,stesen minyak semua tutup..bekalan elektrik belum pulih,,ramai penduduk datang kat ibusawat utk charge handset..tmpt ibusawat jer masih ada elektrik(sbb guna genset)..minyak petrol ada dijual dalam botol 1.5 liter,harga seingat saya RM 20 sebotol..
( duit sudah tidak bernilai)
(emas penyelamat kewangan)
pelarian kemboja datang malaysia bawa emas,,di negeri kelantan,,mereka dah boleh buka kedai pakaian
Terima kasih atas perkongsian pengalaman En. Nain.
Ia pengalaman pahit yang manis untuk dikenang. 🙂
Tidak pernah terfikir untuk simpan sebelum mengenal emas. Sekarang ini bila dah belajar mengenal emas baru tergerak nak simpan emas sebagai aset.
Alhamdulillah.
Salam. Artikel En. Zul memberi keinsafan dan kesedaran kepada saya bahawa adakalanya kita akan diuji oleh Allah. Ada ketikanya wang dan emas pun tidak bernilai. Kita boleh memiliki wang dan emas tetapi jangan pula kita lupa untuk bersedekah. Sesungguhnya bala itu dapat dielakkan dengan bersedekah. Wallahu a’lam.
Wslm. Betul Pn. Syifa.
Terima kasih atas tazkirah bersebut.
Emas juga penyelamat sy untuk membina bisnes dulu..sy membeli emas barangan kemas cincin,gelang,rantai..kemudian gadai.lepas tu tebus balik berterusan buat sampai 2-3 kali setahun.
sy kumpulkan duit dgn cara itu.setahun boleh dapat 5-6 ribu.walaupon ada kawan kata cara itu itu agak rugi,bagi sy yg bergaji cuma 2 ribu pada waktu itu agak berbaloi,memandangkan jika sy mengumpul secara cash paling kuat pon dapat rm300 sebulan…selepas itu sy upgrade sikit simpan emas power gold..public gold x pernah sebab xde kawan yg offer public gold hehe…sy menyimpan hanya untuk gadaikan saja pada tahap ringgit yg sy mahu..kalau ambik asb,duit tu akan lesap xkan dapat balik..simpan emas,duit boleh dipusing lagi.
sehingga kinipun sy masih lagi membeli dan menyimpan emas sebagai modal bergerak sy
Terima kasih tuan Skyfun atas perkongsian pengalaman bermanfaat.
Info yang sangat penting dan bermanfaat! Wajib selalu menyimpan emas.
Saya terbaca mengenai quote Warren buffet semalam. Rupanya ada pandangan Oracle of Omaha ni tentang emas. Sekadar bacaan dan renungan. Baca perlahan sebab artikel ini panjang juga.
http://commodityhq.com/education/top-seven-warren-buffett-quotes-on-gold-investing/
Memang betul tu..mcm ciktom nak kahwin aritu..ada nak guna duit utk persiapan kahwin..nak topup mana xcukup atau backup utk last prep..malas nak kuar duit saving sbb pkir nak hujung thn utk dividen..penyelesaian pajak emas sementara dan alhamdulillah tebus balik lepas kahwin..tahun ni br ada kesedaran nak kumpul emas dlm btk goldbar dan dinar emas..sebelum ni lebih suka beli emas dlm btk emas perhiasan sbb boleh pakai time bosan2. Haha…
Alhamdulillah mas kawin pn dpt dinar emas dr suami ?
Tq En.Zul byk bagi kesedaran pada sy mengenai kelebihan emas.
Alhamdulillah.
Kalau keadaan yang mcam tu, saya pun panik jadinya. Kita akan buat apa sahaja untuk mendapatkan bekalan makanan kalaupun kena byr dgn harga yang mahal
Betul puan.
As salam. Baru terbuka hati nak beli emas di GAP dulu.
Salam tuan zul..
Sy nak tanya 2 perkara..
1.sy nak memulakan simpanan emas dan menjadi dealer..mcm tuan pnh ckp sy jd dealer utk diri sendiri dlu..tp modal yg sy ade adelah kecil iaitu dlm Rm150..adekah program bagus utk sy memulakan langkah?
2.sy ingin belajar utk jd bebas kewangan spt tuan..tp xtau nk mula kat mane..bolehkah sy join dgn group tuan?maklumlah sy ni pengetahuan zero ttg bab2 uruskan kewangan..jd sy ingin bljr mudah2an sy dpt menjadi seperti tuan..
Wslm En. Shakirin,
1. Mulakan simpan emas dulu. Tak perlu jadi dealer. GAP boleh mulakan dengan bajet sekecil 1 gram. Hari ni 1 gram sekitar RM180 +/-.
2. Mulakan dengan ilmu. Saya syorkan baca buku-buku kewangan. Antara yang boleh saya syorkan; (a) buku Zero Hutang tulisan saya, (b) buku Jutawan Dari Planet Jupiter tulisan Azizi Ali, (c) buku Petunjuk Jalan Kekayaan tulisan Chef Li. Pergi cari dan baca buku ni dulu sampai khatam. Nanti insyaAllah jalan untuk bebas kewangan tu lebih cerah, insyaAllah.
Program GAP yg sy mksdkn..
ok.
saya pelajar tahun akhir . mungkin akan bekerja dan peruntukkan gaji untuk menabung emas. terima kasih tuan kerana berkongsi. saya baca yg tuan post dari 2008 memang sgt berguna. terima kasih
Alhamdulillah. Terima kasih juga berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.
Assalamualaikum
Satu perkongsian yg menarik.. saya pembaca setia blog tuan..dan saya juga telah mula dengan menyimpan emas pertama dengan membuat pembelian di Pos Arrahnu. saya juga ingin maklumkan kepada tuan, saya telah membuat pendaftaran online pg dengan meletakkan nama tuan sebagai introducer.
Terima kasih.
Wslm En. Soffian,
Alhamdulillah.
Tahniah sebab bermula.
Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya. Kalau ada apa-apa persoalan, En. Soffian boleh contact saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.
Assalamualaikum, perkongsian yag sgt menarik. mohon share ye tuan zul
Wslm En. Azim,
Alhamdulillah. Silakan share, mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.