Makan ‘Racun’ di Kedai Makan!

by on February 13, 2011



Ajinomoto adalah rahsia makanan terasa sedap di kedai makan. Ia boleh menyebabkan ‘ketagih’ kata seorang pengusaha kedai makan.



Semalam masa demonstrasi healthy cooking, kami (business team) bincang sikit sebanyak pasal kesihatan. Bila tengok demonstrasi masak daging burger tanpa minyak, masyaAllah. Takut juga. 6 keping daging burger mengeluarkan 1/2 cawan minyak (lemak)! Rupa-rupanya dalam daging burger ada terlalu banyak minyak.
Lagi menakutkan, lepas 30 minit,  minyak yang keluar tu terus sedikit membeku jadi lemak yang berketul-ketul. Ia bukan macam minyak masak biasa. Ia adalah lemak berbahaya!

Banyaknya Ajinomoto Dalam Makanan
Elyn berkongsi katanya, dia bercakap dengan orang pekerja satu kedai Ikan Bakar, katanya pencicah ikan bakar tu diletakkan terlalu banyak Ajinomoto (MSG). Cili dan ajinomoto diletakkan sama banyak! Sebab tu sedap pencicah tu.
Kebetulan, dua orang daripada kami punya partner adalah pengusaha kedai makan. Mereka memang akui, untuk jadikan makanan tu sedap, ia kena letak banyak Ajinomoto. Dan ajinomoto itulah ‘rahsia’ orang ketagih nak makan tempat tu lagi! MasyaAllah…
Kesan Ajinomoto Pada Kesihatan
Di bawah ni beberapa kesan MSG pada kesihatan;
  1. Boleh menyebabkan tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil, usus besar, bawah kulit, perut dan otak. Ini adalah hasil kajian di Jepun pada 25 Oktober 1983 ke atas 84 ekor tikus. Kesannya dilihat selepas 16 bulan.
  2. Boleh menyebabkan rasa kebas di tengkuk, lengan, belakang, lemah denyutan jantung setiap 15 – 20 minit. Ini fakta kes Chinese Restaurant Syndrome yang berlaku di US.
  3. Boleh menyebabkan asma kronik. Ini adalah fakta kes berlaku di Sydney.
  4. Membantutkan kebolehan otak bayi dan kanak-kanak untuk menerima pelajaran. Ia menyerang secara halus.
Fakta di atas saya pelik dari sebuah blog yang menulis artikel “Bahaya Ajinomoto“. Kalau kita selongkar kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), saya pasti faktanya lebih menakutkan!
Kesannya Pada Buah Pinggang
Dan saya rasa, mungkin inilah antara punca ramai orang umur 20-an dah kena sakit buah pinggang! Penat buah pinggang kita untuk filter racun yang kita makan hari-hari. Ajinomoto, pengawet, perasa, pewarna, itu semua adalah racun dalam makanan. Sumber racun paling famous dikalangan budak-budak asrama, kolej dan universiti ialah mee maggie! Ianya MUDAH, CEPAT, JIMAT dan SEDAP! Dan pakejnya ialah sakit buah pinggang! Nauzubillah…
Kesimpulannya, seboleh-bolehnya elakkan makan di luar. Orang berniaga makanan tak kisah bahaya atau tak, yang penting ianya laku! Lagi banyak ‘racun’ dia letak dalam makanan kita, lagi untung dia berniaga!
Aduh… insaf sekejap. Takut dah nak beli makanan di luar.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Heights
11 Februari 2011
8 Rabiul Awwal 1432

{ 3 comments… read them below or add one }

1 Hisamudin Bakarun April 9, 2014 at 12:13 am

Makan di rumah, masak sendiri. Paling selamat…

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie April 9, 2014 at 7:53 am

Betul tu En. Sham.

Reply

3 Random citizen July 15, 2018 at 2:58 pm

1. Saya setuju tentang daging burger. Makanan yang sudah diproses banyak mengandungi bahan yang tidak sihat. Tetapi, daging burger yang lebih baik sangat senang dibuat di rumah.
2. MSG bukan racun! Sila semak kembali kajian yang telah dilakukan dan tukar fakta post di atas

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: