[Kemaskini 6 Mac 2024]
Kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka yang baru nak mula menyimpan emas ialah beli barang kemas untuk tujuan pelaburan. Itu satu kerugian!
Bukan semua emas sesuai untuk tujuan pelaburan.
Barang kemas dikeluarkan untuk tujuan perhiasan (kecantikan), bukannya pelaburan (keuntungan). Harganya mahal, dikenakan kos upah, dan kadar spreadnya sangat tinggi - mencecah 25% - 40%!
Tapi peminat barang kemas tak kisah sebab mereka beli untuk pakai nampak cantik, bukan untuk dapatkan keuntungan. Asalkan nampak cantik, menarik dan berkenan di hati, mereka tak kisah sangat tentang "untung rugi". Yang penting mereka puas hati.
Berbeza kalau beli emas untuk tujuan simpanan ataupun pelaburan.
Kalau beli emas untuk tujuan pelaburan, item terbaik adalah emas berketulanan 999.9, samada dalam bentuk gold bar (jongkong emas) ataupun dinar (syiling emas) sahaja. Bukan barang kemas.
Semak Kriteria Secara Pakej
Walaupun begitu, bukanlah semua gold bar atau dinar itu bagus untuk pelaburan.
Kalau nak beli untuk tujuan pelaburan, jangan main beli sahaja. Kena semak beberapa kriteria penting (secara pakej) supaya dapat memaksimumkan keuntungan bila nak jual emas tersebut suatu hari nanti.
Kriteria pertama, tentunya harga rendah.
#1 – Harga Rendah
Sebelum beli, bandingkan “harga per gram” emas tersebut dengan beberapa pengeluar emas FIZIKAL yang lain. Harga setiap pengeluar kita boleh semaknya terus daripada website setiap pengeluar tersebut.
Pastikan harga emas tersebut lebih rendah berbanding harga kedai emas yang menjual barang kemas perhiasan. "Harga per gram" emas pelaburan selalunya lebih rendah sekitar 10% - 15% berbanding harga emas di kedai emas.
Walaupun begitu, harga yang dipaparkan selalunya bukan harga keseluruhan. Ada caj lain lagi yang mungkin dikenakan (atau perlu dikeluarkan) untuk pastikan emas itu sampai ke tangan kita.
Jadi sila kenalpasti juga beberapa caj lain, antaranya;
- "Kos upah" pembuatan atau caj premium (kos cetakan).
- Cukai barangan dan perkhidmatan (SST) - jika ada
- Caj kiriman / pos (untuk pembelian secara online)
- Kos lain yang berkaitan seperti petrol, tol, parking, masa dan sebagainya untuk dapatkan emas tersebut.
Setelah ambil kira kesemuanya, barulah dapat tahu sama ada berbaloi ataupun tidak beli emas tersebut sebagai pelaburan.
Selain faktor harga, ada beberapa kriteria lain yang perlu dipertimbangkan. Ingat, harga paling murah belum tentu ianya paling untung. Harga paling murah, mungkin jualnya pun nanti murah juga...
#2 – Kadar Spread
Kriteria kedua yang kena pertimbangkan ialah "spread" (selalu disalah-fahami sebagai "susut nilai").
Ia bukanlah "susut nilai" sebagaimana istilah yang sering disebut di dalam masyarakat, tetapi ia adalah kadar perbezaan antara DUA HARGA SEMASA, iaitu "HARGA JUAL" dan "HARGA BELI" - sebagaimana kita berurusan dengan money changer.
Ia sesilih harga - "harga jual" dan "harga beli" semasa.
“Harga Jual” maksudnya harga mereka (penjual) jual emas itu kepada kita. “Harga Beli” maksudnya harga mereka beli semula daripada kita kalau kita nak jual balik.
Kalau di website Public Gold, sentiasa ada dua harga iaitu “PG Sell” dan “PG Buy”.
Jadi bila nak BELI emas, kita kena semak “Harga Jual” (PG Sell). Bila nak JUAL balik emas tu kepada mereka, semak “Harga Beli” (PG Buy) di website pengeluar emas tersebut.
Jangan terbalik!
Berdasarkan pengalaman saya, spread emas pelaburan yang baik mestilah 10% dan ke bawah. Kalau lebih 10%, baik lupakan sahaja emas tersebut. Banyak lagi emas lain yang spreadnya di bawah 10%.
Lagi rendah (atau nipis) spread itu lebih baik.
Spread itu akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang bakal kita dapat apabila harga emas naik.
Lagi nipis spread, lagi cepat dan lagi besarlah kadar keuntungannya.
Harga Di Kedai Emas
Kalau di kedai emas, mereka cuma paparkan satu harga iaitu “Harga Jual” sahaja. Mereka tak paparkan “Harga Beli” sebab pembeli barang kemas selalunya beli untuk perhiasan, bukan untuk dijual balik macam emas pelaburan.
Kalau nak jual balik, biasanya pekedai emas akan tolak 25% hingga 40% berbanding harga jual semasa.
Itu antara sebab utama kenapa barang kemas kurang sesuai dijadikan pelaburan. Spreadnya sangat-sangat tinggi! Takut ‘menangis’ bila nak jual nanti...
Satu perkara lagi yang kena faham tentang spread ini, walaupun harga emas sentiasa berubah-ubah, kadar spread adalah tetap.
Ia cuma berubah bila berlaku perubahan extreme dalam pasaran emas seperti kerajaan mula kenakan cukai, pergerakan harga yang sangat ekstrim dan sebagainya.
Kadar spread sebenarnya adalah kadar keuntungan penjual emas bagi membiayai kos operasi bisnes dan sebagainya.
#3 – Stok Tiada Had
Harga dah cantik, spread pun rendah... Tapi isu yang dihadapi oleh kebanyakkan pekedai emas ialah stok!
Mereka boleh tunjukkan harga yang paling rendah dan spread yang sangat nipis... Tapi persoalannya, adakah mereka boleh supply stok emas yang cukup, terutamanya sekali ketika harga emas jatuh mendadak?!
Apa yang sering terjadi, banyak pengeluar yang boleh jual emas bila harga emas tengah tinggi. Tapi bila harga emas jatuh, banyak pengeluar tak boleh jual dengan alasan standard “tak ada stok”!
Kalau nak beli juga, kita kena tunggu harga emas naik tinggi balik. Ini memang merugikan kita sebagai pelabur emas.
Sepatutnya, itulah waktu terbaik untuk beli dengan jumlah yang lebih banyak supaya dapat maksimumkan keuntungan!
Ia sangat malang khususnya bagi pelabur emas dengan jumlah yang besar. Walaupun harga tengah rendah, mereka terpaksa ‘melopong’ sahaja tengok harga murah tersebut!
Apa yang saya perhatikan sejak tahun 2010, satu-satunya pengeluar emas yang mampu supply emas tanpa had kepada pelabur runcit di Malaysia sehingga ke hari ini hanyalah syarikat Public Gold Marketing Sdn. Bhd. (ringkasnya dipanggil “Public Gold”).
Public Gold mampu supply emas tanpa had. Hatta kalau nak beli emas 100 kilogram sekalipun, Public Gold mampu supply dan mampu sediakan stok tu dalam tempoh yang munasabah, walaupun harga emas jatuh mendadak!
Apa yang lebih menarik, Public Gold ada sistem ‘lock harga’.
Kita boleh booking emas mengikut ‘real-time’ harga emas dunia. Kalau harga emas jatuh mendadak pada pukul 12.00 malam, kita boleh booking pembelian mengikut harga pukul 12.00 malam itu.
Lepas selesaikan bayaran, Public Gold boleh hantarkan emas tersebut terus kepada kita menggunakan servis pos berinsuran (dijamin selamat), atau buat appointment untuk ambil emas di branch terdekat - bagi item emas yang tak cover insuran, iaitu item gold bar 50 gram dan 10 dinar (42.5 gram) ke atas.
Bagi saya, fasiliti ini sangat mesra pelabur (investor-friendly). Ia membolehkan kita jana keuntungan maksimum daripada pelaburan emas. InsyaAllah.
#4 – Cawangan Jual Beli Banyak
Harga emas rendah, spread nipis, dan stok pun ada. Tapi kalau kita terpaksa memandu sampai 100 kilometer hanya semata-mata nak dapatkan stok emas, ianya tak berbaloi...
Proses beli dan jual yang menyusahkan tersebut membuatkan kos memiliki emas jadi yang lebih tinggi; kos petrol, tol, ataupun kos habis masa.
Jadi salah satu faktor penting untuk memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas ialah pilih pengeluar emas yang mempunyai cawangan jual beli yang banyak - supaya proses jual beli lebih mudah dan menjimatkan kos berkaitan yang lain.
Mudah untuk dapatkan emas, dan mudah juga untuk menjualnya kembali.
Ada sebahagian pengeluar emas yang ada sistem ejen. Tapi untuk memaksimuman keuntungan, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada ejen. Komitmen ejen tak menentu, terutamanya bila nak jual balik emas tu nanti.
Pemerhatian saya, banyak ejen boleh jual emas tetapi tak banyak yang mampu beli bila kita nak jual emas tu balik - sebab ejen tak cukup modal. Jadi, kita tetap kena berurusan dengan cawangan syarikat pengeluar tu sendiri.
Jadi cara terbaik, pilihlah jenama emas yang mudah dibeli, dan mudah dijual.
#5 – Syarat Jual Balik Tak Cerewet
Ini syarat paling penting apabila nak jual emas tu nanti. Sebelum beli, kenal pasti dulu syarat yang diletakkan oleh pengeluar untuk beli balik emas tu nanti.
Ada pengeluar yang letakkan syarat kena bagi resit belian asal untuk dapat harga lebih tinggi.
Ada pengeluar yang letakkan syarat, kondisi emas itu mesti kekal cantik sebagaimana asal tanpa sebarang kerosakan pada pembalut plastik (seal) ataupun pada emas itu sendiri. Kalau ada kecacatan, mereka tak akan beli balik, ataupun ataupun mereka hanya beli balik dengan potongan harga yang banyak!
Penjual-penjual emas yang paling cerewat ialah bank! Banyak bank tak beli balik emas kalau kita dah keluarkan emas fizikal (dari akaun emas mereka). Bahkan hampir kesemua bank tak akan beli balik kalau kondisi emas tu rosak atau hilang resit pembelian asal.
Kalau pengeluar asal tak beli balik, kita terpaksa jual ke mana-mana kedai emas dengan spread 25% hingga 40%! Aduh... Menangis la...
Emas yang paling baik ialah emas yang pengeluarnya jamin beli balik tanpa banyak syarat.
Kalau emas tu calar (yang selalunya disebabkan ujian ketulenan semasa proses pajakan) atau plastik pembalutnya terbuka, pembekal tu jamin beli emas tu balik dengan harga tinggi.
Bukan semua pembekal emas jamin beli semula emas yang mereka jual.
Pernah ada satu kes, seorang pembeli emas menghubungi saya; dia beli emas daripada satu pembekal di Malaysia dengan nilai RM2 juta. Pembelian itu dibuat dengan alasan itulah emas yang termurah katanya. Tapi waktu dia nak jual balik emas itu kira-kira 2 tahun selepas itu, supplier tak beli balik! Maka dia terpaksa jual emas tersebut kepada pekedai-pekedai emas dengan spread 25%. Ia amat-amat merugikan.
Ada situasi lain, banyak juga kes pengeluar jamin beli balik emas tu tetapi bila nak jual balik dalam dalam jumlah yang besar, pengeluar tidak mampu membeli! Mereka tak cukup modal.
Maksudnya walaupun pengeluar tu jamin beli balik semua emas mereka, kita mesti semak juga kekukuhan syarikat tu sendiri. Kalau tak, janji hanya tinggal janji...
Nilaikan Secara Pakej
Itulah 5 kriteria paling penting yang kena pertimbangkan sebelum beli emas untuk tujuan pelaburan. Kalau sekadar untuk buat koleksi, mana-mana emas pun tak kisah...
Setelah semak kelima-lima kriteria tu, barulah boleh pilih emas pelaburan yang terbaik ‘SECARA PAKEJ’. Itulah menentukan sejauh mana kita dapat menjana keuntungan.
Ingat pesanan terpenting ni; buat penilaian secara pakej macam nak pilih calon isteri (atau suami)! Bukan hanya tengok satu kriteria sahaja.
Jangan tengok cantik atau hensem sahaja kira jadi. Kelak kita juga yang nak terima kesan buruknya...
Allahu a'lam.
Salam Tuan,
sy baru jer jumpa blog tuan, byk jg artikel tuan yg sy da bace…
lps bace komen2 dlm blog ni,terdetik plak hati sy nk mule buat plaburan emas ni, tp masih lum yakin lg sbb sy x penah berurus niaga secara online…hehe (nk gune internet pn x bape nk tau),
byk lg yg sy perlu blaja, pape pn tq sbb blog ni da mule ubah mindset sy…
stu ari sy akan join jgk!…insyaallah,
Wslm En. Azri,
Alhamdulillah. T.kasih berziarah ke blog saya yang seadanya. Sebelum melabur dalam emas, clearkan segala keraguan dulu supaya kita boleh melabur dengan peace of mind, insyaAllah.
Assalam tuan Zul,
Terima kasih dengan artikel yang berinformasi ni.
Alhamdulillah dapat tambah pelaburan masa harga turun ni.
Tak abih lagi baca blog ni.. nak korek lagi ilmu… 😉
Wslm Cik YusNur,
T.kasih juga berziarah ke blog seadanya ni. Bagus tu, tambah pelaburan masa harga rendah ni. Saya nampak produk Quran ReadPen yang Cik YusNur jual tu produk sangat bagus. Untuk improve lagi marketing, saya syorkan Cik YusNur buat video explain manfaat produk tu, dan postkan di youtube. InsyaAllah, ramai orang boleh dapat manfaat daripada produk yang bagus tu, insyaAllah.
terima kasih tuan atas nasihat berguna.
memang ade plan. belum berkesempatan lagi. harap byk lg tips bisnes dari tuan. 😉
InsyaAllah…
Salam 1 malaysia.Terima kasih d atas post En Zul tentang tips menyimpan emas dengan selamat. Saya ada buat pelaburan Emas Ar-rahnu Agro Bank. Masa saya buat harga emas melambung tinggi lebih kurang 208/gram iaitu dalam bulan 9 tahun 2011. Jadi saya telah pun tebus balik emas saya kerana banyak syarat-syarat yang telah d perketatkan di agro untuk menyambung semula pelaburan arrahnu tersebut. Jadi saya simpan sendiri Emas ni. Apa pendapat En.Zul simpan je atau buat balik ARrahnu.
Wslm tuan,
Saya memang syorkan simpan jer. Asasnya, pajakan Ar-Rahn hanya sesuai bila (1) harga emas jatuh mendadak, (2) nak guna duit tu untuk pusing modal bisnes. Kalau saja2 pajak tu memang rugi sebab kos pajak tu sekitar 14% setahun.
Wallahu a’lam.
assalamualaikum tuan.
saya nak tanya.Dulu saya ada beli emas > 20k.Masa tu,harga PG 1 dinar 790..skarang kan harga emas turun,jadi apa yg perlu sy buat?sbb saya x mampu nak tambah stok lagi.Jadi apa langkah terbaik?
a.duduk diam2 dan tunggu sampai harga naik
b.Jual emas dengan harga sekarang (rugi RM90 setiap dinar) dan beli emas yang baru-sy terbaca kat blog emas lain psl ni.
jadi apa pendapat tuan?
Wa’alaikumussalam Puan Ain,
Puan Ain ada 2 pilihan samada:
(a) Duduk diam jer lah, tunggu harga naik.
(b) Rancakkan promosi bagi kesedaran untuk beli emas masa harga murah KALAU puan adalah dealer PG.
Sebenarnya masa harga emas jatuhlah puan boleh gandakan keuntungan jauh lebih banyak dari tunggu kenaikan harga emas. Bila ada orang nak beli emas, lock harga semasa (Cthnya RM700) dan tolak emas ditangan tu terus kepada pembeli. Bila ada masa pergi collect emas yang puan lock tu di branch PG. Tak rugi jual emas masa harga murah asalkan puan lock harga untuk REPLACE stok ditangan. Tuan dapat untung KOMISYEN atas setiap jualan.
Wallahu a’lam.
Salam Tuan Zul
Kalau kita beli 1 dinar kenaikan 10% kita jual balik untung 4%, kalau naik 30% bermakna kita boleh untung 24% (30%-6%=24%)
Betul tak pengiraan saya tu Tuan Zul..
Kalau kita simpan emas berharga rm100k bila naik 30% dalm setahun kita jual balik pada public gold kita boleh untung dalam rm24k setahun byk jugak tu..
Wslm,
Betul tu pengiraan tuan/puan.. 🙂
maklumat yg menarik – Rusydi
Alhamdulillah Rusydi… Puji-pujian bagi Allah.
Lama tunggu En Zul post pasal emas ni…
Abdul Hakim, sorry sebab menunggu… Kalau ada apa2 persoalan pasal emas boleh terus contact saya. InsyaAllah saya akan guide apa yang boleh. Jangan tunggu artikel sebab memang lambat. Saya tak nak overload pembaca dgn terlalu banyak info. Di blog ni saya cuma kongsikan persoalan asas jer. Kalau ada persoalan detail, boleh email, sms atau call saya terus. Don’t worry… 🙂
Assalamualaikum w.b.t en zul.
Minta berikan pendapat, saya mempunyai modal dlm Rm 5k dan ingin start plaburan emas..
Soalannya:
1) bentuk emas ape yg ssuai saya beli.. Adakah perlu beli dalam bentuk gold bar dan bberapa keping dinar, atau beli dlm bentuk dinar / siling emas sahaja untuk 5k tersebut..
2) kalau nk beli lebih elok saya trus pergi cawangan PG atau jmpa dealer?
Terima kasih.. -aiza-
Wslm Puan Aiza,
Jawapan saya kepada soalan Puan Aiza tu:
(1) Kalau sekadar nak convert saving kepada emas, saya syorkan beli 1 dinar semuanya. Sekarang ni boleh dapat dlm 7 keping syiling 1 dinar dengan modal RM5k tu.
(2) Kalau nak urusan lebih mudah, better berurusan melalui dealer. Harganya sama jer, cuma boleh dapat value added service dari dealer.
Kalau nak saya bantu untuk belian tu, bagi maklumat dibawah ni. Nanti saya lock price untuk Puan Aiza:
(1) Nama penuh
(2) No. Ic
(3) No. telefon
(4) Email
(5) Item yang nak dibeli.
Puan Aiza boleh contact saya di 019-336 8009 atau ibnushafie@gmail.com.
Wallahu a’lam.
Assalamulaikum…
Saya Norazlan dari w.p. labuan.
Terima kasih en zul yg sudi call saya utk share ilmu tentang emas.. namun ada soalan2 yang saya lupa bertanya pada en zul semasa dalam talian beberapa perkara iaitu :
1) Oleh kerana PG belum ada branch di Labuan dan di Sabah yg akan buka pada bulan ogos ini juga menyukarkan saya mengambil item2 tersebut selaku dealer… bolehkah saya mewakilkan parents saya yang kini berada di Nilai utk mengambil item2 yg akan saya order?
2) Di mana untuk membuat gadaian jongkong @ Dinar emas?
3) Berapa sewa menyimpan emas di tempat penyimpanan?
4) Yang ini soalan pelik sikit.. 🙂 boleh tak bagi kaedah/tips/cara utk saya langsaikan loan rm20k utk membeli emas dalam tempoh yg singkat dengan menggunakan emas yg dibeli? harap en. zul dapat faham maksud soalan saya ya..
Terima kasih dengan jawapan dan sharing yang amat berguna, jazakallah..
nalzaron_80@yahoo.com
Wslm En. Norazlan,
Its ok En. Norazlan. Jawapan saya kepada persoalan tu;
1. Boleh wakilkan ambik emas tu, tak ada masalah. Cuma kena isi borang wakil, attachkan salinan ic En. Norazlan & parents tu sekali. Kalau nak wakilkan, nanti saya poskan borangnya, insyaAllah.
2. Gadaian jongkong & dinar payah sikit sekarang ni. Cuma Ar-Rahnu kerajaan negeri & private jer yang ambik jongkong & dinar buat masa ni.
3. Sewa safe deposit box sekitar RM100 – RM500 lebih. Bergantung kepada saiz box. Sewa dibank lebih murah dari di private, tapi biasanya diprivate lebih convinence & lebih besar cover insurance.
4. Kalau nak langsaikan hutang dengan cepat melalui emas, kena buat bisnes emas. Untungnya jauh lebih cepat berbanding tunggu kenaikan harga emas.
Wallahu a’lam.
Minta maaf en zul, ada lagi soalan tambahan …
1)Tolong ajarkan teknik dan contoh gadaian untuk buat keuntungan di arrahnu.. ada terbaca di blog2 tp kurang faham..
2)Adakah bila kita nak tebus gadaian kita kena bayar ikut harga semasa ataupun jumlah wang 70% yg kita dapat masa mula2 gadai..
terima kasih
Its ok En Norazalan,
1. Umumnya, teknik Ar-Rahnu hanya sesuai bila (1) nak beli emas lagi semasa harga emas turun mendadak, atau (2) nak guna duit untuk rolling bisnes. Selain daripada keadaan tu, saya tak syorkan guna teknik pajak. Caranya, bawa emas tu ke Ar-Rahnu dan dapatkan pinjaman bercagar. Biasanya, pinjaman diberikan sekitar 65% – 70% daripada nilai emas semasa.
2. Bila nak tebus, kita kena bayar duit asal yang kita pinjam tu, tambah dengan kos upah (caj pinjaman). Walaupun harga emas ada naik turun, kita kena settle mengikut nilai yang kita pinjam awal2 dulu.
Wallahu a’lam.
salam.. setelah baca info di atas… membeli emas dalm keadaan spread yang tinggi rugi la yer… saya dah beli dinar dgn gcp…cam ner tu…
Wslm tuan/ puan,
Kalau dah terbeli emas spread tinggi, simpan jer lah. Tak rugi selagi tak jual, cuma lambat untung berbanding emas spread rendah.
Wallahu a’lam.
salam ramadhan…terima kasih en zul atas jawapan yg diberikan… insyaallah klu ada rezeki masa terdekat ni kita berjumpa dlm PG insyaallah wajazakallah 🙂
Salam Ramadhan En. Norazlan, insyaAllah.. 🙂
Assalamualaikum, saya Alif pertama kali saya baca blog Mohd Zul telah menyebab hati mula nak simpan emas. Ajar saya macamana nak mula dalam kategori emas ini saya tak minat melabur saya minat menyimpan emas nak buat aset pada masa hadapan apakah saya perlu buat?
Wslm En. Alif,
Langkah pertama memulakan simpanan emas ialah baca ebook Percuma “5 Minit Review Tentang Emas”. En. Alif boleh download di bahagian atas sebelah kanan blog ni. InsyaAllah lepas baca ebook tu, En. Alif akan dapat ilmu asas simpanan emas.
Kalau ada sebarang persoalan, boleh contact saya. Emailkan ke ibnushafie@gmail.com atau contact 019-3368009 (Zul). Saya akan guide cara bermula dengan betul, insyaAllah.
Saya dah baca ebook 5 minit review memang berbaloi dapat ilmu secara percuma termasuk semua soal jawab en.Mohd Zul tujukan keseluruhan dalam blog ini, saya cadang nak beli dinar emas untuk simpan buat aset itulah hobi saya. Belum sampai masa untuk saya menceburi dalam bidang pelaburan emas, tetapi masalahnya saya nak cari agen dealer berdekatan amat susah saya tinggal di Nibong Tebal Penang sempadan dengan Parit Buntar Perak dan Bandar Baharu Kedah.
Alif
Alhamdulillah. En. Alif bagi no. contact ke hp saya 019-3368009. Nanti saya contact En. Alif cara nak dapatkan emas tu, insyaAllah.
ini nombor panggilan saya +60174164700 lepas pukul 6 petang adalah masa kebebasan.
Alif
Ok En. Alif.
en. Mohd Zul kalau saya nak beli 1 dinar emas termasuk kos penghantaran pos ekspress keseluruhan berapa harga, saya bercadang lepas raya baru beli kalau beli sekarang takut kesilapan teknikal kakitangan pejabat pos hantar silap alamat lagipun banyak kad raya yang mereka kena uruskan.
Alif
Ok En. Alif. Kita deal melalui email atau phone, insyaAllah.
Salam Zul saya sudah bank in rm730 11/08/2012 waktu bank in 12:21pm untuk 1 dinar.
Saya nak tanya kalau emas 999 dan 916 lebur cairkan gabung sekali bezakah dari segi berat pernah dengar kata emas akan jadi lebih dari segi beratnya betulkah. Cuma dengar orang cerita tetapi belum buat ujikaji lagi.
Ok En. Alif. Saya dah terima. Saya akan uruskan pos menggunakan poslaju, insyaAllah. Pasal lebur & gabung 999 & 916 tu saya tak pasti.
mohon share ya en zul
Silakan En. Norazlan. Moga bermanfaat, insyaAllah.
Salam… En..
Sy taufiq dr melaka.. Nk tanya soalan
1) untuk pembelian wajib menjadi dealer pg.. Adakah sy akan mendapat komisen 1% keatas pembelian pertama 20k itu?
2) adakah boleh pembelian wajib pg 20k untuk jd dealer itu sy campukan dgn pembeliaan perak?
Wslm En Taufiq,
1. En Taufiq akan dapat komisyen atas pembelian RM20k pertama dan seterusnya.
2. En Taufiq boleh campurkan mana emas & perak PG. Asalkan cukup RM20k, memang automatik jadi dealer.
Wslm.
Trima kasih
Sama2 En. Taufiq.
salam tn zul. Saya pn zila dr melaka. Awal thun ini saya telah membuka akaun plburan emas d maybank. Apabila dpt pencerahan drp blog tuan, saya ingin menutup akaun trsebut n berhijrah ke PG. Persoalan saya, adakah bank juga melakukn spread. Mcm x adillah pulak brg kita x nmpk, tp ada susut nilai.
Wslm Pn. Zila,
Bagus tu plan Puan untuk hijrah ke PG. Gold Investment Account Maybank memang ada susut nilai, sekitar 4.1% – 4.2%. Dan susut nilai tu memang tinggi sebab ia tak ada emas fizikal.
Wallahu a’lam.
Salam, tn zul. Masih dari Puan Zila. Sekiranya saya tutup akaun tersebut adakah penolakan-penolakan lain selain dari Spread yg diambil oleh bank. Saya masih belum menutup akaun tersebut sebab nak tunggu harga beli melebihi harga jual dulu..(nak ambil modal balik aje…) Baru2 ini saya juga sudah menjadi dealer PG. Rugi rasanya bila rasa cam lewat mendapat pendedahan sykt ini…. he..he..tksh.
Wslm Pn. Zila,
Saya rasa dah tak ada penolakan lain. Untuk kepastian, Pn. Zila cek di website Maybank.
Tahniah sebab jadi dealer PG. Manfaatkan kelebihan sebagai dealer dengan bagi kesedaran kepada orang ramai tentang pelaburan emas yang tulen. Moga Allah melapangkan rezeki Pn. Zila, amiin.
Salam tuan-puan admin, sy Amin dan sedang membuat pilihan untuk pelaburan dalam unit bawah 10 gram bajet. Pilihan akhir saya setakat ini ada Maybank Kijang Emas (Emas Fizikal).kemudian ada pula Maybank Gold Investment Account (MGIA) pelaburan secara passbook tetapi sy ragu2 kerna pelaburannya kurap/tidak menerapkan pegangan emas fizikal. Jika berkelapangan, minta admin terangkan secara ringkas antara keduanya. Sy amat berterima kasih pada admin kerna post-kan thread di atas yang banyak memberi pemahaman kepada sy.
Wslm En. Amin,
GIA tu tak ada emas fizikal. Beli emas, dapat kertas. Dari sudut kepatuhan syariah pun bermasalah. Kijang Emas tu antara option yang bagus, cuma saya yakin, dalam keadaan harga emas rendah macam sekarang, Kijang Emas tak ada stok sebab stok di limited. Tunggu bila ada orang jual balik masa harga naik baru ada stok di Maybank.
Secara peribadi, untuk modal 10g tu, saya nampak item terbaik ialah coin 1 dinar PG x 2 keping. Susut nilai cuma 6% berbanding Kijang Emas 7.68%. Maksudnya, coin 1 dinar PG lebih cepat & banyak untung berbanding Kijang Emas denominasi 1/4 oz. Emas PG tak ada masaalah dari sudut stok.
Wallahu a’lam.
Salam perkenalan,
Sy baru join jadi dealer PG dgn promosi 25g dinar dgn Master Dealer XX dated 18JUlai 2013. Belum kesempatan semuka dgn introducer saya ini dn dapat orientasi new dealer. tapi info brother otai kat web , dah byk yg dikhatamkan. Now tgh baca artikel tuan. Amat menarik dan fruitful.
Mohon nasihat. Sy ada 1 gold bar 50g, beli dgn Kedai Poh Kong di Pjya. Price masa tu RM200/grm ( memang jahil sgt masa ni) . Tapi dapat diskaun oleh mereka ie byr < 10K.
Apa patut sy buat dgn bar ini. Sy seroius utk buat untung dgn pelaburan emas ini. Perlu cut loss ke or ..
Wasalam
Wslm En. Ghazali,
Saya syorkan En. Ghazali rujuk Master Dealer tuan sebab saya yakin, beliau ada kepakaran & strategi tersendiri. Ada Master Dealer cenderung kepada “trading”, iaitu beli, jual, beli, jual. Ada Master Dealer cenderung kepada wealth protection, iaitu beli & simpanl. Ada duit lagi, beli lagi dan simpan. Nak pakai duit baru jual.
Saya cenderung kepada wealth protection.
Kalau tanya saya, saya akan trade in emas Poh Kong tu dengan coin 10 dinar Public Gold (spread cuma 5.0%) menggunakan promosi X-plan. Kalau nak jana untung, boleh buat Trading dengan Public Gold – beli, jual, beli, jual.
Wallahu a’lam.
Salam en mohd zul,saya berminat dengan PG ni,,so mcmne nak berurusniaga dgn en zul ni,,lgpun saya xberapa mahir sgt dlm bab emas ni,blh nti en zul tlg tunjuk ajar saya…sekian terima kasih
Wslm En Syafiq,
InsyaAllah saya boleh bantu. En Syafiq contact saya 019-336 8009 (call/ sms/ wassap). Nanti kita keep in touch. InsyaAllah.
Assalamualaikum. Saya ingin tau, adakah rakyat asing boleh juga boleh ikut serta.
Terima kasih.
Wslm Pn. Asiah.
Public Gold ada cawangan di Singapura. Kalau nak buat belian, saya akan orderkan atas nama puan. Nanti buat bayaran terus ke akaun Public Gold dan ambil emas tu pada bila-bila masa di office Public Gold di Blk 824 Tampines Street 81, #01-20 Singapore 520824.
salam En.Zul ..
Allhamdulillah stelah terbaca pengisian mengenai pelaburan emas ni baru saya faham apa yang diperkatakan tentang pelaburan emas sebelum ini..berkobar2 smangt nk beli emas tp sy bru habis blajar, blum bkrja utk jana pendapatan sndiri .. 🙁 menyesal beli barang kemas( utk perhiasan) beberapa bulan lepas sbb ingat akn datang emas akn naik sbb sy tak tahu susut nilainya 25% srta kna tolak kos upah lg..mmg rugi..mgkin 20 taun akn datang baru boleh dapat untung klu gadai balik..huhu… bla dah baca bnyak maklumat nie baru dpt membuka mata n minda saya mana lebih bermanafaat..dah ada pndapatan nnt insyaAllah En .Zul org yg akan sy cari…terima kasih atas perkongsian yang amat bermanafaat nie..
Wslm Cik Shidah,
Alhamdulillah. Setiap permulaan mesti bermula dengan ilmu.
Barang kemas tu kalau tak pakai, boleh trade-in dengan emas Public Gold. Public Gold ambil harga mahal kalau nak trade-in.
InsyaAllah.
Maknanya kalau trade-in dkt public gold susut nilai emas tu tak smstinya 25% ke ?
maaf bertanya, saya kurg ilmu.. 🙂
Trade-in emas Public Gold ikut harga di http://www.publicjewellery.com.my tambah RM2/gram. Susut nilai sekitar 10% – 12% jer.
Salam encik zul,
Saya telah terbeli emas public gold 1 dinar semasa harga mahal (kira-kira bulan july 2012). Bila tengok harga emas sekarang, nilainya makin rendah. Adakah saya perlu menunggu waktu harga emas naik atau jualnya sekarang? Tapi bilakah saya boleh tahu harga emas naik sama macam ketika saya membelinya dulu?
Wslm Miss Lyn,
Kalau tak perlu pakai duit lagi, simpan jer. Kalau terdesak, baru jual.
Sebenarnya tak siapa tahu bila harga tinggi atau rendah. Penganalisis harga emas paling pakar pun tak tahu. Mereka cuma boleh buat prediction, tapi prediction ada yang betul, dan ada yang tak betul. Dan saya tak rely mana-mana prediction. Prinsip saya, ada simpanan long-term, saya beli emas. Nak pakai duit, baru saya jual.
Wallahu a’lam.
Salam Tn Zul
Saya merasakan harga gold skang statik dan tak banyak berubah. Ia tidak seperti tahun 2012.Ape komen Tn zul?
Wslm En. Fayyadh,
Harga emas sentiasa bergerak turun naik, cuma paternnya tak menentu berbanding tahun 2000 – 2011 yang kenaikannya agak konsisten. Berbanding harga Disember 2013, harga emas dah naik sebanyak 8%. Maknanya, mereka yang beli emas Public Gold hari tu dah boleh jual dah hari ni. Bagi saya ini musim yang baik untuk membeli, dimana penurunan sebegini tak pernah berlaku dalam sejarah 13 tahun harga emas.
Wallahu a’lam.
salam Tn Zul…saya baru nk belajar buat pelaburan emas ni…contohnya saya cuma ada rm1000 sahaja…boleh ke saya mula…tq
Wslm En. Mus,
Boleh mula dulu dengan coin 1 dinar.
assalamualaikum…..terima kasih cik zul.blog saudara byk mmbantu.sya baru nk berjinak dgn dunia pelaburan emas.sbm ni excited sgt terbeli emas perhiasan di kdai emas.spread 20 persen.kbtuln harga emas baru naik.tpi sya akan trade in dgn public gold nanti dan akan mula mmbeli syiling 1 dinar sdikit dmi sdikit..insya allah
Wslm En. Azman,
Alhamdulillah, terima kasih berziarah ke blog saya. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.
Betul, beli emas Public Gold jauh lebih untung berbanding simpan barang kemas.
[…] kriteria jer, tapi kita kena nilaikan secara PAKEJ, at least 5 kriteria sebagaimana artikel saya “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan”. Kalau emas tu susut nilainya paling rendah dalam pasaran, belum tentu ianya terbaik sebab ada […]
[…] kriteria jer, tapi kita kena nilaikan secara PAKEJ, at least 5 kriteria sebagaimana artikel saya “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan”. Kalau emas tu susut nilainya paling rendah dalam pasaran, belum tentu ianya terbaik sebab ada […]
Salam en zul..saya nak tanya, adakah ini masa yang sesuai untuk membeli emas, saya perhatikan hrga emas dinar harga semakin turun? kalau saya lock harga bagaimana cara nya dan bagaimana cara saya perolehi emas tu ?
Wslm Pn. Syafiy,
Bagi saya harga sekarang ni memang rendah. Sekarang, 1 dinar cuma RM600. Harga pertama kali saya beli tahun 2010 dulu RM616. 1 dinar pernah cecah harga RM830. Harga terendah sejak 2010 ialah RM550. Bagi saya, harga sekarang dah cantik bagi sesiapa nak bermula. Jangan target harga terendah, sebab tak siapa tahu berapa rendah dia akan pergi.
Kalau nak beli, saya akan lockkan (orderkan) atas nama Pn. Syafiy. Nanti bayar terus ke akaun Public Gold dalam masa 4 hari berdasarkan email order yang Public Gold akan hantar nanti. Lepas bayar, emas tu boleh ambil bila-bila masa di ofis Public Gold terdekat.
Untuk buat belian, bagi saya:
1. Nama penuh
2. No ic
3. No telefon
4. Email
5. Item yang nak dibeli
Hantar detail kepada saya 019-336 8009 (wassap / sms). Nanti saya akan bantu untuk bermula.
saya duduk jauh, memang tak ada cwgn terdkt PG ..klu ada pun 5 jam perjalanan. takde cara lain ke utk dptkan emas tu?
Ada cara lain tapi puan contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). InsyaAllah saya boleh bantu.
klu harga we buy lbh dri hrga harga yg sy bli, mcm mna cara saya nak jual, katakn msa tu dh mlm, adakh sy perlu ke cwgn PG.
Boleh book harga secara online. Lepas tu serahkan emas tu ke office Public Gold dalam tempoh sehari bekerja.
Slm en zul, blh bgtau bgaimana cara nk lock hrga?
Wslm En. Yahya,
InsyaAllah saya boleh bantu untuk pembelian. En. Yahya contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call).
jgk cara sy nk dptkan jongkong emas tersebut?
Wslm En. Yahya,
InsyaAllah saya boleh bantu untuk pembelian. En. Yahya contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call).
klu gne pos, ada caj tmbhn ke?
Pos ada caj poslaju.
Assalamualaikum…
Tahun 2011, saya beli bar perak.Mengikut harga sekarang harga perak jatuh. Untuk mendapatkan keuntugan, perlu saya beli dinar emas atau bar emas
PG ada x jual coin 24K slain dari 50 gram?
Tak ada En Yahya.
Assalamualaikum En.zul, saya nak tanya sikit ni. adakah kalau kita beli 1dinar, simpan dan tunggu harga naik pastu jual kat mudah.my lebih baik dan untung?
Lagi satu, kalau beli kat mudah.my dan jual kat PG adakah pihak PG akan terima?
sbb ad jugak yang menggunakan mudah.my untuk menjual simpanan emas mereka..
Wslm En Haikal.
Saya tak recommend urusniaga emas melalui mudah.my sebab risiko penipuan. Saya pernah share isu ni dalam artikel http://www.bit.ly/elakpenipuanemas
Saya student lagi . insyaAllah kalau boleh saya nak tukar lebihan biasiswa saya jadi emas memandangkan simpan emas lagi baik. saya doakan en Zul dimurahkan rezeki sentiasa. amin. terima kasih En Zul
Bagus tu En Haikal. Amiin ya Allah.
Assalam en zul..
blh bg pencerahan x psl statement dibawah.
Sekarang ada dua pilihan yg cik boleh pilih untuk belian emas dengan SYARIKAT DARUL EMAS PERAK BERHAD (DEPB) iaitu:-
1)Tempahan Berbuyback (TB)
*DEPB jual rm180..
*Pembeli minta wakalah uruskan guna kemudahan perkhidmatan yg DEPB sediakan untuk simpan emas iaitu simpan di SAFE DEPOSIT BOX DEPB
*sementara tunggu cukup sebulan DEPB beli smula dengan harga rm194
*untung tb rm14/g setiap bulan transfer masuk akaun.
(order dan jual balik berterusan dgn harga beli rm180)
2)READY STOK BERBUYBACK (RSB)
*DEPB jual harga rm180
*pembeli ambil barang di OFIS DEPB dan pegang sendiri iaitu simpan dirumah/arrahnu(bayar upah simpan sendiri, rm2/g utk 2bulan)
*cukup tempoh 2 bulan , pembeli hantar barang ke OFIS DEPB, DEPB beli smula harga rm212
*untung rsb rm32/g setiap 2 bulan transfer masuk akaun ..dengan purata untung setiap bulan rm16/g
(order dan ambil barang simpan sendiri…jual balik selepas 2bulan berterusan, jika ada kenaikan harga , perlu beli dengan harga baru)
Wlsm Pn. Nurul,
Bagi saya kaedah TB (#1) tu sangat berisiko. Kalau penjual / syarikat lesap, pembeli emas yang lingkup dulu. Penjual akan tetap kaya raya. Kaedah RSB (#2) tu kurang berisiko. Cuma saya pelik dengan kaedah urusniaga TB dan RSB. Harga syarikat beli balik (Buy Back) tak ada kena mengena dengan pergerakan harga emas di pasaran. Macam ada manipulation atau money game di situ.
Dan DEPB tu sekarang ni masih dalam perhatian BNM. Biasanya kalau BNM nak serbu, BNM akan masukkan dulu dalam Alert List supaya orang ramai berhati-hati atau menjauhkan diri. Puan boleh cek senarai no. 5 dalam Alert List tu di http://www.bit.ly/alertlist2014apr .
Wallahu a’lam.
Terima kasih tuan zul.. banyak yang saya belajar dengan tuan
It’s ok En. Tarmizi. Alhamdulillah.
Salam tuan. Boleh sy tau harga emas terkini PG? Klu bajet sy sekitar 2k-3k, apa yg tuan boleh cadangkan utk sy? Sy berminat nak simpan emas. Haritu pegi wah chan hrga gold bar 20g dlm 3k++.. Mohon pandangan. Terima kasih
Wslm Pn. Siti,
1. Puan boleh semak harga terkini di http://www.publicgold.com.my.
2. Dengan bajet tu, item paling cepat untung ialah coin 5 dinar x 1 keping sebab itu item susut nilai paling rendah dengan bajet tu. Cuma 5.5% jer.
3. Kalau nak memulakan simpanan emas, insyaAllah saya boleh bantu. Puan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, call, sms).
[…] kriteria jer, tapi kita kena nilaikan secara PAKEJ, at least 5 kriteria sebagaimana artikel saya “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan”. Kalau emas tu susut nilainya paling rendah dalam pasaran, belum tentu ianya terbaik sebab ada […]
Salam. En. zul, saya ada 2k memang reserve tak decide nak buat apa lagi. sebelum ni kalu ada lebih duit memang sy park di unit trust (sukuk) shj. tapi dlm sebulan saya ikut blog En. Zul ni saya rasa macam lagi baik kalu 2k tu saya beli emas. apa pendapat En. Zul?
Wslm,
Kalau dengan bajet tu, saya boleh syorkan beli 1 dinar x 3 keping. Itu item paling untung i.e. paling rendah susut nilai sesuai dengan bajet. Emas dan unit trust, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
o macam tu… saya cadang beli emas utk simpan. mcm En. Zul kata la..’wealth protection’. ngeri bila fikir kadar inflasi skrg. baca kisah duit pokok pisang yg x laku. so, dinar la paling sesuai utk simpan ye? kalu nak beli (booking) dinar tru En. Zul, berapa hari kena buat bayaran pd PG ye? saya sekarang outstation. 3 okt nanti baru balik. saya boleh book sekarang ke…atau dah balik nanti baru beli je?
Untuk pembelian, insyaAllah saya boleh bantu. Apa item terbaik tu bergantung kepada bajet. Boleh contact saya, insyaAllah saya akan guide. 019-336 8009 (saya prefer wassap).
ok, kalu mcm tu InsyaAllah nanti lepas sy balik outstation sy contact En. Zul ye. tqvm..
Ok.
Kalau emas PG, apa produk yang sesuai untuk dipajak? Terima kasih.
Gold bar dan dinar memang boleh pajak. Tapi ia bergantung kepada ar-rahnu tu. Contohnya, Ar-Rahnu Agrobank dan YAPIEM cuma terima barang kemas jer.
Gold bar dan dinar PG berseal tak? Kalau berseal, harganya jatuh tak bila nak dijual?
Cuma gold bar 1 gram jer berseal. Yang lain tak seal.
Nilai cuma jatuh kalau buka (potong) seal tu.
Lepas baca blog ni baru sedar sy dah rugi sbb beli gold bar 10g.sy ingat lebih untung simpan emas 999.9
Terimakasih en zul.sy dah tahu mcmana nak simpan emas supaya dpt untung lebih.
Pada pendapat en zul elok dgn bajet sy Rm2000 sebulan,elok tiap2 bulan sy beli 3 keping dinar atau 2 bulan sekali sy beli 5 dinar?
Sama-sama puan.
Masing-masing ada kelebihan. 3 dinar sebulan, kita dapat buat pemurataan kos. 5 dinar setiap 2 bulan, susut nilai lebih rendah.
Jadi terpulang kepada puan.
mcm mana nak tgk graph kat kitco.com tu? sory noob question -_-
Untuk faham baca graf tu, kena hadir kelas analisis teknikal sebagaimana yang dianjurkan oleh En. Shufaad http://www.melakafx.com. Tapi secara asasnya, graf tu menunjukkan harga untuk 1 troy ounce (oz) = 31.1 gram dalam nilai US Dollar.
Assalamualaikum Encik Zul. Saya nak tanya berkenaan Alliance Gold Bar. Saya dah pergi ke salah satu distributor Alliance Gold ni dan apa yg boleh saya katakan berkenaan Alliance Gold ni adalah :
1) susut nilainya kira-kira 6.5%
2) distributor 100 cawangan seluruh Malaysia
3) ber’seal’ sepertimana kebanyakan brand gold bar yg lain
Apa pendapat Encik Zul? Terima kasih di atas perhatian in advance.
Wslm Puan,
1. Selain susut nilai 6.5%, ada kos tambahan yang kena bayar mulai 1 April 2015 iaitu GST sebanyak 6%.
2. Saya tak pasti kalau company tu ada sampai 100 cawangan. Kalau 100 cawangan, maksudnya company tu sangat besar sedangkan orang dalam industri emas sendiri tak berapa familiar dengan jenama gold tu.
Saya tak pasti ok atau tak sebab saya sendiri tak familiar dengan company tu. Cuma ikut pemerhatian saya, buat masa sekarang, kalau nak simpan emas, yang paling bereputasi ialah Kijang Emas, emas UOB Bank (jenama international) dan Public Gold sahaja. Yang lain tu saya tak berani recommend kalau beli untuk PELABURAN.
Wallahu a’lam.
Salam tuan.
Sy nk tanya..buat masa sekarang sy tgh mengumpul jenis emas goldbar dan dinar dr company powergold.berkait dgn emas berseal..kebanyakan emas gbar sy berseal..mcmana dr segi pajakan ar rahnu dan pelaburan.sy harap tuan dpt selesai kan kemuskilan sy.Tetapi kebanyakan rakan bisnes emas sy yg mengumpul emas mcm sy..takde masalah bila mereka memajak di arrahnu…harap tuan dpt peace of mind sy punya minda.
Wslm En. Iskandar,
Setahu saya cuma Ar-rahnu Pos Malaysia sahaja yang terima pajakan tanpa perlu buka seal. Emas Power Gold saya tak pasti. Yang saya boleh bagi kepastian, emas Public Gold memang diterima tanpa perlu buka seal.
Alhamdulillah…maaf ye En. Zul…saya nak jawab pertanyaan saudara kat atas….semalam saya pergi pajak di Ar-Rahnu Koprimas, mereka terima Goldbar 5 gram saya dan 2 Dinar saya tanpa buka seal…mereka ambil dengan harga tinggi dari harga ahli powergold….boleh lihat page saya https://www.facebook.com/saudagargoldmurah…. sebab diorang dah biasa dengan powergold.. cuma diorang bgtau, kalau yang pelik2 memg diorg xterima..goldbar 1 gram x 5 keping boleh ditukar kepada goldbar 5 gram.. ape2 pun tahniah kerana anda menyimpan emas, tidak kisah dari syarikat mana, yang penting simpanan emas anda diterima.. tq
Assalamalaikum En.Zul…terima kasih approve komen saya diatas….saya berminat nak menyimpan silver bar….apa pandangan en zul…silver bar lebih sesuai kepada trading atau saving?….walaupun saya ahli powergold, tapi saya suka follow dan amik ilmu dari en zul…
Wslm En. Man,
Silver sama juga macam emas. Boleh buat saving atau trading juga.
[…] dengan lebih lanjut. Dipendekkan cerita, teman telah berjumpa berkaitan dengan emas pelaburan di sini, sini dan […]
As salam Tuan Zulkifli,
Mohon pandangan tuan. Sy nak beli gold coin Kanggaroo di UOB sebagai simpanan physical, kemudian cagarkan di Ar Rahnu. Duit cagaran sy gunakan utk buka Gold Acc dgn UOB, dengan sedikit duit cagaran tadi saya asingkan utk bayar upah simpan.
Adakah cara saya betul, atau ada cara yang lebih baik untuk buat simpanan emas jangka masa panjang? Pokoknya saya tak mahu simpan duit kertas yg susut nilainya makin kronik akhir-akhir ini.
Jazakallah.
Wslm En. Fadli,
1. Saya tak syorkan pajak begitu sebab rugi. Kos pajak tu mahal, sekitar 14% setahun. Boleh baca penerangan lanjut saya di link http://www.bit.ly/manipulasiarrahnu .
2. Saya tak syorkan bukan Gold Account UOB sebab setakat yang saya faham, ia tak patuh syariah. Kalau nak “gold account”, setakat ini yang patuh syariah cuma KFH atau GAP Public Gold sahaja.
Wallahu a’lam.
Assalam.. Bagaimana pelaburan di zenith gold atau power gold? Saya ssh nak percaya pelaburan emas yg beri 0.5-2.0% setiap hari.. takut2 tggu punye tggu nk matang 100 hari tu.. trs company closed ke atau ckp ada masalah teknikalla apa la..
Buat masa sekarang.. sy lebih rela beli gold bar 1gram atau dinar emas.. dan sy jg cube2 untk melabur melalui barang kemas yg RM0 upah.. dan harga pon murah dari harga pasaran.. mgkn tuan boleh selidik sket di khaalish jewels di ole ole mall sek 18 shah alam.. adakah dia gunakan emas yang second hand atau emas jenis baru.. kalau ikut harga pasaran RM170 bg emas 91.6%, tetapi mereka boleh jual RM153 bln6/2015?? memang sy hairan..
Bole beri penjelasan dan pencerahan?
Assalamualaikum Tn Zul, saya ada beberapa soalan untuk ditanya.
1)Pendapat tentang power gold. Harga yang ditawarkan oleh power gold [sebagai ahli] lebih murah berbanding public gold [untuk gold bar 1g, 5g & dinar] & walaupun harga untuk product lain lebih mahal tetapi spread nye lebih kurang sahaja. Adakah product power gold alternative terbaik selain public gold.
2) Adakah membeli product power gold selamat?
3) Kenapa harga PG Buy untuk 1g, 5g and 1/2 dinar tidak dipaparkan dalam website public gold.
Terima Kasih.
Wslm En. Aqil,
1. Betul, Power Gold lebih murah jika dibandingkan dengan harga retail untuk ketiga-tiga jenis item tu, tapi kalau beli melalui kaedah GAP, Public Gold jauh lebih murah.
2. Saya tak pasti, cuma info yang saya terima, Power Gold tak diterima boleh kebanyakkan ar-rahnu di Malaysia. Itu berbeza dengan Public Gold.
3. Harga ketiga-tiga jenis item yang dipaparkan tu, itu harga retail (suggested retail price). Harga Public Gold beli balik berdasarkan spread 8% daripada harga GAP (Gold Accumulation Progam).
Wallahu a’lam.
Emas powergold kini makin diterima kebanyakan arrahnu. Ia masih baru berbanding pg. Terbaru arrahnu tekun terima semua emas powergold. Nantikan berita yang lebih baik untuk emas powergold nanti. 😉
Aslmkm…sy ada byk stok emas mentah 99.9 aka emas 10 yg dah dibersihkan…email sy jika berminat …latalembikrecreationpark@gmail.com
Assalamualaikum,
adakah melabur dalam Public Gold adalah lebih terjamin risikonya dari Powergold?
Wslm En. Saiful,
Public Gold, beli emas dapat emas dan simpan emas. Selagi emas tu di tangan En. Saiful, risikonya hanya pada En. Saiful sahaja itu risiko kehilangan.
kedua2nya pun emas fizikal. risiko pada tuan yang menjaganya sahaja. 😉
satu imformasi yg sgt berguna…saya mahu cuba.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum..
Saya dah terbeli gold bar sebanyak 10g jenama kedai emas tu sendiri pada harga rm 1850. Mengikut tuan kedai emas..jika saya ingin jual semula gold bar itu dia akan ambil harga mengikut harga jualan
Tiada spread. Apa pandangan en zul..adakah lebih baik saya beli gold bar dgn pg atau dengan kedai emas tersebut untuk menyimpan..
Wslm Pn. Yani,
Pelik tu. Tak ada peniaga emas yang jual emas tanpa spread sebab spread itulah kos operasi dan keuntungan peniaga. Kalau ada yang janji, mungkin itu hanyalah janji kosong.
Assalamualaikum.
Sy berminat utk menyimpan emas dan bercadang utk mbeli 1g emas PG.soalan sy,
1) boleh kah jika sy hya ingin membli emas tnpa menjadi ahli?
2)jika ingin menjual,spread nya sama kah kpd ahli atau tidak?
Terima kasih
Wslm Pn. Dila,
1. Boleh, Public Gold tak ada sistem keahlian. Semua orang boleh beli emas Public Gold.
2. Masa nak jual, refer harga PG Buy di website. Tak ada ahli atau bukan ahli, semua ikut harga yang sama.
En Zul
Pertama kali saya membaca artikel En Zul tentang refinancing dan emas. Saya ada menghantar email pada En Zul ttg refinance dan selepas membaca artikel En Zul ttg emas, menyebabkan saya ingin tahu lebih dalam.
Soalan:-
1) Bagaimana saya ingin tahu lebih lanjut ttg PG?
2) Boleh ke dengan emas ini untuk plan persaraan saya dlm tempoh 10 tahun lagi?
Terima kasih
Wslm En. Rozie,
1. Boleh wassap kepada saya 019-336 8009.
2. Saya tak pasti. Itu bergantung apa yang En. Rozie nak untuk persaraan nanti.
Assalamu’alaikum..
Sy ada beberapa persoalan..???
1. Emas 24k dgn emas 999, adakah nilainya sama..???
….
2. Adakah spread utk setiap emas itu akan berubah..???
….
Setakat itu shj soalan sy, terima kasih…
Wslm En. Hafiz,
1. Sama.
2. Spread selalunya tetap, kecuali berlaku perkara abnormal seperti pelaksanaan GST 2015 yan memberi kesan kepada struktur harga.
Salam
Saya ada budget 180k..apakah taburan emas yg patut sy labur..dinar..bar?
Wslm En. Khairul,
Itu terpulang kepada matlamat En. Khairul beli emas. Kenal pasti dulu apakah posisi En. Khairul dalam pelaburan emas, lepas tu baru decide. Boleh baca artikel saya di http://www.mohdzulkifli.com/2016/04/3-posisi-penting-dalam-pelaburan-emas.html .
Untuk kenalpasti item terbaik sesuai dengan bajet dan matlamat, En. Khairul boleh wassap saya 019-336 8009 untuk consultation.
Assalam che zul saya baru bersara, saya zero knowledge ttg bisnes emas, adakah ia sesuai untuk saya, terimakaseh
Wslm En. Azlan,
Semua orang bermula dari zero. Kena belajar baru akan pandai.
Salam en Zul, sekadar bertanya, jika emas PG yang ada masih ada seal elok, tapi ade sedikit kemek pada emas tersebut, apakah spread nya meningkat? terima kasih
Wslm En. Hafiz,
Saya tak pasti macam mana tu. Kena tengok kondisi emas tu baru tahu. En. Hafiz bawa emas tu ke office Public Gold dan tanya staff terus untuk confirm.
Tuan. Ingin bertanya.
Saya berniat ingin memulakan pelaburan emas menggunakan bajet yang rendah dengan membeli 1g setiap bulan.
Walaubagaimanapun, saya hanya nampak PG sell untuk 1g LBMA di website Public Gold. Adakah ini bermakna yang emas 1g saya tidak boleh dijual kembali kepada Public Gold?
PG jamin beli semua emas keluaran PG. Emas 1 gram tu pun boleh jual balik kepada PG pada bila2 masa.
[…] kriteria jer, tapi kita kena nilaikan secara PAKEJ, at least 5 kriteria sebagaimana artikel saya “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan”. Kalau emas tu susut nilainya paling rendah dalam pasaran, belum tentu ianya terbaik sebab ada […]
As salam
Terbaik
Bila Saya baca artikel tuan .
Makin bertambah rasa Hati untuk terus maju dalam bidang Emas Public Gold
Terima Kasih kerana di dalam artikel tuan ini juga menpunyai banyak ilmu Yang Saya perolehi .
Doa supaya tuan sihat Dan bertambah rezeki
Wslm En Hafis,
Alhamdulillah.
Terima kasih berziarah ke blog saya. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Wahh seronok bila bercakap tentang Emas. Saya sangat2 berminat untuk beli emas 999 ni.
Betul Pn Masaini. Kalau nak beli emas untuk tujuan simpanan, fokus emas 999.9.