MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Duit dan Pilihan Untuk Tersayang

Bulan Jun 2012 sangat peak. Isteri bersalin. Masa nak dekat bersalin, anak-anak macam-macam ragam, Hifdzi kena demam campak, sakit kaki, tak dapat tidur malam dan macam-macam lagi. Tambah lagi isteri berpantang sendiri tanpa pembantu,  Aisyah (anak sulong) yang tolong jaga adik-adik. Aisyah 3 minggu tak dapat ke sekolah. Lepas bersalin, saya sibuk uruskan bisnes dan beberapa kali outstation di saat Najdah berpantang. Dah lama nak coretkan catatan saya di blog ni, tapi hari ni baru sempat. Catatan untuk tazkirah buat diri saya sendiri tentang kehidupan dan keluarga...

Duit & Pilihan Untuk Tersayang

Catatan #1: 11 Jun 2012, 3.35 Petang |

Duit itself tak ada apa-apa makna, tapi untuk sempurnakan tanggungjawab dan cinta untuk tersayang, kita perlukan duit. Di saat saya coretkan catatan ni, saya sedang berada sisi isteri tersayang, Najdah di bilik bersalin Damansara Damai Medical Centre. Company cover sampai anak ke-3 jer, anak ke-4 dan seterusnya kena keluar poket sendiri.

Saya ada 2 pilihan, PERTAMA biarkan Najdah bersalin di Hospital Sg. Buloh (GH), yang menyambut kelahiran mungkin doktor lelaki non-muslim, dan dijadikan bahan 'praktikal' doktor-doktor pelatih. Dan saya tak dapat temankan Najdah sepanjang kesakitan melainkan baby dah betul-betul nak keluar. Cajnya tak sampai RM100...

Pilihan KEDUA, bersalin dengan doktor muslim yang kami sendiri pilih, duduk dibilik khas yang ada privasi, saya boleh berada di sisi beliau dari mula masuk wad sampailah bersalin. Saya boleh perdengarkan bacaan Quran pada bila-bila masa di sisi untuk beliau lebih tenang. Tapi saya perlu bayar deposit RM2,000 untuk masuk! Belum kira kos-kos lain...

Jadi, memang benarlah, Duit, Keluarga & Bahagia tak dapat dipisahkan...

Pengorbanan Seorang Isteri Untuk Suami

Catatan #2: 11 Jun 2012, 4:30 Petang |

Alhamdulillah... Najdah dah selamat bersalin lebih kurang pukul 4.20 petang tadi. Baby boy. Semuanya selamat. Puji-pujian bagi Allah. Terima kasih atas doa semua sahabat. Masih terasa sebak tengok Najdah tahan kesakitan masa bersalin tadi... Besarnya pengorbanan seorang isteri dan seorang ibu. Memang benar... Syurga di bawah telapak kaki ibu...

Saat Penting Dalam Rumahtangga

Catatan #3: 11 Jun 2012, 4:33 Petang |

Antara saat paling penting dalam hidup berumahtangga ialah waktu isteri nak bersalin. Suami kena duduk sebelah isteri waktu nak bersalin. Banyak keinsafan yang saya dapat setiap kali duduk di sisi isteri waktu bersalin. Dapat recharge rasa cinta pada isteri, dapat recharge rasa sayang pada ibu, dapat keinsafan yang kita makhluk Tuhan yang disambut sehelai sepinggang, dan kita akan dihantar balik pada Tuhan pun sehelai sepinggang. Tak ada yang lebih kecuali amalan... Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami...

Buat Bisnes Demi Yang Tersayang

Catatan #4: 13 Jun 2012, 11:55 Tengahari |

Saya offer kepada Najdah untuk bersalin di Hospital Sg. Buloh (GH) untuk jimat RM2,000 - RM3,000, tapi Najdah sanggup bayar untuk bersalin di private hospital. Anak ke-5 hari tu terpaksa bersalin di GH sebab private tak terima. Bersalin awal 2  minggu. Bila kita ada duit, kita ada PILIHAN untuk keselesaan dan maruah isteri... Kalau tak ada duit, kita mesti cari duit untuk sempurnakan agama. Nak Dunia perlu duit, nak Akhirat pun perlu duit. Tapi siapa cari duit untuk dunia semata-mata, manfaatnya sementara jer...

Untuk bersalin anak ke-6 ni, saya habis RM3,000 lebih. Tapi demi keselesaan dan maruah isteri, saya tak kisah duit tu. Lepas ni start bisnes balik. InsyaAllah, duit RM3,000 tu Allah replace balik dengan income bisnes bulan Jun ni, insyaAllah...

Zulkifli
Damansara Damai
3 Julai 2012
13 Sya'ban 1433

p.s. Saya mohon maaf kepada sesiapa yang contact saya sepanjang hujung Mei dan bulan Jun 2012 sebab banyak sms & email yang saya tak perasan. Kekadang tu handphone tinggalkan pada anak-anak. Sekarang ni baru saya cek balik sms & email lama untuk dibalas satu persatu.

Artikel berkaitan:

 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Semoga allah memberi keberkatan pada keluarga dan menjadikan anak yang baru lahir sebagai anak yang soleh kerana anda telah mencari keredaan allah daripada keredaan manusia. Tahniah.

  • Assalam tuan,
    Betui tuan , bile berada di sisi isteri mase beliau bersalin, dalam hati memang terasa sebak, tp kena kuat semangat sebab nk bg semangat pada isteri. dalam hati, isteri memang berhak apa sahaja yang dia nak bila kita tengok pengorbanan dia, walaupun kdg2 kite tak mampu nak beri.. Tapi pernahkah kita terfikir, mampukah sebenarnya isteri kita harungi kesakitan waktu bersalin itu? 😉
    Posting yang sangat bermanfaat.
    Terima kasih tuan.

  • salam zuln wife, tahniah utk cahaya ke 6, very rare nak jumpa couple modern ada lebih 3,4 anak.sy yg anak lima mata org buntang bila cerite ini 6.insya allah rezeki anda sekeluaga akan disalurkanNya.setiap anak itu ada rezkinya, itu janji Dia.

  • Teringat saya kata-kata Tuan dalam SUPER 2015, “Allah dah tetapkan rezeki untuk anak-anak dan sebenarnya kita yang menumpang kat rezeki anak-anak.”

    Insya Allah tahun depan dikurniakan cahaya mata pertama. Niat dah pasang nak tempatkan isteri di hospital swasta untuk keselesaan isteri dan anak nanti dan kami siapkan tabung untuk perbelanjaan kos bersalin nanti. Sikit-sikit kami masukkan. Belum cukup tahun, dah cukup tabung kami. Alhamdulillah.

    Lagi bersyukur, baru dapat payment pertama hasil perniagaan sampingan saya dan sahabat saya. Tolak kos semua, lebih dari untung. Tahun depan ada projek baru dengan client. Alhamdulillah.

    Lagi bersemangat kami dibuatnya untuk teruskan perniagaan kami dan yang lagi penting, bertambah yakin yang Allah memang dah tetapkan rezeki asalkan ada usaha dan niat yang betul.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >