MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Biasakan Anak-anak Tutup Aurat Dari Kecil

February 8, 2011

Anis, Amal dan Aisyah. Bergaya dengan tudung dan baju kurung pemberian Atuknya masa balik Raya Cina lepas.

Ada orang kata kecik lagi. Tapi kami biasakan mereka tutup aurat sesempurna boleh dari kecik lagi, sampai mereka tak selesa kalau terbuka aurat bila keluar rumah.

Ada kawan tanya, macam mana didik anak pakai tudung? Katanya, anaknya payah nak lekat tudung.

Kami tak ada formula rahsia. Apa yang biasa kami buat ialah galakkan mereka pakai tudung bila keluar rumah. Bila dah biasa, dia akan rasa tak selesa kalau buka aurat.

KEDUA, bagi pujian kalau mereka cari tudung dulu sebelum keluar rumah, tanpa disuruh. Lepas puji, peluk mereka tanda kita bangga dengan mereka.

โ€œWah... Bagusnya anak Papa. Nak keluar pakai tudung. Meh sini Papa sayang...โ€. Ini dipanggil kaedah positive reinforcement. Pengukuhan yang positif.

Dan mungkin yang KETIGA, beli tudung yang cantik dan warna yang mereka minat. Sampaikan duduk dalam rumah pun nak pakai tudung dan baju kurung!

Macam tu lah budak-budak kecik ni... ๐Ÿ˜„

Zulkifli
Damansara Heights
8 Februari 2011
5 Rabiul Awwal 1432

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >