MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Emas, Penyelamat Simpanan Kalau Jatuh Bankrap (Muflis)!

September 25, 2013

Tadi ada seorang pembeli emas yang baru sahaja diistiharkan bankrap (muflis) oleh mahkamah. 

Katanya, habis semua aset tunai lain kena beku termasuk saham, unit trust, akaun bank, tabung haji dan duit KWSP. 

Sudah jatuh ditimpa tangga

Biasanya orang bankrap simpan duit dalam akaun isteri tapi sedihnya isteri beliau dah pun meninggal dunia beberapa tahun lepas... 

Sekarang dia tak ada cara lain untuk simpan duit-duit dia melainkan beli emas. Simpan emas dalam safe deposit box sahaja. 

Bila saya jumpa kes sebenar macam ni, saya teringat kata Mike Maloney, katanya, precious metal (logam berharga emas dan perak) satu-satunya aset kewangan yang tak berada dalam sistem kewangan. 

Pendek kata, tak siapa boleh tahu berapa banyak kekayaan yang kita ada kalau simpan dalam bentuk emas dan perak.

Cara terbaik selamatkan kekayaan 

Kerajaan nak bekukan pun tak boleh bila dah bankrap. Kita sahaja yang tahu berapa banyak emas yang kita ada... 

Maka memang benarlah, emas adalah tali hayat terakhir bila runtuhnya kewangan... Samada kewangan peribadi, kewangan negara, mahupun kewangan dunia...

Itulah sebab kenapa pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan kita tukarkan sebahagian tabungan kita kepada emas, sekurang-kurangnya 10% daripada kekayaan kita. 

Kalau apa-apa terjadi, 10% kekayaan kita masih selamat. InsyaAllah...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
25 September 2013
20 Zulkaedah 1434H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>