[Kemaskini 18 Ogos 2023] Beberapa minggu lepas, kawan lama saya (bekas jutawan) datang ‘consult’ tentang bisnes dan kewangan. Asalnya datang untuk sembang-sembang jer sebab dah lama kami tak berjumpa, tapi akhir sekali jadi sessi coaching one-one-one pulak.
Saya rasa saya tak layak consult seorang jutawan sebab saya orang biasa-biasa sahaja. Dia pernah pakai “super car” yang harganya cukup untuk tambah beberapa lagi koleksi hartanah (secara tunai) untuk dijadikan ‘mesin duit’.
Bila sembang-sembang, salah satu kesilapan besar dia dari sudut membina kekayaan ialah dia tak beli ‘insuran kekayaan’ waktu pendapatannya berjuta-juta setahun. Dia beli kereta-kereta impian, makan angin ditempat impian, nikmati gaya hidup impian, dan tambah bilangan isteri impian!
Guru saya pesan, itu semua simbol-simbol kekayaan palsu. Bila jatuh lingkup, benda-benda tu semua akan hilang. Yang tinggal hanya kenang-kenangan. Dia terpaksa back to zero...
Beli Hartanah Untuk Backup Bisnes
Salah satu strategi penting bila pendapatan dah meningkat (dan dapat menyimpan dengan baik setiap bulan) ialah tambah harta terutamanya hartanah.
Hartanah bagi saya insuran terbaik (selain emas) bila kedudukan kewangan kita dalam keadaan tenat. Nilai hartanah boleh dikatakan naik setiap tahun. Dan paling best, hartanah boleh jana pendapatan bulanan melalui duit sewaan macam duit pencen. Dengan modal RM1 juta (dari banyak juta kekayaaan dia dulu), dia sepatutnya beli at least 4 buah atau 5 buah rumah yang mudah disewakan secara tunai.
Bila terlingkup macam hari ni, dia boleh jual hartanah-hartanah tu sebagai modal bangunkan semula bisnes dia. Kalau tak jual pun, at least dia masih ada pendapatan bulanan sekitar RM5,000 sebulan hasil duit sewaaan.
Kalau dia allocate RM2 juta untuk beli hartanah, at least dia masih ada pendapatan RM10,000 sebulan! Cukuplah tu bagi ‘bekas jutawan’ sementara bina semula bisnes dia.
Beli Hartanah Untuk Masa Depan Keluarga
Dan keduanya, hartanah boleh jadi ‘insuran’ untuk keluarga.
Kalau ditakdirkan kita (suami) ‘pergi dulu’, hartanah-hartanah tu akan jadi milik isteri dan anak-anak secara PERCUMA sebab setiap hartanah dah siap cover dengan insuran (takaful). Mereka boleh teruskan hidup tanpa perlu risau sumber pendapatan. Duit-duit sewaan tu insyaAllah cukup untuk mereka teruskan hidup tanpa suami.
Bila kita mati, isteri mungkin sedih atas kehilangan suami, dan anak-anak mungkin sedih kehilangan ayah, tapi mereka tak perlu tambah lagi kesedihan sebab hilang sumber pendapatan untuk teruskan hidup.
Bukankah Nabi s.a.w. pesan, tinggalkan keluarga dalam keadaan senang itu lebih baik berbanding tinggalkan mereka dalam kesusahan?
Banyak kes yang saya jumpa, biasanya kalau berlaku kematian, harta yang ditinggal oleh si mati hanyalah rumah, tanah ataupun emas sahaja. Jarang sekali yang boleh tinggalkan duit sebab duit susah bertahan lama. Ia mudah bocor.
Maksudnya, susah kaya kalau duit kita disimpan terlalu banyak dalam bentuk aset tunai. Duit cepat habis.
Kaya Tak Semestinya Bermewah
Orang kaya tak sama dengan orang bermewah. Orang kaya ada banyak harta sedangkan orang hidup bermewah, tak semestinya kaya.
Orang kaya mungkin hidupnya biasa-biasa sahaja, tapi dia ada banyak harta. Walaupun mungkin dia masih berkereta buruk, tapi dalam peti besinya ada berkilo-kilo jongkong emas, dan juga berbelas-belas atau berpuluh-puluh buah hartanah. Dia mampu laksanakan tanggungjawab sebagai orang kaya.
Ramai orang yang hidupnya mewah tapi sebenarnya dia tak kaya pun. Pendapatan besar cukup untuk dapat pinjaman beli dua buah kereta mewah (satu untuk diri sendiri, dan satu lagi untuk isteri) dan ada sebuah rumah impian. Itu sahaja harta yang dia ada.
Lagi teruk, kalau rumah pun belum ada sedangkan keretanya lagi mahal dari harga rumah! Yang ada cuma kereta mewah untuk ditayang ke sana ke mari. Walaupun nampak mewah, tapi dia tak mampu laksanakan tangggungjawab sebagai orang kaya.
Gaya Hidup Biasa Walaupun Kaya
Saya nak jadi orang kaya yang boleh laksanakan tanggungjawab sebagai orang kaya. Kalau pun pendapatan bulanan dah jauh meningkat, saya akan terus dengan gaya hidup lama dengan prinsip hidup di bawah kemampuan. Duit dari peningkatan pendapatan tu lebih baik saya fokus beli lebih banyak harta untuk dijadikan ‘mesin-mesin duit’ saya.
Saya kurang setuju dengan pendapat mengatakan kita perlu tonjolkan kemewahan untuk ‘tarik’ lebih banyak bisnes. Kalau setakat bisnes kecil-kecilan, atau jadi ejen, apalah sangat perlunya tonjolkan kemewahan.
Customer tak peduli pun kereta apa yang kita pakai, berapa banyak harta yang kita ada, tapi mereka nak tahu bagaimana kita boleh bantu hidup mereka jadi lebih baik.
Mereka mungkin ‘termakan umpan’ kalau kita nampak mewah, tapi benda-benda yang ‘palsu’ tak akan bertahan lama. Akhir sekali tak ke mana juga.
Alhamdulillah, setakat ni bisnes saya terus maju walaupun tanpa tonjolkan apa-apa kemewahan untuk tarik customer. Saya prefer jadi orang yang nampak biasa-biasa sahaja. Tak perlu nak berlebih-lebih.
Berlebih-lebih dalam berpromosi tu boleh menghilangkan keberkatan dalam bisnes kata Nabi s.a.w.
Ada satu hadis yang disampaikan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bersumpah itu melariskan barang jualan tetapi menghapuskan keberkatan hasil usahanya." (Muttafaqun 'Alaih) [Riyadus Solihin, Karya Bestari, cetakan 1 - 2017, halaman 1039]
Wallahu a'lam.
Betul Zul, biar tak nampak kaya & mewah, tapi aset & mesin cetak duit kita membolehkan kita keluar dari “rate race”, financially free, freedom & peace of mind insyaAllah
Mohon share En Zul…Kami suami isteri juga sedang berusaha menambah mesin cetak duit melalui pemilikan rumah-rumah sewa sebagai persediaan pencen. Lagipun, suami bekerja sendiri dan saya di sektor swasta memang perlukan pendapatan pasif seperti ini andaikata tak mampu bekerja lagi di hari tua nanti
Silakan share puan. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.
akak pun mohon share ye tuan. Ada potongan ayat yg mampu beri kesan pada semua. mudah2 mereka mampu berubah ke arah kebaikan.
Salam. Tuan Zul, saya berminat untuk mempelajari ilmu hartanah ni, mungkin Tuan boleh cadangkan kepada saya seminar2 yang bagus untuk saya ikuti. terima kasih
http://www.abgensem.com cuba tgl laman ni
layari blog ni http://www.abgensem.com
Saya setuju sangt dengan pendpt en zul ni. Biasanya klau kita nmpk bermewah sebenarnya kemmpuan dia tak sampai ke tahap tu pun
Betul tu beli hartanah. Jadikan aset.
Perkongsian yg menarik. Rasa menyesal pun ada, sebab saya baru jer jual rumah ke2 utk beli kereta impian… In Shaa Allah, moga2 ini menjadi iktibar utk diri saya sendiri & kita semua.
Tak apa En. Md Jan. Kesilapan tu sebahagian dari proses untuk capai kejayaan.
Saya dah beli rumah banglo impian tahun lalu. Pada awalnya rasa menyesal pulak sebab itu bukan mesin duit. Tambah pulak hutang..sedangkan skrg dah duduk rumah semiD..bukan mesin duit jugak..malah masih byr installment.
Tp lepas fikir balik..mgkn ada juga baiknya sebab nilai premiumnya tahun ni dah naik. Start tahun depan..rumah tu dijangka naik harga lagi. Kalau saya tunggu 2,3 tahun..mgkn harganya puluh ribu lebih tinggi drpd harga yg saya beli tahun lalu..
Salam Tuan,
Rumah yang dibeli untuk duduk sendiri, bagi pakar-pakar kewangan, ia dianggap liabiliti selagi kita ada ikatan emosi dengan rumah tu. Kalaupun harga naik berkali ganda sekalipun, kita tak sanggup jual rumah tu, maka tak ada makna kenaikan harga rumah tu dari sudut pelaburan. Rumah tu tak menambahkan kekayaan kita, bahkan kita pula terpaksa menanggung hutang yang besar.
Melainkan kita sanggup jual rumah tu (bila berlaku kenaikan harga) dan berpindah ke rumah lain, barulah boleh dikira sebagai “investment”.
Wallahu a’lam.
x rugi hidup biasa2. hidup biasa2 bukan maksudnya kedekut tapi tidak hipokrit.
Sangat bagus tuan zul.. kak mohon share ya untuk panduan anak2 ..
Alhamdulillah.. Silakan kak.
bagaimana jika beli rumah second hand?,apakah ianya juga berbaloi
Saya prefer beli rumah second hand (sub-sale) sebab kita boleh estimate berbaloi atau tak belian tu berdasarkan market value dan kadar sewaan.
Mohon share zul.
Silakan Li. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
insya allah.. walaupun saya masih berumur 18 tahun.. saya tahu serba sedikit info ini.. untuk masa hadapan 🙂 mohon share
Alhamdulillah. Bagus tu. Muda-muda dah belajar ilmu kewangan.
Silakan berkongsi. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.
[…] bagi saya bebas masa untuk bersama anak-anak. Allah bagi saya kemampuan untuk sentiasa tambah pemilikan hartanah melalui hasil bisnes, insyaAllah. Dan saya tak menanggung sebarang bebanan hutang (bad debt). […]
Saya ambil kptsn beli rumah flat 98k shj..n sewa boleh capai rm600-rm700 sebulan..
Alhamdulillah.
Assalammualaikum tuan..mohon share info yang menarik ni..
Wslm. Silakan tuan. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
[…] beli kereta yang nilainya semakin susut? Saya fikir, daripada beli kereta brand new, lebih baik beli harta yang boleh dijadikan ‘mesin’ untuk menambah duit ke poket kita. Bagi saya, kereta adalah kereta, tak kira jenama apa, berapa harganya, atau apa statusnya. Asalkan […]
[…] beli saham syarikat yang bagus-bagus dan ‘makanlah’ dividennya sahaja. Kalau beli hartanah, fokus tambah pemilikan hartanah dari semasa ke semasa. Kalau nak ‘makan’, ambil keuntungan duit sewaannya sahaja. Kalau beli […]
[…] Bila ada slip gaji sendiri, ia memudahkan untuk buat pinjaman terutamanya untuk tambah pemilikan harta seperti membeli lagi rumah-rumah yang bagus untuk dijadikan sebagai “mesin duit”. […]
Salam En Zul,
Saya baru nak menceburkan diri dalam melabur hartanah ni. Saya bercadang nak beli apartment medium cost di Penang dalam harga 145k. Tingkat 18. Bulanan komitmen 620. Tapi situ sewa dalam 600 je. Berbaloi ke saya nak melabur macam tu, sebab cashflow negatif. Huhu. Macam mana nak naikkan sewaan untuk bagi untung?
Wslm En. Khairul,
Saya tak pasti ianya berbaloi atau tidak bagi En. Khairul.
Antara cara menaikkan sewa; (1) sewakan sebagai fully-furnished, atau (2) sewakan mengikut bilik, atau (3) mengikut kepala (macam asrama).