3 Posisi Penting Dalam Pelaburan Emas

by on April 5, 2016

Post image for 3 Posisi Penting Dalam Pelaburan Emas

Konflik yang sentiasa bermain dalam pemikiran mereka yang terlibat dengan pelaburan emas ialah; (1) bila waktu terbaik membeli emas?, (2) bila waktu terbaik menjual emas?, (3) apa item terbaik untuk dibeli?, (4) perlu beli / jual sekarang atau tunggu dulu?, dan (5) kalau jual sekarang, ada tak peluang beli balik emas yang sama pada harga belian pertama dahulu?

Kalau ada konflik begini, ia sebenarnya bukan isu harga emas naik atau turun. Isu sebenarnya ialah kita masih dipersimpangan jalan, antara mengumpul GRAM atau memaksimumkan RM? Konflik begini tak akan selesai selagi kita belum tentukan POSISI sebenar kita dalam pelaburan emas.

Tentukan Posisi Diri Sendiri

Jadi bila terlibat dalam pelaburan emas, kita mesti tentukan posisi sebenar kita. Adakah kita ini (1) penyimpan, (2) pelabur, atau (3) peniaga emas? Atau boleh jadi kita ambil ke semua posisi itu, tetapi kita pecahkan DANA kita kepada 3 posisi tersebut.

—-> PENYIMPAN

Kalau beli emas untuk dijadikan simpanan jangka panjang, maka kita perlu fokus pertambahan GRAM yang dapat kita kumpul. Bila ada sahaja duit lebihan sebagai simpanan jangka panjang, gunakan untuk tambah lagi simpanan emas. Tak kisah harga naik atau turun, yang penting kepingan-kepingan emas kita perlu bertambah. Bila harga emas jatuh, itulah BONUS untuk kita.

Persoalannya, mana nak cari duit untuk tambahkan simpanan emas?

Jawapannya, tak ada keajaiban. Sekeping emas tak boleh beranak jadi dua (2) keping. Kita kena cari duit lain, samada duit gaji atau hasil daripada bisnes. Tak ada istilah memberanakkan emas menggunakan kaedah ar-rahnu (kononnya).

—-> PELABUR

Kalau beli emas tujuannya untuk dijual bila harga naik, maka fokus kita sepatutnya pertambahan RM (duit). Jangan pedulikan berapa gram emas yang kita dapat. Yang penting dapat maksimumkan RM. Emas itu tak penting, ia hanyalah alat untuk memaksimumkan RM.

Katakanlah kita mulakan belian RM10,000 boleh dapat 60 gram emas. Bila harga emas naik menjadi RM11,000 dan mencapai target keuntungan, maka terus jual. JANGAN, JANGAN, DAN JANGAN ada rasa sayang kepada emas. Kalau rasa sayang nak jual, itu akan bermasalah.

Bila harga emas jatuh, mulakan belian baru dengan modal asal RM10,000 itu tadi, tak kira berapa gram yang kita boleh dapat. Mungkin kita hanya boleh dapat 55 gram sahaja untuk pusingan kedua, itu tak kisah sebab kita bukan nak kumpul GRAM, tetapi nak maksimumkan RM. Lebihan RM1,000 pada pusingan pertama itu tadi keluarkan sebagai keuntungan.

Ok, boleh faham setakat ini?

—-> PENIAGA

Bagi sesiapa nak tambah GRAM emas sekaligus memaksimumkan RM, maka posisi terbaik ialah jadi dealer / ejen / peniaga emas. Dealer emas berpeluang besar untuk dapat kedua-duanya sebab seorang dealer emas bukan sahaja berada di posisi pelabur (atau penyimpan), tetapi mereka meletakkan ‘sebelah kaki’ sebagai peniaga. Sambil mengumpul GRAM, mereka menjana RM hasil daripada perniagaan emas.

Ok, boleh faham setakat ini?

facebook ust khairul forgotten savingPerkongsian jujur sahabat saya tentang strategi yang lebih sesuai bagi beliau dalam membina kekayaan.

Jadi Penyimpan Dan Pelabur Sekaligus

Kalau tak jadi peniaga emas, boleh tak jadi penyimpan emas sekaligus menjadi pelabur emas?

Jawabnya boleh, syaratnya kita perlu pecahkan dana yang kita ada. Sebagai contohnya, kita ada RM30,000. Mungkin boleh pecahkan RM15,000 untuk beli emas sebagai simpanan, dan lagi RM15,000 sebagai pelaburan. Dana pertama fokusnya untuk menambah GRAM, dan dana kedua untuk memaksimumkan RM dengan strategi “buy low sell high”.

Macam mana nak tahu harga yang dianggap “low” dan harga dianggap “high” bagi tujuan PELABURAN?

Untuk faham tentang harga, itu kena belajar kenal pasti apa yang dipanggil “harga lantai” dan “harga syiling” dalam kelas Analisis Teknikal Harga Emas yang dikendalikan oleh guru saya En. Shufaad. Ilmu ini penting bagi “pelabur”, dan ianya kurang penting bagi sesiapa yang beli emas sekadar untuk jadi “penyimpan”.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
13 Februari 2016
5 Jamadil Awal 1437H

[Kredit foto : thechessstore]

{ 12 comments… read them below or add one }

1 Syauqi April 5, 2016 at 3:04 pm

Assalamu’alaikum tuan,

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkunjung ke laman tuan, dan saya berharap dapat membeli emas tidak lama lagi.

Cuma satu soalan yang berlegar, bagaimana dengan nilai spread untuk 1/2 dinar 2.125g? Saya tak jumpa. Sebab saya sedang berkira-kira untuk membeli samada 1/2 dinar atau 1 dinar sebagai permulaan..

Harap tuan dapat bantu..

Terima kasih.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie April 5, 2016 at 4:02 pm

Wslm En. Syauqi.

1. Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.

2. Spread 1/2 Dinar 8%, tapi syaratnya mesti beli melalui akaun emas GAP. Boleh baca artikel saya di http://www.bit.ly/beliemasgap .

Reply

3 mohd azinuddin Abdullah April 6, 2016 at 9:09 am

Alhamdulillah.
Saya dah dapat jawapan konkrit untuk diberikan pada kawan2 dan saudara yang selalu bertanya pasal keuntungan dengan Emas. Nampaknya saya kena guna strategi Borrow Power dari Tuan Master Dealer Mohd Zulkifli untuk ke sekian kalinyer…

jazakallah.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie April 6, 2016 at 10:56 am

Alhamdulillah…

Reply

5 Azwan April 6, 2016 at 10:19 am

Saya setuju. Sebagai pelabur, terutamanya pada peringkat permulaan, sayang nak menjual emas tu memang tebal. Tak sanggup rasanya nak berpisah sebab membayangkan graf yang makin menaik. Tapi bila sangkaan meleset dan harga jatuh, berlakulah panic sale, yang kononnya nak mengelakkan rugi besar, akhirnya jualan tak cukup pun nak cover modal.
Saya lebih suka cadangan Tuan, iaitu jual apabila target dah tercapai, tak kira harga itu akan melambung lebih tinggi atau tidak. Untuk itu, kita perlu tetapkan sasaran keuntungan dari mula, dan jangan diubah-ubah. Kalau targetnya 10% apa sampai sahaja 10%, jual. Jangan sayang.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie April 6, 2016 at 10:56 am

Betul En. Azwan.

Reply

7 freddyjim April 7, 2016 at 12:18 am

Salam En Zul@Sifu,

Artikel yang sgt berguna,,,
Belum sempat nak bertanya sudah ada jawapan,,
macam dalam cerita nujum Pak Belalang. hehe

Anyway thank you very much sifu,
Semoga rezeki En semakin bertambah disamping berkongsi ilmu.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie April 7, 2016 at 9:30 am

Wslm En. Freddy,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah. :)

Reply

9 asraf April 8, 2016 at 2:26 pm

Salam Tuan,

Terima kasih atas perkongsian..tak lupa juga saya share dgn kawan2 utk baca blog tuan..sbb banyak input yang berguna utk dipraktikkan..Tuan zul ada ke perancangan utk Buku ZERO Hutang ke-2? Semoga tuan sekeluarga sentiasa dilapangkan rezeki..amin

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie April 8, 2016 at 9:25 pm

Wslm En. Asraf,

Sama-sama. Alhamdulillah.

Ada perancangan tu, insyaAllah.

Reply

11 Amin May 11, 2016 at 8:46 am

Assalamualeykoum tuan, saya saudara baharu dalam pelaburan emas,
Saya nk tanya apa pndapat tuan tntang EMAS POWER GOLD?

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie May 12, 2016 at 6:41 am

Wslm En. Amin,

Saya tak berapa expert tentang company tu. Lebih baik tanya terus ejen mereka. Cuma kalau nak jual emas yang kita beli tu dengan harga tinggi pada masa akan datang, kena semak 5 kriteria penting sebagaimana artikel saya di link http://www.bit.ly/kriteriaemas .

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: