Nak simpan mudah. Tapi nak keluarkan tak mudah.
Tak ada jaminan duit yang kita simpan di bank tu boleh dikeluarkan.
Saban tahun ada sahaja berita yang kita dengar; pendeposit tak dapat keluarkan duit mereka dari bank. Benda ni banyak terjadi di luar negara (moga tak terjadi di Malaysia).
Terbaru, ianya terjadi di China; pelanggan terpaksa buat tunjuk perasaan untuk keluarkan duit simpanan mereka!
Bila perkara ni terjadi, walaupun simpan duit banyak dalam bank sekalipun, duit tu tak dapat dikeluarkan.
Ya, memang betul... Tak dapat dikeluarkan walaupun itu duit kita sendiri, dan ia duit hasil titik peluh kita sendiri.
Tapi malangnya, bila simpan duit di bank, ianya bukan di bawah kawalan kita 100%. Ia tertakluk kepada kuasa bank dan kerajaan sama ada nak benarkan ia dikeluarkan, dihadkan pengeluaran, ataupun dibekukan!
Risiko Duit Tak Boleh Dikeluarkan

Terkesan dengan arahan beku pengeluaran wang, penunjuk perasaan menuntut untuk mengeluarkan wang simpanan mereka di sebuah bank di Henan, China.
Dah bertahun-tahun saya ingatkan, jangan fikir simpanan duit di bank tu terjamin.
Tahun 2016 dulu, saya pernah tulis artikel apa yang terjadi di Greece ketika mana negara tersebut hadapi krisis kewangan.
Satu perkara yang setiap kita kena ingat, iaitu "tiada jaminan yang terjamin". Walaupun ada cover insuran sekalipun, risiko itu tetap ada. Memang itulah lumrah kehidupan.
Dalam hidup ini apa-apa pun boleh terjadi.
Syarikat yang besar boleh bungkus. Kerajaan yang memerintah boleh bertukar ganti. Bank dan syarikat insuran (yang menyediakan perlindungan) juga boleh jatuh bankrap! Dan semua harta yang sah milik kita juga boleh dibekukan!
Ya, semua harta kita juga boleh dirampas atau dibekukan oleh kerajaan!
Harta Yang Tidak Boleh Dibekukan
Ini kerana semua harta kita direkodkan dalam sistem kewangan negara.
Berapa banyak duit yang kita simpan di bank, kerajaan tahu...
Berapa jumlah hartanah yang kita ada, kerajaan tahu...
Berapa jumlah pelaburan yang kita miliki, kerajaan tahu...
Dan semua harta-harta tu boleh dibekukan pada bila-bila masa, KECUALI emas (dan perak)!
Emas satu-satunya aset kewangan yang tiada (direkodkan) dalam sistem kewangan.

Tidak ada siapa pun yang tahu berapa banyak emas yang kita ada, kecuali kita sendiri yang beritahu. Tak siapa tahu di mana kita simpan emas-emas itu, kecuali kita sendiri yang memberitahunya.
Emas Menyelamatkan Isteri Saya
Sebenarnya, banyak situasi di mana duit dalam akaun bank kita boleh dibekukan.
Selain daripada krisis perbankan ataupun ekonomi, akaun bank kita boleh dibekukan kalau nama kita terpalit masalah scam, penipuan, atau aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Walaupun kita adalah orang yang baik, tapi kalau tersalah langkah, kita juga boleh terjerat dalam isu kewangan ini dan akaun kita boleh dibekukan. Ianya pernah terjadi kepada saya sendiri.
Ketika terjadi musibah saya dipenjarakan pada 30 Oktober 2018 - 2020 (2 tahun), semua akaun bank peribadi saya dibekukan. Duit-duit saya tak dapat dikeluarkan dari akaun bank untuk isteri dan lapan (8) orang anak saya (yang masih kecil) meneruskan kehidupan.
Bahkan sehingga saya menulis artikel ini, masih ada lagi duit dari akaun bank saya yang belum dapat dikeluarkan.
Yang menyelamatkan isteri dan anak-anak saya ketika musibah tu terjadi ialah simpanan emas fizikal yang kami simpannya sendiri.
Untuk survive, isteri saya terpaksa jual (sedikit demi sedikit) sebahagian emas yang saya simpan sejak tahun 2010.
Saranan saya selama ni supaya target simpan emas sampai cukup "1 kilogram 1 keluarga" benar-benar membantu keluarga pada saat getir tersebut. Alhamdulillah....

Kita tidak pernah jangka apa yang akan terjadi kepada kita pada masa depan. Walaupun kita adalah orang yang baik, setiap kita tetap berhadapan dengan risiko duit dan harta kita dibekukan. Jadi kita perlu bersedia.
Tukarkan 10% Kepada Emas
Bila faham tentang risiko ini, setiap kita kena ada aset yang 100% di bawah kawalan kita, iaitu emas (dan perak). TTak yang tahu, dan tak siapa yang boleh gangu-gugat kekayaan kita selagi emas tu ada di tangan kita.
Pada saya tak perlulah semua kekayaan ditukarkan kepada emas. Tapi cukuplah SEBAHAGIAN sahaja sebagai persediaan kalau-kalau perkara yang tidak diingini itu terjadi.
Menurut Pakar Kewangan Tuan Azizi Ali, sekurang-kurangnya 10% kekayaan kita patut disimpan dalam bentuk emas. Kalau apa-apa terjadi kepada kita atau negara kita, kekayaan 10% itu masih kekal bersama kita.
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan... InsyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya
18 Julai 2022
18 Zulhijjah 1443H
- Niat baik makan diri, penasihat kewangan meringkuk dalam penjara - FMT
- Kind act made life a living hell for financial adviser - FMT
- Ibu 8 anak fobia menderma selepas suami dituduh bantu pengganas - FMT
- Penjelasan: Undang-undang kontroversi Sosma - FMT
- Tak mahu undang-undang aniaya orang tak bersalah - Sumberkini.my
- Meeting bersama Timbalan Menteri Undang-undang tentang SOSMA - FB
- Saya seorang yang cintakan keamanan dan kesejahteraan buat negara - FB
- Forum semakan Akta SOSMA - FB
[…] […]
[…] […]
[…] […]
[…] […]
Assalamualaikum tuan.. Saya salah seorg pemegang emas PG.. Saya nk minta pendapat simpan emas di mana selamat.. Simpan sendiri dirumah atau biarkan saja tersimpan di PG.
Wslm En Shahrizal.
Emas terbaik ialah yang sendiri. Kalau nak simpan sendiri, ikut panduan di https://www.mohdzulkifli.com/2011/10/cara-simpan-emas-dengan-selamat.html .