Duit ansuran pinjaman jer tak cukup, kena allocate duit lain lagi bila pakai kereta. Ramai orang bila nak beli kereta, dia cuma kira duit ansuran pinjaman bank jer. Dia lupa allocate duit lain sedangkan kos-kos lain tu bukan sikit.
Paling tidak, mesti buat bajet untuk bayar road tax, insuran, dan duit untuk servis kereta sekali. Bila tak buat bajet macam tu, itu yang rasa susah hati bila majikan lambat bayar bonus!
Sejak dulu lagi, bila buat bajet tahunan, saya akan kira sekali kos yang ‘confirm’ kena bayar setiap tahun. Duit yang ‘confirm’ kena bayar setiap tahun, sepatutnya kita simpan siap-siap setiap bulan, tak perlu tunggu duit ‘bonus’.
Bila beli kereta, saya akan peruntukan at least RM200 setiap bulan hanya untuk road tax, insuran dan kos untuk servis kereta. Itu belum kira lagi kos untuk repair yang mungkin lebih besar bila sampai masanya.
Bila dah ready duit tu, kalau majikan lambat bayar bonus pun, kita tak pening kepala sebab duit tu memang dah simpan siap-siap.
Selagi Ia Berfungsi Sebuah Kereta
Semalam saya habis repair kereta dalam RM1,800. Major repair yang saya memang dah jangka sebab umur kereta tu pun dah cecah 20 tahun.
Walaupun condition kereta masih bagus, tapi repair begini memang perlu sesekali supaya kereta tu masih kekal tip-top. Pendek kata, tak kalah prestasinya berbanding kereta BMW 3 Series atau Mercedes C Class baru yang harganya lebih RM200,000. Sedangkan kereta yang saya pakai kosnya tak habis pun RM20,000 lepas repair dan tukar sana-sini.
Ianya berfungsi dengan baik sama dengan kereta berharga RM200,000.
Jadi kalau kereta RM20,000 pun dah boleh berfungsi setanding kereta RM200,000, kenapa perlu berhabis duit beli kereta yang nilainya semakin susut?
Saya fikir, daripada beli kereta brand new, lebih baik beli harta yang boleh dijadikan ‘mesin’ untuk menambah duit ke poket kita.
Bagi saya, kereta adalah kereta, tak kira jenama apa, berapa harganya, atau apa statusnya. Asalkan ia boleh berfungsi dengan baik sebagai sebuah kereta, yang boleh saya gunakan untuk bergerak dari point A ke point B dengan selamat dan sedikit selesa, ia dah memadai. Itulah kereta bagi saya.
Kos Sebenar Memiliki Kereta
Bila beli kereta yang layak digelar kereta dan berfungsi sebagai sebuah kereta, kita jimat puluhan ribu malah ratusan ribu.
Tak perlu berhabis duit untuk modify sana sini. Tak perlu risau walaupun kereta tu dah ‘outdated’. Tak risau apa orang lain fikir. Tak perlu risau apa persepsi orang sebab kita bukan nak impress sesiapa. Kita hanya perlukan sebuah kereta.
Walaupun kita mampu beli kereta brand new untuk nampak lebih bergaya, bagi saya lebih bijak kita beli harta yang benar-benar membuatkan kita kaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya! InsyaAllah…
Sekarang ni, saya masih pakai kereta lama yang saya beli second hand, dan saya saya bayar secara tunai. Kereta yang saya pakai harganya lebih murah dari kebanyakkan kerani bawa ke pejabat. Walaupun saya tak menanggung sebarang hutang kereta, saya tetap peruntukan RM500 sebulan untuk dimasukkan ke dalam “Tabung Kereta” saya.
Saya tahu, RM500 tu sebenarnya kecil sebab orang lain bayar pinjaman bank lagi mahal daripada jumlah itu. RM500 sebulan tu saya peruntukkan khas untuk;
- Road tax & insuran
- Servis dan repair
- Saman speed trap (sekadar bersedia)
- Cat semula (beberapa tahun sekali supaya terasa baru)
Bukan Sekadar Ansuran Bank
Jadi duit “Tabung Kereta” tu saya tak ganggu. Ia kekal di situ. Ia hanya untuk kereta sahaja.
Kalau ada extra, duit tu saya guna untuk kos repair motosikal dan juga boleh dijadikan modal beli kereta lain suatu hari nanti (bila perlu).
Walaupun semalam saya habis RM1,800, saya tak pening kepala sebab duitnya memang dah simpan siap-siap sebelum ini. Tak perlu sentuh duit lain.
Saya bila tengok kereta orang lain yang pecah cermin dan terpaksa tutup dengan plastik berbulan-bulan, atau kereta kemek sana sini tanpa dibaiki bebulan-bulan, dalam kepala saya fikir, mungkin sebab dia tak simpan siap-siap duit untuk repair kereta.
Kerosakan ‘major’ begitu sepatutnya kena repair secepat mungkin, bukan dibiarkan sampai berbulan-bulan.
Jadi nasihat saya terutamanya untuk graduan yang baru nak beli kereta, sebelum beli, kirakan siap-siap kos sebenar memiliki kereta.
Selain kos ansuran bank bulanan, at least kena simpan RM200 – RM300 sebulan untuk road tax, repair dan maitenance. Dan jangan lupa, kos tambahan yang kita perlu ditanggung bila kereta tu bergerak; petrol, tol, dan parking.
Kalau rasa mampu dan berbaloi untuk keluarkan bajet, teruskan niat untuk beli kereta tu.
Wallahu a’lam.
ya memang betul. kos sebuah kereta bukan sekadar bayar installment bulanan. banyak lagi owner kena fikir. saya cadangkan beli kereta yang murah2. duit simpan elok-elok untuk buat pelaburan. mulakan pelaburan seawal mungkin. kalau duit habis kat kereta, memang terlepas banyak peluang untuk buat pelaburan.
Terima kasih Sifu En. Syukor atas cadangan yang baik. Ia sangat bermanfaat untuk pembaca.
En zul, pakai kereta ape? Klu baru kerja beli axia or myvi baru ok ke? Kereta baru x byj ragam dan x semua nasib ok dpt beli 2nd hand car yg bagus. Tmbh2 ladies klu rosak lg bahaya itu yg rasa baru terus. Apa pdapat en zul. Tq
Cik Nur, beli mengikut keperluan sebenar sahaja. Kalau memang ada perancangan untuk berkahwin dalam setahun dua, bincang terus dengan bakal suami untuk beli kereta yang sesuai untuk orang berkeluarga supaya tak perlu beli kereta lain lagi lepas berkahwin.
saya setuju…agar pemuda-pemuda baru melangkah alam perkerjaan seloknya membeli kereta terpakai yg mampu beli secara tunai,buang rasa bergaya,lebihan duit yg sepatutnya bayar kereta baru itu boleh mulakan pelaburan atau simpanan atau beli mesin-mesin duit yg bole membina poket kita kaya..
biar tidak ada gaya asalkan poket kita bergaya
Terima kasih En. Rosdi atas nasihat yang baik. Jazakallahukhair..
Saya sangat setuju dengan artikel tuan 🙂
Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Saya pakai kereta kancil dari tahun 1999. Masih boleh bergerak. Setiap 3 bulan tukar minyak hitam, penapis minyak hitam@filter dan bateri. Minyak gear tukar 6 bulan sekali. InsyaAllah semua akan baik.
Alhamdulillah. Terima kasih En. Zaki atas perkongsian pengalaman yang menarik. Jazakallahukhair..
Assalammualaikum… en.zul,
mselim3 pun pakai kereta saga aje…. tahun 1989.. dah lama kereta tu tp sampai sekarang guna lagi setuju dengan entry nie.. kereta bukan aset tetapi tanggungan yang perlu kita mantain insuran, road tax, dan ansuran bulan dan kos2 repair.. kalau ada lebih takper. Kalau nak melabur.. atau nak buat aset.. bidang hartanah memang sesuai.. sebb nilai hartanah semakin naik… dan naik. Itu pandangan mselim3 ..
mselim3
Wslm En. Mohd Selim,
Saya setuju. Kalau memang ada duit lebih tak apa. Tapi orang muda seperti kita, lebih baik fokus bina dan kembangkan kekayaan dulu. Kemudian duit dah tak tahu nak letak kat mana, boleh la beli ‘kereta impian’. 🙂
keta saya dah 10 tahun. tapi bulan2 saya simpan kan keta tu 200. setuju sgt dgn pendapat tuan. takde la sesak bila keta tiba2 breakdown.
Alhamdulillah.. 🙂
assalammualaikum dan salam sejahtera tuan,
saya dalam dilema sekarang sya dh kerja dan hmpir dua tahun..keperluan kereta tidak lah sgt sbb g qeje naik moto ex5 ja..tp kalau utk local car myvi or axia mmg saya mmpu dr segi gaji dan sy keje gomen.
cuma nya saya seorang shj dlm famili boleh pandu keta dan family msih belum ada keta, dan hujung mac ini sy akan memulakan klas pngajian pjj saya..dan tmpt itu pula amatlah jauh dr tmpt tinggal sekarang (tmpt menetap bekerja). saya runsing mikir nak beli or x..sbb sbelum nie kalau pulang raya or cuti dikg sya hnaya sewa kereta dlm beberapa hari
Wslm En. Aswad,
Kalau dah jadi keperluan, beli jer kerete cukup sekadar untuk keperluan.
assalam,
beli kereta ikut nafsu, sebab ego terpaksa bayar ribuan ringgit sebln untk bayar ansuran bank. setuju dengan tuan, beli kereta ikut kemampuan dan kegunaan. jangan menyesal kemudian hari.
wassalam.
Wslm En. Ramli.
Betul. Selalunya kita terpaksa bayar lebih sebab nafsu dan ego. Saya rasa kalau nafsu dan ego dapat dijaga, insyaAllah kita jimat puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit. 🙂
sy x pernah buat persediaan untuk kereta,mungkin belum sampai seru..hihi..
tapi teknik yg bro kongsikan sy praktikkan pada motorsikal.waktu zaman bujang sampai sekarang.mungkin nilai saving untuk motosikal sebanyak rm20 sebulan membuatkan sy lebih beristikomah dari dulu sampai sekarang berbanding untuk membuat perkara sama terhadap kereta.apabila sampai waktu bayar roadtax dan maintenance mmg sy x kelam kabut.malah boleh modify lagi duit tersebut..untuk persediakan pada kereta mungkin dlm tahun ini sy akan mulakan.ambil iktibar dari kesempitan tahun lepas apabila roadtax mati,sy terpaksa bergolok gadai mencari duit membayarnya..itu belum masuk kos maintenance.
Tak apa. Belajar dari pengalaman… 🙂
As salam,
Perancangan yg bagus tuan. Boleh tuan kongsikan mcm mn kita nk allocate/simpan wang tersebut? dalam bank ka?. Pastinya byk benda kita perlu allocate spt utk kereta, utk anak, utk pelaburan & lain-lain.
Semoga kita semua sama-sama beroleh kejayaan dan keberkatan dari Allah.
Wslm En. Zulkiffli,
Saya simpan dalam sampul jer. Tulis dekat sampul tu, “Dana Kereta”.
Salam. Sekadar berkongsi,
Saya pakai motor je…mmg xplan beli kereta walaupun duduk di nilai n.9 tapi kerja di KL. Bila org tanya kenapa xbeli padahal mampu, saya ckp nak jaga cashflow. Sebab saya amalkan tips yang En. Zul selalu kongsikan. Hasilnya, saya dapat jimat banyak. Kebetulan bakal isteri ada kereta (kami bakal kahwin tgh bulan 3 ni insyaAllah. 🙂 ) jadi dia pun tak kisah kalau saya xbeli kereta. Paling best kahwin saya tak guna duit family langsung sebab mmg niat utama tak mahu susahkan family. Nak kata kerja gaji besar tak juga tapi mungkin berkat amalkan ilmu kewangan yang dikongsikan En.Zul. Alhamdulillah sgt2 dan saya ucapkan banyak2 terima kasih pada En. Zul atas tips2 beliau, saya dapat jimat banyak. 🙂
-Saya tengah belajar mcm mana nk kembangkan duit supaya jadi lagi banyak. Kalau En.Zul boleh kongsikan tipsnya? 🙂
Wslm En. Shukri,
Alhamdulillah. Seronok saya dengar status kewangan En. Shukri. Tahniah.. 🙂
Memang nafsu yg tersangat meronta ronta..sekejap menang sekejap tewas.SELALUNYA berlaku apabila selesai je hutang kereta 9 tahun..timbul lah rasa hati nk tukar kereta lain..nak pula kereta dah mula buat hal biasalah umur dah 9 tahun..pergi used car or show room buat riki..isteri pun sokong ‘TUKAR’ je lah bang..akhirnya hutang lagi 9 tahun..pi mai pi mai tang tu juga..ha..ha.. itulah realitinya sebahagian kehidupan seorang yg berkereta…TEPUK DADA TANYA IMANNNNN…
Pi mai pi mai tang tu… Godaan banyak… 🙂
Salam En Zul,
Seronok sy bace tips dan kisah2 yg En Zul kongsikan, amat bermanfaat bg sy.. Iyakan, xterpikir pule sy nak letak dlm sampul… Dr beli rak kecik yg ade 8 laci tu baik masuk dlm sampul… (^_^)
En Zul ade bp sampul? Sy nak mulakan simpan dlm sampul jg supaya xdelah terusik dengan belanja lain… Sampul kereta, utilities, personal loan, ptptn, topup err pe lg cdgn En Zul? Perlu ke byk sampul?
Wslm En. Faisz,
Terpulang berapa sampul. Ikut bajet masing-masing. Banyak pun tak apa.
as salam,
saya seorang pekerja kerajaan dan ada perniagaan part time sikit2..
boleh tak cik zul kongsikan contoh pelaburan yang bagus dan menarik..?
Wslm En. Norman,
Pelaburan terbaik ialah ILMU. Pergi ke kedai buku, beli dan baca buku-buku kewangan seperti buku Azizi Ali, Chef Li dan Robert Kiyosaki. InsyaAllah nanti En. Norman tahu dimana nak dilaburkan duit2 yang ada tu nanti.
Terima kasih Allah kerana kurniakan rezeki pd saya sebuah kereta Kenari , 12 thn yang masih berkeadaan baik. AMin.
Alhamdulillah..
Salam abang zul, apa khabar lama tak berjumpa. Alhamdulillah konsep beli kereta yang Abang Zul tulis saya rasa sama terpakai untuk handphone juga. Sudah banyak model telefon bimbit yang menyediakan fungsi yang sama dengan jenama mahal, walaupun jenamanya kurang popular tetapi masih dapat memenuhi keperluan seperti telefon bimbit berjenama. Sekadar pandangan. Wallahu’alam.
Wslm Yazid,
Alhamdulillah. Tips yang menarik.
syukur, lagi lama lagi bernilai kereta yang kita pakai, nilai dari segi memori.
Alhamdulillah..
Betul tu en.zul. Kesilapan saya sebagai graduan dan beli kereta terlalu awal.
Saya hanya senaraikan keperluan kereta macam senarai en.zul tu selepas membeli.
Bila buat annual income planner, saya perlukan lebih kurang 45% daripada pendapatan tahunan saya hanya untuk kereta sahaja.
Rugi tapi saya tak menyesal, dan sedang berusaha untuk back to track, untuk hidup bebas hutang macam en.zul.
Terima kasih untuk tips2 bermanfaat.
InsyaAllah. Saya doakan Allah berkati usaha puan untuk bebas dari hutang. Amiin ya Allah.
Kos selenggara kenderaan ialah kos yang orang ramai terlepas pandang. Mereka hanya lihat pada ansuran bulanan saja. Bila kereta meragam, baru la pening kepala.
Betul tu.. 🙂
Alhmdulillah, artikel ini sgt bermanfaat, tlh buka minda sy utk wujudkn tbg kereta sy sndri mulai bulan mei lalu..wpn dh hmpir 3 thn sy bli kreta..
Alhamdulillah..
Membutuhkan pinjaman ? Anda telah ditolak oleh Bank dan Anda ingin mendapatkan pinjaman
untuk memenuhi semua kebutuhan Anda ? Tidak masalah. Terlepas dari keuangan Anda
situasi , saya menawarkan pinjaman hipotek , pinjaman komersial , pinjaman pribadi dan
pinjaman pendidikan eksklusif. Saya menawarkan pinjaman kemitraan , publik lainnya
dan penawaran pribadi , saya tersedia untuk memberikan Anda pinjaman yang Anda butuhkan , real
real , keuangan , dan banyak lagi . Saya menawarkan pinjaman pada jangka panjang dan pendek .
MichaelBPatrick pemberi pinjaman swasta adalah Lender Pinjaman terjamin dan handal yang
kompeten , berpengalaman dan telah bersertifikat profesional keuangan
pemberi pinjaman , yang berfokus pada tujuan success.My Anda adalah untuk memberikan yang terbaik
solusi di bidang jasa pinjaman untuk klien saya . Aku memberikan Instan
persetujuan , ada jaminan , Low tarif , saya menyediakan semua jenis pinjaman di
persentase terjangkau . Jangan biarkan kesempatan ini berlalu begitu saja . jika
tertarik, hubungi saya melalui Email MichaelBrentPatrick@gmail.com . Terima Kasih.
Entah mcm mn sy terjumpa blog sdra ni.
Tulisan dan pendapat sdra berkenaan pembelian kereta/pengurusan kewangan peribadi memang sangat tepat. Sy dah lama ada pendapat yg sama dgn anda. Susah sgt susah nak jumpa org Melayu (tambah yg muda) yg ada pendapat yg sama mcm sdra mcm sy juga.
Org umah sy selalu berselisih pendapat dgn sy tentang hal ni. Tahniah sdra ! Teruuussskan.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Assalamualaikum,
Tulisan ni sangat bermanfaat. Sekurang kurangnya boleh dijadikan panduan sebelum buat keputusan beli kereta. Ok, saya nak tanya. Saya ada 2 kereta dah habis ansuran. Kedua duanya ‘sakit’ dan kerap keluar masuk bengkel dimana kos baikpulih sama dengan membayar ansuran kereta baru.
Saya ada terfikir untuk menjual kedua duanya sekali dan membeli sebuah kereta baru. Tapi saya masih berkira kira soal ansuran yg bakal dibayar dan kos baikpulih serta kos kos lain selepas pembelian. Mohon pandangan saudara…terima kasih
Wslm Puan,
Kalau kereta memang dah bermasalah dan tak berbaloi untuk baiki, jual dan beli lain yang lebih baik.
Sy nak mintak pendapat..sy berkira2 utk beli kereta baru (Axia)..berbaloi x sbb sebelum ni sy guna public transport (ulang alik selama 4 thn bekerja) yg mkn masa 2 jam utk sampai rmh. sy mengaku kewangan sy akan ‘tergugat skit’ jika byr ansuran kereta sbb bln2 sy juga byr pinjaman PTPTN. ada yg cadangkan sy beli kereta second hand je. Terima kasih
Salam Pn. Shida,
Kalau belum mampun untuk bayar ansuran kereta, lebih baik jangan beli kereta sebab kos beli kereta lebih banyak dari sekadar bayar ansuran kereta. Teruskan naik public transport dulu pun tak apa. Manfaatkan waktu terluang sepanjang naik public transport tu untuk perkara bermanfaat i.e. membaca dsb.
Alhmdulillah sy msh menggunakan kereta wira yg berusia 18 thn. Mmg bsr jasa kereta tu pada sy. Smpai skrg msh berfungsi dgn baik & x pernah memberi masalah bsr kpd sy. Cuma… Lately lutut sy berasa sakit2. Mungkin sbb sy pakai gear manual. Dlm keadaan ini, kdg2 terpikir utk tukar kereta auto. Tp sskli rasa amt rugi coz trpksa buat htg baru. Apa pndgn En. Zul? Jzkk ats prkongsian ilmu.
Salam En. Rodhi,
Saya rasa itu masalah lutut, bukan masalah kereta. Kena cek dengan doktor dsb. Mungkin masalah kekurangan kalsium dsb.
kalau kereta kerap bermasalah selepas repair mungkin berpunca daripada bukan alat ganti tulen. Selain itu juga masa mekanik membuat pembaikan mereka tidak menggunakan torque wrench semasa mengunci nut mengikut piawai pengeluar.Majority mekanik mengunci mengikut sesedap rasa. kalau ganti kereta baru anda perlu bayar tiap bulan dibandingkan kos untuk merepair. Contohnya kereta baru anda perlu bayar RM 500 sebulan setahun 12k. Belum lagi mengambil kira jika kenderaan baru itu rosak. Lagi berbaloi mengekalkan kenderaan lama dan lebihan wang tersebut di labur dalam ASB
Terima kasih atas pandangan tuan. Jazakallahu khair..
Salam, perkongsian yang sangat baik. Saya sendiri juga seorang part time diy mekanik. Sudah bertahun saya membaiki sendiri kereta sendiri cuma kadangkala mengeluh kerana tak cukup masa untuk membuatnya. Saya agak risau setelah belajar tentang sejarah kewangan dunia dan cara pemilik bank menipu orang awam dan memerangkap kerajaan dunia dengan hutang. Pendekkan cerita, kita berada di akhir zaman, golongan illuminati hanya menunggu masa untuk menjatuhkan ekonomi dunia seluruhnya dan membawa dunia ke arah kekacauan. Laburlah duit anda pada keperluan asas seperti Tanah pertanian, emas fizikal, dll. Sangat khuatir apabila ekonomi jatuh, mereka yg terdesak akan buat apa saja untuk hidup, jenayah menjadi – jadi. Hanya dengan bersatunya orang – orang beriman akan dapat mengatasinya musibah bakal melanda.
Wslm. Terima kasih Tuan Poppi atas perkongsian dan peringatan. Jazakallahu khair..
as salam en zul..nk mntak pndapat.dri pglaman en zul,klu nk beli kereta yg usia lbh 10 thn,boleh dpt pnjman bank lg ke?@ lebih bbaloi sy buat personal loan, byr cash dan byr personal loan bln2..t.kasih..
Wslm En. Aiezat,
Lebih 10 tahun rasanya dah tak dapat pinjaman bank. Untuk confirm, En. Aiezat terus tanya pihak bank.
Assalamualaikum Encik Zulkifli ,
Saya sayang Kenari MAY saya ! 15 tahun sudah usianya !
Alhamdulillah…
Salam
Tertarik dengan allocation duit lain selain duit installment kereta yang tuan kemukakan. Ramai rakan2 even adik beradik ‘terlupa’ tentang allocation tu.. tu sebab bila sampai masa bayar road tax, insurans, minor kerosakan mula pening..nk meminjam atau bagi alasan kenapa kereta tak boleh jalan. Alhamdulillah sejak mula drive 1996 (3 kali tukar kereta) tak pernah ada masalah bayar road tax atau baiki kenderaan kalau rosak atau kemalangan kerana ada ‘tabung kereta’ seperti tuan juga. Sebab menyusahkan bila kereta tak boleh jalan disebabkan hal yang boleh sebenarnya ditangani ini. Saya cuba bagi pendapat tentang hal ini kepada mereka-mereka tu tapi so far macam tu jugaklah. Now saya sedang berangan nak beli kereta mewah.. installment of course boleh dah tapi bila kira belanja tahunan untuk road tax, insurance, service, tayar dan fender bender belom lah lagi berani. Pakai dululah Vios yang dah 10 tahun umurnya ni.. lagipun banyak jasanya kepada saya yang satu masa dulu selama 5 tahun saya berulang-alik dari rumah di putrajaya bekerja di Genting Highlands!
Wslm Pn Azu,
Alhamdulillah. Pengurusan kewangan yang baik.
Salam, saya juga terpanggil untuk menulis. Baru2 ni pusat servicr proton muar menyatakan exora saya bermasalah gearbox.. Katanya saya dh lama x tukar minyak gearbox.. Lebih kurang gitu dan kos untuk semua itu cecah 7k katanya.
Persoalannya saya sentiasa g service bila telah ditetapkan ikut jadual.
Hati sakit dan kecewa… Akhirnya saya buat keputusan untuk Tukar kereta lain dgn erti kata tukar jenama kereta sekali
Berbaloikan tindakan saya. Tq
Sy zieta nk brtanya sy pki kncil1996pmberian awah ayah..lately asik rosak wpun dh tuka brg baru,tp msih blh bjln pgi kje..wpun brbunyi2 spnjng jln..sy nk tnya adakh prlu sy tuka baru sbb dye asik rosak..mmndangkn dlu gji clner hnya 1500 bending skrg guard kat 2000
Kalau kos tu tak repair tak lagi berbaloi, lebih baik beli baru sahaja Pn Zieta. Jual kereta tu dan gunakan duit tu sebagai deposit beli kereta baharu. Beli cukup-cukup untuk keperluan sahaja.