"Nombor 4810 maksudnya ia dikilangkan pada minggu ke-48, tahun 2010. Ia akan expired lepas 4 tahun dari manufacturing date."
Sabtu Ahad lepas, saya banyak habiskan masa untuk servis kereta dan motorsikal.
Tukar satu set tayar yang sudah botak, tukar cooling coil air-cond yang bocor, tukar getah boot kereta yang sudah keras, servis enjin kereta, servis motor dan pasang side box motor.
Banyak juga habis duit. Tapi puas hati sebab kereta dan motor kembali terasa baharu.
Dana Motor & Kereta
Pasal kos tak ada masalah sangat sebab setiap bulan saya memang sudah potong gaji siap-siap masukkan ke akaun Tabung Haji untuk dana "Repair & Maintenance" (kereta dan motorsikal). Ia termasuk juga duit untuk road tax & insuran.
Kalau tiba-tiba majikan tak bagi duit bonus tahun tu, kami tak pening kepala untuk kos berkaitan dengan kereta dan motor, insyaAllah.
Ada 1, 2 benda yang saya nak share pasal pengalaman repair kereta hari tu.
Pertama pasal tayar kereta.
Risiko Tayar Meletup!
Tayar ni sangat kritikal terutamanya bagi kami yang selalu jalan jauh balik kampung.
Ketika cek tayar hari tu, saya agak terkejut sebab tak perasan.
Rupa-rupanya tayar kereta saya sudah keluar bebenang! Dengan kondisi tersebut, sebenarnya pada bila-bila masa sahaja tayar tersebut boleh meletup, terutamanya kalau cuaca panas.
Syukur alhamdulillah... Ketika balik kampung hari tu semuanya selamat...
Pentingnya Buat Alignment Berkala
Kenapa tayar kereta boleh sampai botak macam ni?
Puncanya, sudah lama saya tak cek tayar dan tak buat alignment berkala.
Sepatutnya, kita kena buat alignment tayar setiap 10,000km atau setiap dua kali servis. Kalau alignment sudah tak betul, memang ia akan makan tayar.
Dulu boleh dikatakan setiap kali balik kampung mesti saya buat alignment tayar. Tapi bila 2, 3 kali semuanya tak ada masalah, lepas tu saya sudah malas nak buat alignment.
Saya assume semuanya okay. Walhal "tidak".
Kenalpasti Tarikh Luput Tayar
Satu perkara yang saya belajar, bila tukar tayar, kena cek bila "manufacturing date" tayar yang kedai tayar bagi kepada kita sebab tayar pun ada expiry date.
Tayar akan expired selepas 4 tahun dari manufacturing date.
Tayar yang sudah lama, getahnya akan semakin keras. Bila keras, lama-lama tayar akan merekah atau membengkak. Bila drive, kita akan rasa kereta bergegar.
Hari tu kedai tayar bagi saya tayar yang tertulis "4810". Maksudnya, ia dibuat pada minggu ke-48 (daripada 52 minggu), tahun 2010. Masih baru.
Tapi masa nak pasang hari tu, ada satu tayar bernombor "2310" – tayar lama sikit. Saya mintak pomen tu tukar. Saya nak nombor "4010" dan ke atas.
Total tukar tayar habis RM550 termasuk balancing, alignment, dan adjust chamber yang dah lari sebab lama tak buat alignment.
Tayar Spare Pun Penting
Keduanya pasal tayar spare.
Pernah tak dengar tayar meletup lepas tukar tayar spare?
Itulah biasanya orang tak perasan.
Tayar spare walaupun masih elok bunganya, tapi tayar tu dah expired – dah keras. Tayar spare pun kena check, dan tukar kalau perlu.
Masa balik kampung Raya Haji hari tu saya tukar tayar spare. Ambik yang murah jer i.e. RM80. Tayar baru, original, bunga pun penuh lagi, tapi orang tu tolak ke kedai tayar sebab nak pakai sport rim.
Jadi, tayar second hand (tapi baru) pun oklah untuk buat tayar spare.
Kedai Air-Cond Berintegriti
Ketiganya pasal kedai air-cond.
Bagi yang tinggal area Sg. Buloh (Selangor), kalau nak repair air-cond, tapi tak tahu kedai mana yang boleh percaya, dan takut kena tipu, saya cadangkan satu kedai yang bagus iaitu AZBI Air-cond, di Sg. Pelong (Sg. Buloh), jalan ke Kuang.
Saya sudah 2, 3 kali ke kedai tu. Itupun atas cadangan seorang sahabat.
Kedai tu dijaga oleh adik-beradik. Mereka bekas didikan Arqam.
Waktu saya first time datang, memang saya sudah agak dah. Pomen-pomen nampak muka baik-baik, dan pakai kopiah.
Sampai waktu makan tengah hari, datang isteri-isteri dan anak-anak mereka bawa makanan untuk lunch. Mereka makan sama-sama.
Apa yang saya suka, kos repair yang mereka caj agak rendah. Dan yang paling penting, mereka semua jujur!
Biasanya, kalau hantar kereta ke workshop, saya mesti perhati satu per satu apa mereka buat. Takut kena tipu. Takut kena tukar apa yang tak patut tukar.
Tapi di AZBI Air-Cond ni saya tak risau. Masa mereka repair, saya duduk lepak sambil kejar anak-anak (Anis, Fathi dan Amal) yang berlari-lari dalam workshop!.. Aduuh...
Nostalgia Nada Murni
Berapa saja caj yang kena, saya tak persoal dan tak mintak diskaun langsung. Saya bayar jer. Sebab saya tahu, mereka buat terbaik untuk saya.
Dan yang bestnya hari tu, saya dapat copy lagu-lagu Nostalgia Nada Murni.
Kebetulan masa menunggu dalam kereta, melayan ngantuk tidur lewat, tetiba terdengar lagu “Mana Milik Kita” yang diberi nafas baru. Terus rasa segar!
Itu nasyid yang saya minat suatu ketika dulu.
Saya terus tanya Anas (pomen), “mana dapat lagu tu?”… “Ooo.. tu kita orang copy dari Rabbani. Rabbani selalu datang repair van diorang kat sini”..
Sepanjang waktu saya di situ, mereka sentiasa pasang lagu-lagu nasyid mendidik jiwa... Wah... memang satu kelainan.
Alhamdulillah...
Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.
Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
Nak cari bateri dan package service kereta pun ada…
Assalamualaikum Tuan,
Dimana kedai kereta yang boleh dipercayai dan mengenakan caj harga yang berpatutan area Damanasara Damai, Sungai Buloh.
Saya ingin menggantikan tayar usang dan membaiki lampu kereta.
Atau pun Tuan boleh cadangkan Bengkel kereta yang Tuan biasa pergi.
Saya baru menetap di Damansara Damai.
terima kasih Tuan.
Wslm En. Riduan,
Setakat ni, workshop yang saya paling selesa di Apartment Impian. Workshop milik Chinese yang ada tulis “Continental”. Setakat ni nasihat pomen-pomen dekat situ jujur. Kalau mereka boleh repair, mereka repair dan bagi tahu anggaran harga dulu. Kalau tak boleh, mereka akan recommend workshop lain.
Baik Tuan, Terima kasih tuan.