Duit, Rumahtangga dan Bahagia

by on October 15, 2009

“Duit bukan segalanya, tapi segalanya perlu duit – untuk sempurnakan tanggungjawab”

Bertunang sejak Mei 2007 lagi. Duit untuk aqad nikah ada, tapi kenduri belum lagi. Dan akan mula bekerja bulan Ogos atau September 2010. Keluarga perempuan dah setuju aqad nikah dulu, kenduri buat kemudian. Tapi keluarga lelaki tak setuju. Nak sekalikan aqad nikah dan kenduri.
Permasalahan di atas diajukan kepada saya semalam oleh seorang sahabat – adik kampus.

Apa yang saya faham, kalau dah bertunang, percepatkan perkahwinan adalah lebih baik. Tapi bila melibatkan soal kemampuan kewangan, ditambah lagi masih belajar, saya sarankan pada Akhi Sabri (bukan nama sebenar) supaya tangguhlah dulu perkahwinan, kalau boleh. Sekurang-kurangnya sehingga beliau start bekerja.

Kos Lepas Kenduri Lebih Merisaukan

Saya tak begitu risau dengan kos kenduri, tapi lebih merisaukan ialah kos selepas kenduri – yang jauh lebih besar dari kos kenduri. Ramai bakal pengantin tak realise benda ni, sebab fikiran banyak terbeban pada persiapan majlis.

Saya cadangkan tangguh dulu perkahwinan kerana satu sebab iaitu “kemiskinan boleh mengusir kebahagiaan rumahtangga”.

Pasangan yang nak berumahtangga pastinya impikan bahagia dengan pasangan tercinta. Tapi kemiskinan akan menghadkan banyak perkara dan mungkin menghambat bahagia yang dicita. Segala-galanya terhad. Walaupun duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit

Makan terhad. Nak bergerak terhad. Balik kampung terhad. Nak santai dengan isteri terhad. Setiap masa sentiasa terfikir pasal duit – untuk terus hidup. Tak ada masa untuk melayari cinta dengan si dia.

Walaupun mungkin keluarga boleh membantu sedikit sebanyak, tapi kita ada maruah. Kita kena berdiri atas kaki sendiri. Susah senang kita tanggung sendiri. Pantang sekali menagih simpati.

Pengalaman Hidup Di Zaman Sempit

Pengalaman zaman sempit lepas berumahtangga cukup manis untuk dikenang, tapi pahit untuk dilalui. Sebahagiannya pernah saya coretkan dalam artikel saya “Keluarkan Diri Dari Kesempitan“.

Saya berumahtangga ketika baru dua bulan bekerja di KL. First job. Habis belajar, dua hutang (pinjaman pendidikan) sudah tersedia untuk mengikis gaji saya yang cuma RM1,600 (belum tolak EPF 11%). Sedangkan paras kemiskinan di KL ketika itu adalah RM2,500 (pendapatan isi keluarga).

Banyaknya Kos Lepas Kahwin

Isteri tak berkerja. Rumah perlu di sewa, barang rumah nak kena beli. Kos pindah dan masuk rumah, maasyaAllah… banyaknya… RM2,000 tak cukup untuk bayar deposit sewa, advanced rental, dan beli keperluan asas rumah.

Nak beli kereta tak payah la cerita. Setahun bekerja, kenaikan gaji cuma RM50! Huh… tenatnya rasa ketika tu. Habis korek duit dan simpanan kami suami isteri untuk beli kereta second hand, untuk sambut kelahiran anak pertama – setahun lepas kahwin.

Nak sambut bayi pertama, bukan kecil kosnya. Tak ada seribu, menangislah kita… pakaian, keperluan dan aksesori bayi bukan murah. Hinggakan terdetik dihati saya ketika tu “Ya Allah, kenapa aku kahwin awal sangat. Aku dah menyusahkan anak orang (isteri) sekarang ni”.

Perlunya Cari Second Income

Duit gaji memang tak boleh diharap sangat. Perlu cari second income.

Macam mana? Kerja part-time? Buat bisnes? Ah… susahnya… tak ada orang bagi panduan masa tu. Sana sini cari kerja part-time. Peluang kerja semuanya berbentuk ‘metafizik’ yang bersifat ‘ada tapi tak ada’. Ada diiklankan dalam akhbar, tapi kerjanya lain dari apa yang diiklankan – misleading.

Buat bisnes? Hah… ini pun susah juga. Silap hari bulan, hilang duit sebelum dapat duit! Ramai yang suka ambik kesempatan daripada membantu. Tertipu. Dah la sempit, duit talian hayat kami terakhir hangus RM1,800 oleh penipu! Menangislah saya sendirian. Mulut kelu seribu bahasa. Tak tahu pada sapa nak mengadu. Nak cerita pada orang, rasa malu dek kebodohan sendiri. Disangka rezeki, tapi rupanya pengalaman ‘ngeri’…

Bisnes Sendiri Lebih Baik

Akhirnya cuba-cubalah berniaga MLM. Kongsikan pada kenalan produk yang kami pakai dan kami berpuashati. Dapat untung RM10, alhamdulillah… Besarnya nilai RM10 ketika tu.

Apa taknya, naik gaji cuma RM50 lepas penat kerja SETAHUN! Inikan dapat RM10 cuma lepas beberapa MINIT bercerita (berkongsi pengalaman). Tak ada orang akan bagi free melainkan kita cari (usaha) sendiri… ‘Nasib’ kita berkadar terus dengan usaha kita. Kita bos, kitalah juga pekerja.

Mungkin untuk sahabat seperti Sabri, boleh cuba buat bisnes sendiri dari sekarang. Paling mudah ialah bisnes MLM.

Bisnes MLM Mungkin Boleh Menampung

Model bisnes MLM memang dicipta untuk semua orang sekalipun tak ada modal, tak ada pengalaman, tak ada masa dan takut mencuba. Yang penting ada ‘impian’, dan ada sikap ingin belajar.

Walaupun begitu, masih ada beberapa perkara yang perlu disemak sebelum menyertai mana-mana MLM. Supaya bisnes kita bersih, halal, dan dilakukan dengan penuh beretika (dan berakhlak Islam). Jauh sekali dari mengambil kesempatan dan menganiaya orang lain sebagaimana yang banyak berlaku. Itu mungkin akan saya kongsikan dalam artikel yang lain, insyaAllah. (Semak 2 Perkara Penting Sebelum Mulakan Bisnes MLM)

Berikanlah Yang Terbaik Untuk Tersayang

Sedikit perkongsian ini, moga dapat memberi iktibar pada sahabat seperti Sabri tadi. Duit bukan penentu bahagia atau tidak, tapi duit perlu untuk sempurnakan tanggungjawab kita sebagai suami dan ayah nanti. Dan bila ia disempurnakan, barulah bahagia datang sebagaimana kita impikan.

Tentunya kita nak bagi terbaik untuk isteri dan anak-anak kita. Tempat tinggal yang agak selesa dan ada privacy untuk kita melayari cinta bersama isteri. Bukan hidup menumpang, walaupun rumah ibubapa atau mentua.

Tentunya kita nak beri makanan yang terbaik dan menyihatkan terutamanya ketika isteri mula berbadan dua. Memperjudikan kesihatan isteri ketika mengandung maksudnya memperjudikan kesihatan anak yang bakal lahir nanti. Kelak, kita suami isteri juga yang susah dek anak yang selalu sakit. Kos kesihatan bukan murah. Doktor berhati mulia pun tak boleh tolong kalau kita tak berduit…

Didikan Tuhan Dalam Kesusahan

Apa yang boleh saya katakan, amat manis bila dikenang, tapi pahit untuk dilalui – zaman sempit dulu. Walaupun begitu, ia banyak beri pelajaran baru pada saya dan isteri. Terlalu banyak. Sesekali terasa syukur atas didikan Tuhan waktu itu. Tapi harganya terlalu mahal.

Kalau berkesempatan nanti, mungkin saya akan kongsikan hikmah disebalik ujian kesusahan. Semuanya pelajaran penting dalam kehidupan untuk kami lebih kuat di masa depan, insyaAllah.

Wallahu ‘alam.

Zulkifli

14 Oktober 2009
Damansara Heights

{ 23 comments… read them below or add one }

1 zaza@mamaHanin October 16, 2009 at 2:21 am

salam..
setuju sgt…
sblm kawin nih mmg kita ingat semuanya boleh dilalui sama2.. tapi bila dah kawin.. baru tau macam mana.. bukan pa.. takut sebelah pihak jer yg cakap ‘boleh’ sblh pihak lagi ‘mcm tak brapa nk boleh’.. kami kat penang mmg ‘TERASA’ bahang ‘DUIT MACAM AIR’ apatah lagi sesapa yg tinggal di bandar2 besar.. tapi ana rasa, bandar besar ke, bandar kecil ka.. duit dah jadi keperluan.. nk masak nasi pun kena ada beras. beras kena beli..
dulu ana nyaris2 la nk kawen sblm bekerja. tapi suami ana berkeras nk tunggu kerja dulu sblm kawin. dia bukan fikirkan kseronokan rumahtangga shj, tapi keselesaan hidup yg lama.. dia nk sambut PERMAISURI HATI.. biar lah dia (sbg suami) sediakan yg terbaik yang boleh dia bagi pada istrinya sbg hadiah perkahwinannya.. kemudian lahir pulak puteri pertama, pun dia banyak berjimat sbg penghargaan dia menyambut org yg dinanti selama 9 bulan 10 hari.. hasil jimat cermat kami, alhamdulillah.. Allah buka kelapanganNya kepada kami. TAK KAYA, tapi CUKUP utk kami bertiga..

psst: kalu dapat cari side income mmg bagus sgt.. hehe.. ckp jer, kami pun blum buat lagi.. i.allah duk servey2 gak nih.. yang halal dari segi syara’.. aritu nyaris2 dah terkena dgn satu syarikat nih.. huhuhu..

Reply

2 Mohd Zulkifli October 16, 2009 at 7:39 am

Good sharing Zaliza.. jazakillah… sharing begini bagus untuk ingatkan adik yang bakal berkahwin..

Pengalaman kita, sekurang2nya dapat menyuluh jalan masa depan mereka, insyaAllah..

Reply

3 Raja Noor Izzuddin January 30, 2012 at 9:06 am

“kemiskinan boleh mengusir kebahagiaan rumahtangga”.

“Walaupun duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit”

“Dapat untung RM10, alhamdulillah… Besarnya nilai RM10 ketika tu.”

Saudara Zulkifli, artikel pengalaman hidup saudara buat saya hampir sebak dan buat saya berfikir panjang tentang betapa pentingnya mempunyai kewangan/simpanan yang stabil sebelum mendirikan rumahtangga. Dugaan dan cabaran yang saudara lalui mirip2 bekas Presiden U.S. Abraham Lincoln. Saya yakin yang saudara bakal mengecapi “financial freedom” lebih cepat dari saudara fikirkan.

Sebagai penghargaan, saya nak berkongsi yang harga emas bakal naik mendadak sampai hujung tahun 2014, selepas U.S. Federal Reserve umumkan polisi “near zero interest rate”. Semoga saudara bijak mengambil kesempatan untuk memaksimakan pelaburan emas. Hehe :-)

I wish you great success brother.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie February 2, 2012 at 3:56 pm

Alhamdulillah Raja Noor Izzuddin. Wah… info yang sangat menarik tentang gold invesment. T.kasih, moga Allah merahmati Raja Noor Izzuddin juga, diberi hasanah dunia dan akhirat.. Amiin ya Allah.

Reply

5 nurul_lina_zam_0192415156 July 18, 2012 at 4:03 am

As salam..saya salah sorang follower blog tuan..seronok bc byk bg ilmu utk dr saya…saya pernah join mlm..siap dsediakn borang bt loan bank..saya join..kini menanggung hutang 23k….bisness xkemana product pun x terjual…pengalaman hidup…

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie July 18, 2012 at 4:29 am

Wslm Puan Nurul,

T.kasih jadi follower kepada blog saya yang seadanya ni. Moga perkongsian seadanya ni bermanfaat untuk semua. Mungkin Allah uji dengan kesilapan dlm MLM tu untuk elakkan kesilapan lebih besar di masa depan dan stepping stone kepada kejayaan lebih besar di masa depan, insyaAllah.

Bisnes MLM tupperware yang Puan Nurul publish di blog puan tu saya rasa itu MLM yang sihat. Real product, real bisnes. Terus usahakan apa yang betul dengan sabar, moga Allah permudahkan jalan kejayaan untuk Puan Nurul sekeluarga, insyaAllah.

Reply

7 Sweet Souvenier April 5, 2013 at 9:58 am

Tq allah..tq en zul….

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie April 8, 2013 at 9:48 am

Alhamdulillah… Puji-pujian bagi Allah…

Reply

9 Siti Norbayu Hashim January 3, 2014 at 3:44 pm

Alhamdulillah..terima kasih tuan kerana berkongsi pengalaman tuan.
Amat sesuai untuk saya jadikan pedoman dan pengajaran.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie January 3, 2014 at 8:21 pm

Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.

Reply

11 h.a February 13, 2014 at 6:54 pm

Wajarkah pinjaman dibuat utk prkahwinan tuan?

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie February 13, 2014 at 7:19 pm

Bagi saya, pinjaman tu jalan terakhir. Kalau kahwin dengan duit pinjam, ingat2 sikit duit tu kena bayar balik. Jangan berhabis duit untuk majlis sebab kos lepas majlis tu jauh lebih besar.

Reply

13 man February 24, 2014 at 10:14 am

Saya pun penah melalui zaman tu. bila mana hanya saya berkerja kerana isteri belum dpt kerja. Masa tu mmg terasa perit sgt sbb hutang kereta kena bayar, rumah kena sewa, susu anak, lampin dn keperluan lain. Bila dah stabil …isteri dpt kerja..br rasa bernafas semula. Hutang2 kredit kad saya langsaikan semua sekali sbb bosan tengok hutang2 tu. Sekarang saya dan isteri agak free financial…alhamdulillah. Malah kereta wira lama saya masih saya pakai sampai skrg. Belum teruja nak tukar kereta baru kerana kereta lama masih boleh digunakan dan tiada masalah besar…mmgla nampak tak bergaya…tapi saya peduli apa 8)

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2014 at 11:03 am

Alhamdulillah… :)

Reply

15 Nad April 10, 2014 at 5:33 pm

Apa pendapat tuan, jika membuat pinjaman untuk perkahwinan, akan tetapi 50% drpd pinjaman akan digunakan untuk kos perkahwinan dan baki 50% pinjaman akan digunakan untuk pelaburan emas / pelaburan? adakah ianya sesuai?

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie April 10, 2014 at 5:43 pm

Pinjaman beli emas tak ada masalah sebab aset tu memang ada. Bila perlu duit, boleh jual bila-bila masa. Tapi untuk perkahwinan tu agak bermasalah sebab belanja hangus. Kalau pun terpaksa pinjam, minimumkan penggunaan belanja perkahwinan.

Wallahu a’lam.

Reply

17 Nad April 10, 2014 at 6:00 pm

Syukran….

Yup, memang belanja 50% perkahwinan akan hangus, tp tidakkah 50% untuk pelaburan emas itu mampu melindungi kewangan untuk jangka masa pendek (boleh dipajak) dan panjang (aset).. Apa kelebihan dan keburukan untuk melakukan perkara ini?

Reply

18 RASHIDAH April 16, 2014 at 4:28 pm

Assalamualaikum

Kebanyakan orang menjalani kehidupan sekarang kepura-puraan (lari tujuan hidup)..bila saya baca blog tuan, tuan menulis tentang realiti kehidupan yang perlu ditempuhi, perkongsian kesilapan yang boleh dijadikan panduan..Alhamdulillah sedikit sebanyak saya belajar sabar dan redha setelah berusaha..dengan apa yang saya sedang lalui…walau hakikatnya..perit….

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie April 16, 2014 at 6:12 pm

Wslm Pn. Rashidah,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah bimbing kita semua untuk hidup dan mati kerana Dia. InsyaAllah.

Reply

20 Rijal May 7, 2014 at 11:39 am

Assalam Tuan Zul.
Saya telah byk buat pajakkan emas ar rahnu dari tahun 2012. Masaalah yang saya hadapi harga emas turun jadi tambahan susut terlalu tinggi utk diselesaikan. Pohon kepada Tuan Zul idea utk menyelesaikan dan menebus emas balik tt.q

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie May 7, 2014 at 11:44 am

Wslm En. Rijal,

Penyelesaiannya, kena keluarkan emas tu cepat2 dari ar-rahnu. Lagi lama, lagi rugi sebab kos ar-rahnu sekitar 1.15%. Samada cari pembeli yang sanggup beli emas tu, atau cari duit lain untuk tembus. Bahkan mungkin boleh pertimbangkan personal loan.

Kalau En. Rijar dealer emas PG, belajar untuk generate profit dengan memanfaatkan emas tu untuk rolling. Kena belajar ilmu perniagaa emas.

Wallahu a’lam.

Reply

22 farid March 16, 2015 at 8:38 pm

assalamualaikum
perkongsian yang sangat menarik..saya dapat ilmu baru hari ini.buat pengetahuan encik zul,saya masih bujang tapi ingin mendirikan rumah tangga.ap yang menjadi kerisauan saya sangat2 ialah persiapan menjelang perkahwinan dan selepas perkahwinan nanti.saya sekarang ada membuat simpanan sedikit dan tiada hutang lain selain hutang pelajaran dan hutang motosikal,tapi saya takut simpanan saya tidak mencukupi.setelah membaca tips ini,saya mendapat bayangan sedikit tentang pengurusan kewangan yang betul.

Reply

23 Mohd Zulkifli Shafie March 21, 2015 at 5:03 am

Wslm En. Farid.

Alhamdulillah..

Reply

Leave a Comment

{ 8 trackbacks }

Previous post:

Next post: