MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tangguhkan Kemahuan Demi Masa Depan

March 31, 2016

[Kemaskini 12 Disember 2024]

Saya ikuti forum Tuan Faizul Ridzuan dan Pakdi dalam program "Simposium Ringgit (SUPER) 2015" (anjuran Kementerian Belia dan Sukan). 

Persamaan ketara mereka ialah mereka amalkan "delayed gratification", tangguhkan dahulu kemahuan buat seketika.

Tuan Faizul beli kereta pertama (2nd hand) hanya selepas dia membeli 13 buah rumah!

Itupun dibeli disebabkan nak sambut kelahiran anak pertama! Bukan saja-saja beli.

Beli rumah pelaburan dulu

Kata beliau, ia soal pilihan.

Walaupun dia mampu membeli kereta jauh lebih awal dari itu, dia tangguhkan dahulu keinginan tersebut.

Fokus utama beliau ialah kembangkan harta dengan beli hartanah-hartanah yang boleh memberikan aliran tunai yang positif (cashflow positif). 

Maksudnya dia beli rumah dan disewakan. Lepas tolak kos ansuran bank dan segala kos berkaitan, dia masih ada duit lebihan masuk ke poket dia setiap bulan. 

Rumah-rumah tu berikan dia pendapatan pasif setiap bulan.

Tangguhkan keseronokan

Dari sudut berbelanja pun sama.

Kata Pakdi, rumahnya tak pernah pasang Astro (rancangan TV berbayar). Katanya lagi, di waktu trend anak muda menikmati secawan kopi 'kayangan' berharga RM15, bukankah lebih baik kita nikmati kopi RM1.50 dan selebihnya kita menyimpan?

Bukan sahaja mereka berdua, semasa saya hadir ke seminar Duit oh Duit, Tuan Alwi Adam (salah seorang speaker dan penulis buku DIY360) katanya sewaktu dia bekerja, 50% daripada duit gaji disimpan dan dilaburkan!

Selebihnya baru berbelanja...

Dengan gaji bekerja dalam sektor Oil & Gas yang agak besar, dia tak perlu tunggu 10 tahun (apatah lagi 30 tahun) untuk bersara. Tapi selepas 5 tahun bekerja dia dah ada pilihan untuk bersara!

Net worth dah dah melebihi RM1 juta pada usia masih muda! 

Hidup soal pilihan

Tak ada betul dan tak ada salahnya.

Hidup kita, kita yang tentukan sendiri. Ia benar-benar soal PILIHAN... Kita yang pilih jalan hidup kita sendiri. 

Samada pilih susah sekarang ataupun susah kemudian. Dua-dua pun susah...

Kalau pilih untuk “enjoy” sekarang, terimalah hakikat terpaksa susah kemudian hari. 

Tapi kebanyakan orang berjaya pilih untuk susah dulu. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Susah sekarang tak apa, supaya kita “enjoy” di masa depan.

Pakar-pakar motivasi gelarkan sebagai “delayed gratification”. Menangguhkan keseronokan...

Zulkifli
Damansara Damai
31 Mac 2016
22 Jamadil Akhir 1437H

Keinginan kita sentiasa lebih besar dari pendapatan kita. Orang berjaya sentiasa tangguhkan keinginan, sedangkan orang kebanyakan sentiasa gopoh penuhi keinginan walaupun belum benar-benar mampu. Orang berjaya sentiasa pilih hidup di bawah kemampuan mereka. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 2 Julai 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Askm Tn.Zul. .saya kerap membaca blog tn sebagai dorongan motivasi diri bagi mengjalani kehidupan yang semakin mencabar dari segi kewangan dan sebagainya..saya ada pertanyaan bolehkah orang yang ada mendapatkan khidmat AKPK itu dapat membuat loan rumah? semoga Tn Zul dan keluarga dirahmati Allah..Amin

    • Wslm En. Hairum,

      Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni bermanfaat.

      Untuk dapatkan pinjaman, bank akan semak kadar kemampuan membayar hutang. Salah satunya, mereka akan semak Debt Service Ratio (DSR). En Hairum cari di google bagaimana pengiraan DSR tu.

  • Mereka yang sanggup menangguhkan kepuasan biasanya ada matlamat besar yang hendak dicapai.

    Mereka juga bijak menentukan yang mana keperluan dan yang mana sekadar kehendak.

    RFS

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >