MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Solat Berjemaah Asas Membentuk Keluarga

October 20, 2015

Saya tertarik dengan tip solat berjemaah yang dikongsikan oleh Coach Bahar sebagai salah satu cara membentuk keluarga.

Dulu saya selalu keluar ke masjid sendirian dan tinggalkan anak-anak solat di rumah sendiri-sendiri. Nak bawa anak-anak kecil ke masjid pun susah sebab yang kecik tak reti lagi. Ada yang lari-lari depan jemaah sedang bersolat.

Pernah ada kes anak orang lain yang sampai terpijak cermin mata jemaah. 

Jadi saya lebih selesa ke masjid sendirian tanpa bawa anak-anak.

Di rumah pula, isteri saya pun tak sempat berjemaah sebab nak handle kesemua 7 anak, terutamanya yang masih kecil.

Masa nak solat tu, ada nak kena salin pampers, ada minta susu, dan panjat-panjat masa tengah solat tu perkara biasa. Macam-macam cabarannya...

Rutinkan Solat Berjemaah

Jadi saya buat keputusan, buat masa sekarang saya solat berjemaah di rumah sahaja demi membentuk anak-anak, dan sesekali saya solat di masjid.

Mula-mula dulu, walaupun dengar azan berkumandang, masing-masing buat tak tahu sebab mereka tak pernah didisiplinkan untuk terus solat bila dengar azan.

Tapi bila dah dirutinkan, dengar sahaja azan, masing-masing dah tahu, “Papa akan panggil solat”. Mereka perlu segera bersiap.

Saya cuma menunggu 5 – 15 minit sahaja sebelum angkat takbir sementara mereka bersiap-siap. Bahkan ada juga yang dah siap menunggu sebelum masuk waktu solat. 

Kekadang saya menunggu dengan baca surah yang panjang-panjang (sebagai imam). Jadi masing-masing dapat kejar untuk solat berjemaah.

Hikmah Solat Berjemaah

Saya perhati, ada beberapa hikmah bila solat berjemaah sesama ahli keluarga;

  1. Itulah waktu semua ahli keluarga BERHIMPUN. Dari solat berjemaah yang dirutinkan,
  2. Di situlah mulanya sessi TAZKIRAH keluarga dan dari situlah dirutinkan MEMBACA AL-QURAN. Dan,
  3. Itulah juga waktu untuk bersembang sama-sama mengukuhkan hubungan kekeluargaan...

Saya rasa kalau tak solat berjemaah sesama keluarga, banyak benda-benda baik yang sepatutnya diterapkan dalam keluarga akan semuanya ‘ke laut’.

Itu baru konteks keluarga, saya fikir dalam MASYARAKAT MUSLIM pun begitu.

Saya perhati, mana-mana persatuan penduduk (Muslim) yang kuat, asasnya ialah SURAU DAN MASJID. Kalau surau dan masjid kuat, semangat kemasyarakatan sesuatu komuniti akan turut sama kuat.

Dengan kata lain, kalau surau dan masjid dihidupkan, banyak perkara baik berlaku dalam masyarakat kita, insyaAllah...

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku dan anak-cucuku orang yang tetap mendirikan solat; wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku” (Surah Ibrahim 14 : 40)

Zulkifli
Damansara Damai
20 Oktober 2015
7 Muharram 1437H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • assalam ustaz,
    anak2 adalah harta kita sebanarnya n amanah dari Allah. ia perlu jaga n dpelihara agar tidak rosak. akibat didikan ibubapa yang tidak sempurna maka belakulah masalah sosial. betul kata ustaz..solat bjemaah menjadi anak2 kita berdisiplin n akan berjaya d dunia n akhirat. terima kasih atas peringatan ustaz. wassalam

  • Perkongsian yang amat baik. Mendidik anak-anak memang mencabar terutamanya bagi yang mencari rezeki di luar negara seperti kami. Perbezaan budaya, agama, sosial dan sebagainya amat mencabar. En zul, saya ingin menghubungi saudara melalui whatpps, FB atau email untuk mendapatkan nasihat, berkongsi pengalaman dan seumpamanya lebih-lebih lagi melibatkan kerjaya dan perancangan kewangan/perniagaan.

  • Alhamdulillah..
    Akan lahir ramai lagi generasi hebat dari keluarga Tn Zul dan Pn Najdah dengan didikan rabbani ini..
    Terima kasih atas ilmu dan jariah tanpa henti dari tuan Zul..jazakallahu khairal jazak..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >